Doktor Jarak Jauh
Anak

Doktor Jarak Jauh

Selamat Bercuti Hari Pekerja 1hb Mei 2010.

Sepatutnya saya balik kampung pagi ni, tapi malam tadi Intan sakit gigi. Sakit kaki, sakit leher, sakit tangan, sakit perut bolehlah juga sapu minyak angin atau sekadar berpsikologi membantu meredakan sakit. Ini gigi… saya pun mati akal nak pujuk macam mana.

Tengah malam dia on pc, cakap nak sembang dengan abah. Nasib baik 12.30 malam di Malaysia, 5.30 petang di Algeria. Buah hati dia di sana pun dah balik kerja.

Saya biarkan saja dia menangis tersedu-sedu di depan pc mengadu sakit dengan abah yang jauh 10,500 kilometer. Saya yang mengintai dari jauh pula yang terlebih meleleh air mata. Hati mak-mak macam ni lah…

Saya terjumpa petua sakit gigi di internet – Celupkan putik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.

Apa benda dijampi oleh sang abah di sana, off saja pc terus masuk bilik dan tidur. Bangun pagi ni semakin baik pula.   Bab  pujuk memujuk tahap lembut gigi dari gusi tu memang kepakaran abah ye….  mama pun tewas 19 tahun dulu!

Share video ni : anak bapa!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Doktor Jarak Jauh

  1. kalau sakit gigi boleh kumur ngan air garam
    tp subhanallah…memang sangat sakit lah masa kumur tu
    .-= mokteh´s last blog ..Finally at Home: Home Sweet Home! =-.

  2. anak abah~ =)
    .-= Flying Pixel´s last blog ..Im using Delicious! =-.

  3. Ada satu lagi petua nak hilangkan sakit gigi. Tumbuk bunga cengkih dan letakkan pada gigi yang sakit. Jadi bius semulajadi 😀
    .-= imran´s last blog ..Cara memasukkan ayat Quran ke dalam Microsoft Power Point =-.

  4. hati ibu kan. mudah tersentuh T________T
    .-= yonna´s last blog ..Sinchan & Himawari =-.

    1. bukan koyak..baju pesen mcm tu
      mmg seluar dia berbutang di tepi
      boleh buka untuk tukar pampers

      hehehe…. kena study bab keibubapaan ni

  5. wah keyboard tu ada perkataan F*** haha
    mesti stress gila kat office tu..

Comments are closed.