“Angah jalan kaki sampai masjid ke?”
“a.aha…” pendek saja. Maklum berpeluh² mukanya baru muncul dari pintu.
“pergi dan balik?”
“a’aha…”
“tak berselisih ke dengan orang lain yang naik motor atau bawa kereta?”
“ada….”
Tak apalah Angah – Allah dah janjikan ganjaran tiap langkah menuju ke masjid. Orang lain tu dah banyak pahala amal ibadat mereka sebab tu masing² nak pergi masjid bersolat Jumaat. Dia orang nampak ganjaran pahala solat Jumaat saja, pahala tolong orang yang sedang berjalan berpanas lebih 1 kilometer tu tak ada dalam kitab.
Dalam ‘khutbah terakhir Rasulullah’ tak disebut perkara ini. Dalam ‘amalan sunat pada hari Jumaat’ tak disuruh buat perkara ini.
Bukan nak salahkan sesiapa, cuma saya tulis entri ini untuk kawan² yang singgah ke blog ini. Berbuat baiklah setiap masa apalagi dalam perjalanan menyahut seruan’ Hayya Alal Falakh ( marilah menuju kejayaan)
kadang2 tu masalah kita kan 😀 mungkin kita ni bersifat majoriti. tapi kalau kita jadi minoriti kita akan bantu sama2 kita.
p.s theme baru 😀
tak silap..itu betul
dah tak juga silap malah berganda lebih baik kalau kita mengoferkan diri menolong org
ganda2nya – menjadi contoh kepada anak muda tersebut ( angah 16 thn )
ramai2 mmg susah sikitlah…. faham orang lain dgn keadaan tu
tapi sorang2..jalan dari satu lorong ke arah yg sama..masing2 menuju tempat yg sama, jalan yang sama sebab kt sini ada satu jalan tu saja ke masjid..tak kan tak perasan kot…
itu dah bab tinggi..bab kebergantungan kita pada Allah..macam kita cakap rukun iman – percaya kepada Allah tetapi setakat mana kepercayaan kita tu…. kalau masih was was dengan janji2Nya
itu tahap2 iman seseorang..susah nak cakap
kita yg dewasa ni patut jadi contoh buat baik dgn anak muda…. silap sikit je mesti keluar ayat ‘ itulah budak budak sekarang’
tapi apa yg kita bagi contoh pada budak2 tu?
nak buat baik fikir 100 kali..hehe
tengok keadaanlah kan… suasana kt bandar dgn kampung lain
betullah tu…. dah dijanjikan setiap langkah
tapi tak kan kita yang sihat segar bugar ni tak mau tambah ganjaran yg disia2kan depan mata… 😆
dalam islam, ibadat bukan saja tentang diri sendiri secara individu tetapi kita ada masyarakat
mak mak selalu dia nampak benda² ni… hal hal dalam masyarakat itu membentuk masyarakat Islam yang baik. Ramai cuma ingin tambah pahala dgn ibadat zahir saja…yang nampak
orang nampak ibadat zahiur saja spt solat, puasa atau haji
sedangkan bab ibadat juga ada urusan dengan masyarakat
dulu masa anak2 sekolah rendah – kak jie p hantar, tunggu …bawa balik..
dah umur belasan tahun ni, kak jie suruh dia jalan kaki je
itu yang kita perlu tanamkan pada diri sendiri dan supaya menjadi contoh kepada generasi muda – bila dia tengok…. waktu lain, ketika yang lain..dia akan buat apa yg pernah dia tengok
kita pandang pula dari sudut seorang dewasa
lagi banyak kita tolong orang apalagi bawa remaja ke masjid lagi banyak pahala… 😆
hehe..macam biasa jugak yer..kene aktifkan deria ke-6…baru dapat tangkap….
Insyaallah… kena ‘read between the lines’ tu
ada banyak maksud yang boleh difahami
itu dalam komuniti yang tertutup..berbeza dengan dalam masyarakat
biasa…. kak jie tak pandai tulis direct
kena baca dan faham.. 😆
itulah masalah kebanyakkan kita
takut nak buat baik tapi tak segan nak buat maksiat…hehe
bab org hargai ke tidak pertolongan kita tu…kan lebih baik bila kita tolong, kita lupakan kebaikan yg pernah kita buat
jadi bab dihargai ke tidak tak akan timbul 😉
kat mana2 pun rasanya mcm ni
kita cuma nampak ‘ibadat’ itu solat sahaja
Baca entri tu…. ini merujuk kepada Angah berumur 11 tahun, jadi pendapat tentang orang lain…kes dia mungkin berbeza
kita berbalik pada diri kita yang dewasa
ada 2 pilihan
1. biarlah budak tu berjalan – lagi banyak langkah lagi banyak pahala. Biar dia dapat pahala tu…
atau
2. baik aku tolong tumpangkan budak ni… selain dpt pahala jumaat dapat juga pahala berbuat baik, boleh jadikan contoh untuk anak muda ni , merangsang minat remaja ni nak ke masjid , menjadi contoh pada orang lain
atau………
Angah umur 11 tahun
lokasi taman perumahan kami di Hulu Selangor, dikelilingi bukit bukau – hanya 1 jalan ke masjid.
Memang patut buat baik dgn tumpangkn sodara lain..
tp, kdang2 bahaya juga..takut yg xdikenali tu buat xbaek nnt..huhu
emm..kenapa ye.. kalu tak pernah ada lgsung yg offer nak tumpang tu agak pelik jugak
Nak tolong tapi segan. Takut dikata nak tunjuk baik. macam mana tu? Dah ditolong tak hargai bantuan tu. macam mana pulak?
p/s : saje jer bagi soalan ni.
p/s/s : setiap langkah ke masjid akan menghapuskan satu dosa di masa lalu.
Betulkan saya kalau silap setiap langkah ke masjid akan mendapat pahala
ada pengalaman masa belajar di teknik gombak dulu 😀
tapi jalan ramai2 tak rasa penat sangat. dan kalau ada orang nak tumpang pun tak mahu sebab nanti rakan2 lain kata apa pula 🙂
p.s kenapa saya nampak plain html dengan tiada sebarang css ni?
saya guna firefox
saya xde pengalam ke masjid jalan kaki jauh2..tapi arwah emak pernah tumpangkan anak2 jiran yg jalan kaki balik solat jumaat.kadang2 dalam berhati2, kita terlupa org yg memerlukan kan?tapi bila fikir balik, niat kita baik, dan Allah takkan hampakan hambaNya yang nak buat benda baik, kan..so kenapa kita perlu TERLALU risau dan takut?
dolu2 di zaman maza muda belia kanak2 riang ribena maza pergi masjid utk solat Jumat juga berjalan kaki.. bukan 1 kilometer.. tapi 3 kilometer dari rumah.. hahahaha
tengahari terik terhencap-hencap berjalan dengan adik.. kekadang dapat tumpang, kekadang berhenti dua tiga kali berehat di bawah pohon rendang sambil merenung tajam ke dalam ban (taliair) kalau2 air itu boleh bertukar menjadi air sirap! hahahah
Betul tu, kekadang terasa seperti masyarakat zaman canggih ini tidak berapa prihatin, individualistik. Pengajaran dari solat berjemaah, masih belum terpahat di jiwa individualistiknya.
zaman skrg org nak berbuat baik susah sgt. huhu
zaman sekarang..nak tumpangkan serba salah..tak tumpangkan pun serba salah.. 🙄
selalu gak kene cam ni..
tapi boleh exercise sambil2 tu kan..
Pada pandangan saya, keadaan sosial sekarang byk membuat kita menjauhi kebaikan.. e.g. takut nak offer orang naik kereta kita untuk ke masjid sebab banyak kes kita tolong orang kita pulak yg kena rompak dll lagi… Memang betul kita lakukan kerana Allah tetapi kita juga harus berhati hati dan beusaha menjauhi perkara2 yang ditakuti…
well, itu cuma pandangan saya… 🙂
urm biasa la tu..nasib kat tempat saya belajar ni lecturer nak tumpangkan lagi kalau tak entah la nak cakap
selalunya yg diorang malas nak tumpangkan ni, sebab nak cepat..itu je yg pasti kot
masih ingat lagi pesan mak masa kecik2…sebab kami naik moto…kalau naik sorang2..mesti mak bagi pesanan khas…”apis, tu pok de jalan kaki, jgn dok ambik pulok”…..
agaknya…semua nk cepat dan tak terfikir bab2 yg nampak remeh tapi ada impaknya…
erm…macam tergantung ayat tu kak jie..masih ada lagi yg belum diluahkan…
tadi ingat time nak gi masjid nak jalan kaki, tapi sebab habis bengkel pun dah lewat, jadi drive keter…..sampai je dah start khutbah
mungkin tu sbb dalam UTM, at least dianggap student. kalau kat luar, susah jugak kan.
tu r bila belajar agama n beramal separuh2 kan.. kan byk sebut lam quran n hadis tuk mengasihi saudara seagama,, saling tlg menolong.. tumpangkn jelah.. bukan rugi pa2 pun..
tp xpa kak jie,, bgs didikan kak jie.. jln pun pegi gk.. ad stngh tu ad kemudhn,, ad kenderaan.. tp nk pegi pun mls.. buat endah xendah ja tuntutn agama nie..
apa salahnya tumpangkan orang pergi sembahyang jumaat.. tak salah pun..
Lagi byk langkah..lagi byk pahala…berkat pahala jumaat.
phala jumaat amin…
semoga sape2 yg selalu buat ni tak buat lagi lepas ni..:)
Alhamdulillah.. 🙂
Moga ramai baca entri kak kujie dan amalkan bersama.
dekat dalam utm ni alhamdulillah,saya tengok ada lagi budaya tolong menolong mcm tu.. 😉
kami dok kampung je….jalan Angah nak p tu turun bukit lalu Pusat Serenti
tak mengeluh pun…cuma nak bagitau org lain
jangan lupa buat baik 😆
mungkin ini kesan iklan jgn tumpangkan org tak dikenali. tapi salah praktik.
sabar lah kak. minggu depan angah kene bawak payung jalan g masjid
dah 2 kali jumaat, dah 2 minggu sejak dia balik bercuti…
dia jalan kaki pergi balik
kalau hantar, sesak jln nk masuk masjid
tu suruh dia jalan kaki..
sebab ramai org ke masjid yg sama…. kawasan kampung je pun
bukan jalan kat bandar
kata nak buat program dekatkan remaja ke masjid..kalau asas mudah ni pun kita org tua tak boleh buat…
runtun hati seorang ibu…