Bila cuma dapat update blog melalui phone memanglah saya sangat sibuk.
Balik dari Terengganu terus kena selesaikan surat Perjanjian Pinjaman Pelajaran MARA Angah. Dia tak sempat nak buat, ada kelas dari pagi sampai petang. Anak orang lain pun sama je kot… urusan waktu pejabat sedangkan dia perlu ada dalan kelas waktu tu.
Beli Setem Hasil RM 10 di Pejabat Pos, lepas tu ke Pejabat Daerah untuk mati setem.
Pergi Darul Quran KKB jumpa biras saya untuk tandatangan bahagian saksi ( Pegawai Kerajaan Kumpulan A) dan lepas tu ke Suruhanjaya Sumpah saksi penjamin. Kemudian akan ke pejabat majikan suami di Taman Sri Hartamas untuk pengesahan majikan.
Suami saya balik dari Terengganu melalui bas untuk urusan penjamin. Malam nanti balik semula ke sana. Waktu Along dulu, suami di Algeria dan adik ipar saya yang jadi penjamin.
Nota : dulu-dulu kita uruskan sendiri je kan…..
Posted From My GT-i9300
saya dah lama tak buat benda2 macam ni. matikan setem. sebiji dokumen tapi under JPA. hihi.
memang banyak proses untuk melanjutkan pelajaran, pernah buat masa anak nak masuk UIA dulu, beli stem dan pergi ke pesuruhjaya sumpah untuk matikan stem….
kesian kadang-kadang anak-anak kita kurang arif benda nie….kita ler kena lakukan semua……
di kg saya hanya boleh dibuat di LHDN je kak… tak payah beli setem pun…diterus cop setem hasil.. cepat je prosesnya.. masih sama masa saya 16 tahun dulu dan masa adik saya baru-baru ni..
zaman skrg ni ramai anak2 terlalu bergantung dgn org tua walaupun boleh buat sndiri kak..
3 tahun dulu pergi mati setem kat LHDN, paling dekat nun… 50 KM juga
Pejabat Daerah dekat sikit..dlm 15-20KM
lagi pun mmg nak ke arah tu..ada urusan lain
Kalau tak de pinjaman ni susah juga anak-anak kita nak sambung belajar sebab kos belajar sekarang boleh tahan ….
Tapi sedih pulak kepada yang tak nak bayar hutang belajar dengan berbagai alasaan … ilmu dah dapat tapi hutang tak nak bayar … berkat ke ilmu tu? berkat ke rezek itu??
saya yakin semua orang faham hutang wajib dibayar…. dia lepas bahagian dia, dan dia akan tuntut pula hak dia dalam perkara lain.
Saya apply pinjaman MARA untuk master saya. Memang terpaksa ambil cuti sehari sebab banyak benda kena uruskan selain matikan setem.
anak saya cakap, ramai kawan kawan dia yang terpaksa ponteng kelas untuk balik ke kampung selesaikan perkara ini.
bagi saya , suami yang kerja di luar daerah, perlu balik juga untuk urusan penjamin. kalau saya boleh sain ganti depan peruruhanjaya sumpah..saya dah buat…
bertuha dapat mak yang prihatin..hu3..saya dulu semua benda kena buat sendiri
Bertuah juga ada mak… semua mak nak buat utk anak2 cuma masa tu keadaan berbeza
ehh..maknya yang buatkan ker??
Daftar 1/9 tu belum ada cuti. Ada kelas saja… jadi mak dia tang tak kerja ni tolong buatkan.
Lama dah tak buat benda2 ni…nak2 matikan setem tu…
Agaknya, macam manalah ibubapa yg tak berkenderaan, nak terjah satu2 pejabat ni…oh!
Semua urusan waktu pejabat..waktu tu juga dia ada kelas, mak dia tak keje ni..ada kemudahan boleh buat
semasa wife hendak berpindah tempat kerja hari tuh , ada juga temankan dia uruskan bab2 matikan setem nih…
banyak kali juga buat urusan mati setem ni…maklumlah asik dok berhutang saja..hihi
teringat masa belajar dulu..
kan… kena ke sana sini nak jumpa orang
Dulu pernah buat benda ni..tapi tak ingat masa bila dan macam mana cara dia..dah tua2 ni lupa dah.. 🙂
nanti bila anak2 perlu, pandailah kita mencari jalan..hehehe
Teringatkan semada di kolej ada buat pinjaman MARA. Lega sudah lama langsai pinjaman.
90,100.00 – sembilan puluh ribu seratus sahaja…. macam nak beli rumah ni
Belanja pengajian memang banyak. Bagaimana pula kos pengajiaan untuk anak-anak saya pada masa hadapan?
Jika di Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat “mati setem” kena pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Hentian Kajang. Mereka2 ingatkan masih lagi boleh buat di Pejabat Daerah walhal jabatan ini hanya menumpang seketika.
Kamibke Kuala Kubu Bharu tadi.. kat Pejabat Daerah ada Kaunter 6 Duti Setem
penah sekali je urusan ‘mati setem’ ni
masa beli rumah kalau tak silap
kelakar je sebut mati setem, mana dorang dpt idea letak nama tu
he he he…. pernah ckp, kena nak mati setem..dah beli tu beli je lah, kan dah bayar cukai kat kerajaan.
rupanya kena mati kan setem sebab untuk elak diguna sekali lagi…
kalau macam tu kenapa tak cop mati kat pejabat pos aje
erk..soalan tu tanya sendiri dan tak ada jawapan….
Mak saya Pesuruhjaya Sumpah. Dulu kakjie penah jumpa kan :p
ya ya….wahai anak Peruruhjaya Sumpah..tapi jauh sangat nak pergi Shah Alam tu