Dia mungkin tak cukup gedik – nickname tak gambarkan ciri² DNA feminin tetapi percayalah tuan blog ini berkromosom XY.
Dalam minggu ini saya terima banyak email mengenai kes semak saman trafik dengan pendahuluan kata
” Salam Bro….. “
Mungkin mereka baca entri Dapat 24 saman dengan jumlah RM 4700.00 dan terus anggap hanya lelaki saja yang ‘kaki rempit’. Normalkan kalau lelaki yang selalu dapat saman trafik. Pembaca mungkin tak sempat nak check Biodata pemilik blog .
p/s… ada orang copy paste entri tu… direct segala internal backlink pun diangkutnya – lain kali kalau nak copy paste , baca entri saya yang ni dulu – Kalau Nak Copy Paste, Buatlah Secara Bijak )
Perbezaan antara lelaki dan wanita bukan saja telah didokumenkan hasil dari pelbagai ujikaji tetapi sering juga menjadi bahan lawak jenaka dan ejekan sesama sendiri. Perbezaan itu meliputi struktur otak masing² juga cara mereka bertindakbalas terhadap peristiwa dan rangsangan.
1. Saiz otak. Biasanya, otak laki-laki adalah 11-12% lebih besar dari otak perempuan. Perbezaan saiz sama sekali tidak ada hubungannya dengan kecerdasan, kerana memang bentuk fizikal tubuh lelaki yang lebih besar.
2. Hubungan – Perempuan cenderung untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan daripada lelaki, bekerja berkumpulan, lebih banyak menggunakan isyarat non-verbal seperti nada, emosi, dan empati sedangkan lelaki lebih berorientasikan tugas, tidak banyak bercakap dan suka menyendiri. Lelaki lebih sukar memahami emosi.
3. Reaksi terhadap stres. Lelaki bersifat suka “melawan atau lari” dari ransangan terhadap stres sementara peempuan menyelesaikan masalah stres dengan strategi “cenderung dan berteman” (tend and befriend) Bila seorang perempuan itu stres, dia boleh mengurus diri sendiri dan anak-anak atau rakan-rakan (cenderung) dan membentuk ikatan kelompok yang kuat (berteman).
Perbezaan ini tidak boleh memporak perandakan dunia. Perbezaan ini berlaku untuk menyeimbangkan fungsi lelaki dan perempuan di dalam keharmonian dunia.
sumber image : 9gag.com
©kujie – hilang deria di twitter!
haha..tula pasal..kantoi mudah je…hehe…
tak boleh..ni mcm rahsia pihak tertinggi
kak jie tau pun selepas kawan2 geek buat siasatan menyeluruh
kesilapan dia satu je..dia ada akaun nuffnang! heh!
wow…ade link..nt tau gak ni..hehe
ada sorang blogger fofuler – dia gurl tapi nak nampak macho, boleh guna bahasa 18SG dia create identiti sebagai laki….
selalu……….selalu
agaknya jarang nampak blogger perempuan miliki blog mcm ni kot 😆
dulu denaihati tu kak jie ingat dia perempuan..hehe
theme juga main peranan sebenarnya…. theme kak jie tak nampak ‘keayuan’ seorang wanita 😆
emm..dia lom belajar dan mahir dalam bab-bab copy paste agaknya..
Otak perempuan ni sememangnya agak berseni dari lelaki ni.
p/s: kes lelaki nak jadi pompuan, yang pompuan nak jadi lelaki macam mana pulak?
kak KUJIE?? 🙂
saya copy guna mata jela…paste dalam hati dan ingatan…
tapi yang blogger mengaku gurl tu tak ok…laki buat la laki..ish2…
hoho..bahaya2..
copy paste ni memang la..
tapi kan..macam saya dulu blurr jugak yang yanmieonline.com tu perempuan ke lelaki..haha
nasib dah tau yg tuan punya wanita..
gambar tu dah boleh terangkan serba sedikit perangai seorang lelaki dan seorang perempuan…:D
keh3…cuba kak jie tempek gaya camtuh…mau riuh satu arena blogging malaysia ni…hehehe
rasanya diaorang ni malas nak baca about tu la kot..sebab tu main bro2 je takpun sebab bahasa rojak yg mereka gunakan
theme tak comel, kan..simple mcm theme lelaki guna 😆
betullah tu.. kena lebih teliti nak kenal perempuan atau lelaki
nak kena letak gambar gedik2 gaya myspace ‘mulut ikan’ kat sidebar ye
kena on deria ke enam dulu..baru faham 😆
Jika makan durian pasti jiran sebelah dapat bau.. 🙂
owh ok2 faham. hehe
lucu lah masalah berbangkit kak jie nih.. siap kene confirm kan kromosom..hahaha..
lpas nih mungkin akak boleh pertimbangkan untuk letak gambar akak kat banner 😉
Bukan… spamlog, black seo Kak Jie tau..
ada banyak lagi..contoh dari toolbar.blinkx.com , dogpile.com , start.facemoods.com, search.mywebsearch.com
Kak Jie boleh bezakan backlink tersebut.
Ini bukan kes PERMALINK , ini kes internal backlink dalam entri Kak Jie, dia copy paste…….jadi internal backlink tu ada kat blog dia.
yang ni blog personal…. blogspot.
hahahah kokye pun baca smpi habis, copy pasta yg tak sihat.. btw info tu terbaik ah! br tahu lelaki rupenya suka escape dr pk2 masalah ni cis.. haha
erk, tadi ada komen. tapi letak byk link pulak. harap kakjie dapat cek spambox
Salam. Kakjie, saya ada google pasal entry tu. Rasanya tu semua guna Black SEO. Even kalau saya tekan, die hanya akan refresh page tu je, bukan redirect ke page kakjie. Berlainan pulak dgn Ping site, kita tekan link tu, redirect ke blog kita.
masroy.net , zeuder.co.cc , htphotocopier-machine.com
eiela tau pemilik blog nih wanita berdasarkan hidup biar sedap tuh. tapi ada jugak blog namanya sekamar rindu rupanya pemiliknya lelaki, yang nih eiela pun tertipu. perbezaan lelaki dan perempuan memang banyak.
eh…itu bukan tujuan kak jie buat blog
sesiap boleh copy paste… tak ada larangan
tak bagi kredit pun tak apa…
tetapi ada caranya
blog ini ada plugin SEO Smart Links… ada beberapa keyword berkaitan akan jadi internal backlink. Kalau copy direct…internal backlink tu juga akan dicopy paste.
ada cara bijak utk copy tanpa angkut segala internal backlink….. kebaikannya bukan untuk kak jie
kebaikan utk tuan yg copy tu…jgn terkanoti dgn kawan2 yg lain
sebab kak jie pernah tgok… ada org tu copy paste, ada internal backlink satu keyword…kawan2 dia baca entri tu…siap komen…” ni copy paste ni”
kan malu………..bukan kak jie yg rugi…dia yg tercalar kreadibiliti.
kak jie.. moh pasangplugin bagi orang tak boleh copy paste entry bro ini
memulo dolu pong saya ingat empunya blog ini lelaki!hehehehehe
*klakar laa gambor tu kak kujie!*
salam…
Jika dulu lebih mudah utk melihat perbezaan berdasarkan fakta ini tapi hari ini semakin banyak yang kita lihat apa yg berlaku seakan berlawanan dgn fakta tersebut…mcm terbalik pulak.
Lelaki dan wanita dijadikan untuk saling melengkapi antara satu sama lain…
hehe… dia tak perasan kot… yg pemilik blog ni wanita… 🙂
heheh sama la kita bro, 😛
Main copy paste tu lah yang boleh nak kena saman ni.
Cuba fahamkan ayat dalam cebisan paper tu, tapi sampai sekarang blur lagi..haha