Tanda Saktah Berhenti Seketika Dalam Satu Nafas
Panduan

Tanda Saktah Berhenti Seketika Dalam Satu Nafas

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Alhamdulillah,  hari ni dah Jumaat.  Rasa lega dan tenang selepas mengharungi minggu yang agak sibuk. Semua urusan yang dirancang semalam berjaya diselesaikan.

Di pagi hari penghulu segala hari ini, saya sekadar ingin berkongsi sedikit mengenai Tajwid iaitu tanda khas bacaan di dalam al-Quran –   Saktah

image

Bagi sesiapa yang mengamalkan membaca Surah al-Kahf di hari Jumaat seperti hari  ini mesti akan berjumpa  Saktah pada ayat pertama. Dalam Rasm Uthmani, Tanda  Saktah ini ditulis dengan huruf ‘sin’.

Di dalam al-Quran ada 4 tempat yang mengandungi tanda Saktah dan SUNAT membaca mengikut hukum Tajwidnya.

Cara bacaannya adalah dengan diam seketika dan diteruskan membaca ayat selepas itu dengan NAFAS YANG SAMA, tanpa menarik nafas yang baru.

Bacaan Saktah ini adalah SUNAT,  buatlah selagi mampu, kutiplah selagi terdaya. InsyaAllah ada ganjaran dari Allah S.W.T.

Posted From My GT-i9300

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

13 thoughts on “Tanda Saktah Berhenti Seketika Dalam Satu Nafas

  1. amiin kak jie… tapi saya suka bingung cara nafasnya itu loh kak… saya masih suka belajar tajwid dan kadang masih keliru cara membaca al-qur’an yang baik.

Comments are closed.