Angah ada kat rumah – dan seperti biasa dia sering memecah kepala ini dengan berbagai soalan. Perdebatan kami kadang² berlarutan sepanjang hari jika jawapan saya tidak memuaskan hati.
Semalam dia balik terawih dan tanya ” solat witir solat ganjil – biasanya kita buat 3 rakaat – 2 + 1 , 2 rakaat salam dan satu rakaat salam……..boleh tak kalau kita buat 1 + 2 , satu rakaat salam dan 2 rakaat salam”
Berbagai²lah debat kami , masih tak puas hati. Sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) atau 3 rakaat sekaligus dengan 1 tahiyyah dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. Saya cadangkan esok waktu solat Angah bertanya terus kepada imam di surau.
” Tadi Angah dah tanya imam… tapi tanya hal lain”
Dia tanya imam kenapa selepas solat dan waktu berdoa, imam ubah kedudukan 90° ke kanan mengiring mengadap makmum.
Saya pun tak sabar nak tunggu jawapan 2+1 dengan 1+2 ni…
Sahur tahun lepas , dia tanya saya
Kenapa Amerika tak guna Bahasa Amerika, kenapa guna Bahasa Inggeris? Kebanyakkan negara ada bahasa masing-masing…kan?
©kujie – seronoknya Angah balik, kami berdua boleh bersembang banyak hal untuk mentajamkan minda. Anak tu dah 16 tahun…. kejap saja masa berlalu
Di Indonesia mereka solat witir lansung 3 rakaat bukan 2+1 atau 1+2
mmg kreatif tul soklan tu.. macam2 budak skg nih..
dalam sungguh maksud nya kak jie
Kata sorg teman maza sambil berseloroh….
“Selagi larat, boleh hayun kita terus maju.. solat lah banyak-banyak. Bila dah letih sangat karang dan rasa tak larat, maka buat ajelah yang ganjil itu. Iaini satu rakaat.
Kalau masih larat buat dua rakaat tu, jawabnya kita masih larat, bertenaga, dan satu kerugian kalau dah buat witir 1 rakyaat awal2 ni, sbb dah sempurna tutup pun…
jadi pastikan sebelum witir akhir utk confirm, kita lanyak habis-habisan…than kita bikin solat witir yg satu itu aje atau tiga rakaat sekali gus..then kepenatan dan terus lena…”
uiks.. kebetulan lah fulaks.. maza baru aje post berkenaan confirmatio 2+1 ini.. heheheh
thanks bro dgn hujah itu..
very valuable!
salam….
sebenarnya maza sudah menjawab dlm ruang komen di atas, iaitu 2+1 adalah kaedahnya..
setahu maza, Kaedah 1+2 tidak pernah Nabi SAW lakukan. Bahkan sampai hari ini maza tidak menemukan hadis berkenaan solat witir yang dilakukan sedemkian rupa (1+2)…
Bersesuaian dengan namanya witir itu iaitu ganjil dan penutup (kesimpulan ibadah pd hari itu)…malah telahpun menjadi sunnah (amalan para alim ulamak terdahulu) maka hendaklah witir itu dilaksanakan dengan tertib dengan disudahi dengan angka ganjil juga. Dlm hal ini ialah sama ada 1 rakaat sahaja atau 2+1 atau 2+2+1 dan sebagainya…
Ini disebabkan jika dua rakaat dilaksanakan pada akhir penutupan, jumlah itu masih genap dan tidak menepati kaedah makna, amalan dan sunah yang termaktub ‘ganjil’ dan ‘penutup.’
Dalam soal ini juga, kita diajar agar tidak berlaku was-was, dlm beramal ibadah. Sbgi contoh jika kita sudah confirm inilah ibadah terakhir pd malam ini, maka disudahi dgn witir yg ganjil jumlahnya. Jadinya ia jalan penamat dan titik noktah..
kalau terasa mahu membuka semula amalan solat malam itu, elok diteruskan setelah tidur sejenak, kemudian laksanakanlah solat sunat seterusnya…
Sepekara lagi, mengikut amalan Rasulullah SAW..Baginda SAW selalu memulakan dgn yang banyak kemudian diakhiri dgn sedikit atau jumlah yg ganjil..
wallahualam lilsawab
DARI itu,
solat witir satu2 nya solat yg ganjil rakaatnya. jadi kita kena akhiri dengan angka ganjil barulah betul namanya solat witir.
A’salam KakJie..
Witir merujuk kepada bilangan yg ganjil. Allah suka yang ganjil.
saya biasa buat 2+1 (kebiasaannya)..kalau tak sempat.. 1 rakaat.
disebabkan ianya merujuk bilangan ganjil, tak wujud maksud 1+2, sbb 2 adalah bilangan genap.
Boleh dikerjakan 3 rakaat sekali gus. Ada dua cara..
cara pertama : ada tasyahud awal, pada rakaat kedua.tasyahud akhir di rakaat ketiga.
cara kedua : mengerjakan 3 rakaat sekali gus dengan satu tasyahud akhir pada rakaat akhir.
satu fakta lagi..solat witir adalah sunat muakad (sgt dituntut), maksudnya kita bole lakukan setiap hari jika mampu, bknnya tunggu bulan ramadan saja.
harap dapat membantu. InsyaAllah
Kalau masa dia kecik-kecik dulu mesti pening kepala nak menjawab segala soalan dia kan?
ada bahagian dia ‘boleh makan’
ada juga sisi dia yang ‘perlu dibimbing’
selagi penerangan kita tak memuaskan hati dia
sifat ingin tahu dia tak terhenti setakat tu saja
kita pula yang kena advance lebih dari dia
selalu…………. kadang2 tak terfikir pun kita ke situ akal nya
anak dgn mak… sabtu ni dia dah nak blk asrama
sebab tu kena berguru – kita kena rujuk dengan guru bab2 agama ni
kita jenis terima saja apa yang di buat, ikut imam
dia pula boleh fikir kalau kalau
mak bapa kena lagi ke depan
bukan nasib baik…. akan datang entah apa lagi soalan dari anak2
itulah..kadang2 benda lain dia boleh fikir jauh berbatu2
diri sendiri….tak dpt nak urus 😆
yang sunnah berdoa tu – dah tahu
dia tanya imam selepas solat
dia nampak dan dia fikir kenapa…dan dia boleh pula p jumpa imam tanya….
kaedah 2 + 1 dan 3 sekali gus tu dia faham..dah diskus dah
soalan dia, boleh tak buat 1 + 2 – 1 rakaat dulu baru buat dua.
Boleh tak?
dah cuba jawap..tapi dia belum puas hati 😆
dah jawap – itu tertiap
dia faham
tapi soalan dia… kalau tak ikut tertip tu
kita buat 1 rakaat dulu baru 2
boleh tak? 🙄
sama-sama arin
sama-sama Kak Jie pun
maaf juga bulan ramadan ini masa utk online makin kurang
sebab itu hidup perlu berguru 😆
kita ni ikut saja – sudah imam dan tertibnya buat 2 + 1 atau 3 sekali gus… kita buat
dia boleh pula nak fikir
kalau 1 + 2 ..boleh tak?
tergagap2 nak jawap 😆
semua jawapan kak jie dia tak puas hati… so persoalan ni belum selesai 😆
ok.. thanks.. sedang dilaksanakan…
ayie..iklan nuffnang tu tutup ruangan komen tau…. susah kak jie nak komen kt blog…
kak jie guna chrome
Angah ni akan jadi insan yg kreatif dan bukan jenis menghafal sahaja.. Ada potensi besar untuk menjadi seorang yg berjaya dlm bidangnya tapi perlu dibimbing tu.. eceh.. cam bagus je si Zool ni..
Okay selamat berbuka kak jie
wahhahaha… soalan yang bijaksana… pening mak dia nak jawab
Angah ni banyak berfikir di luar kotak, atau kadang-kadang terkeluar dari pembetung…
Angah punya sifat ingin tahu tu tinggi yea . Macam macam soalan yang saya tak pernah fikirkan dia tanya kat Kak Jie .
Bagus la kalau camnie… dua dua dapat ilmu….kadang kadang seronok bila dapat duduk bersama berbual dan bertanya hal hal yang tidak pernah terlintas di fikiran…
killer sungguh soalannya..mau pening juga kalau nak jawab soalan macam ni..
bijak sgguh dak angah ni
tnya soklan yg tak terlintas di minda 🙂
Hehe..
naka kak jie genius 🙂
wow!!..pening jugak nak menjawb ney..
nasib abik tak dak anak lagi ney…hehehe
Dia banyak bertanya, tapi ade gak sesat jalan kan?
Buat sekali gus 3 rakaat pun boleh… tak jadi masalah
buat 2+1 adalah kaedahnya…
sbb pusing 90 darjah agar makmum turut dapt mendengar sama, tahu butir doa dan dapat mengaminkan…
lagipun sunnah, kan.. hehhehe
hai..curiosity Angah tinggi betul. kalau saya, saya tak tahu nak jawab apa… 😮
mungkin bezanya pada tertib.. sbb klu dlm solat, biasanya kita akan baca surah yg besar, br surah yg kecil…
errr.. MUNGKIN..
sy pun tak tau sbnrnya.. 😀 nanti kakjie bg tau eh apa jwpn imam 😀
selamat menyambut Ramadhan untuk kak jie, anak-anak dan juga nun untuk cik abe kak jie di algeria sana.
wah..melancholy angah yer..suka fikir tu 😉
Salam Ramadhan Kak jie..maaf yer jika ada salah silap 😉
/pelajar*
Haha..
saya pernah menjadi anak/seperti tu..
pening mak/cikgu nak menjawab..
last2 bg pelbagai alasan nk mengelat..
jd, siapakn lah diri anda sebelum anda di”siap”kan..
hehehe 😉
faham… cuba baca tutorial kt sini Feed Commenluv Error dan unban url blog
kalau tak boleh – pastikan guna url yg betul. Kalau register dengan www atau tidak.
memang saya pun tak leh nak jawab tu, kenapa 2+1 dan 1+2 dalam witir, yang saya tahu bila habis 20 rakaat sunat tarawikh, kn buat witir 3 rakat dengan 2 salam
sesuai jadi penyelidik..
anak2 sekang memang cerdik kan…kite kene sntiasa bersedia..
tanya soalan pulak yang pelek2 kadekadang di luar kotak fikiran kite
**nak tanya la kak jie..kalu dagtaf commenluv ni..sume msg kite yan dulu akan padam ker?
cerdik.. soalan kreatif 🙂
so sbg ibu mesti kena tahu jawap jawapan tu 😀