Sabda Rasulullah s.a.w : “Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang paling baik akhlaknya.”
Tak ramai orang serik dan ambil pengajaran dari kes-kes hangat yang dicetuskan dari facebook. Kes kontroversi Hani Tarmizi dengan wanita Sarawak, kes pelajar Aswara yang dihukum berkenaan bom petrol di gereja dan yang baru saja berlalu Rafiqin Darwisy yang mengutuk kematian Allahyarham Din Beramboi di Facebook.
Sekarang facebook digegarkan lagi dengan kes seorang anak muda Mohd Safuan Hilmi yang meninggalkan satu komen di wall facebook dengan kata -kata ugutan membunuh TGA Nik Aziz :
Saya tidak berminat untuk menyentuh dari sudut politik tetapi dari segi tahap kebebasan kita bersuara dan tanggungjawap kita pada apa yang ditulis. Zaman bergurau senda di kedai kopi bersama teman-teman bukanlah seperti bergurau senda di internet. Kita perlu ada logik minda (common sense) yang lebih sensitif dengan persekitaran.
Saya ada anak remaja 18 tahun yang juga mengamalkan budaya berfacebook. Sejak timbul berbagai isu negatif akibat keterlanjuran kata di facebook, hampir setiap hari saya berpesan-pesan supaya dia menjaga akhlak, jadikan semua kes tersebut sebagai sempadan dan saya sering jelaskan perasaan saya sekiranya berlaku perkara-perkara negatif seperti itu.
Kadang-kadang risau takut anak remaja ini mentafsir nasihat dan bebelan seorang ibu sebagai mengongkong atau terlalu mengawal dan dikatakan tidak memahami jiwa anak remaja sedangkan niat setiap ibubapa hanyalah untuk mengambil berat terhadap mereka dan risau jika ada perkara yang buruk menimpa.
Apabila timbul masalah , ramai yang akan mempersalahkan ibubapa kerana tidak pandai menjaga anak. Cabaran yang dihadapi membesarkan anak-anak zaman sekarang kadang kala tidak terjangkau dek akal. Kesilapan dalam menangani kerenah anak-anak jua tidak dapat dielakkan. Banyak pengaruh luar yang cuba untuk meresapi jiwa dan jati diri anak-anak yang menyumbang kerosakan sosial dan moral.
Anak-anak,
Fkirlah sebelum bertindak , jangan lukakan hati orang-orang tersayang terutamanya ibu dan ayah. Jangan menghancurkan hati dan segala pengorbanan mama dan abah.
Anakku,
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mata
Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar,
atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapa pun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu
Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan
titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan
Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan ibu….Maafkan ibu
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu
Dikutip dari Puisi Hati Ratih Sanggarwat
©kujie – entri ini bukan bercerita tentang parti politik, tetapi perasaan yang dirasa oleh setiap ibu tak kira parti cap ayam sekali pun… inilah rasa yang serupa! Biar apa pun fahaman ideologi politik yang diikuti, jiwa rasa seorang ibu tetap sama walau di kutub mana sekali pun anak-anak berada.
anak tpinky yg berusia 7tahun juga dah reti guna FB..itu pasal tpinky la yg ajar..kononnya mudah nak berinteraksi bila berjauhan. risau juga bila masalah2 mcm ni boleh berlaku..thanks kak jie, sedang bersiar2 diblog kakjie ni…banyak info… 😉
Jom terjah post menarik dari tpinky ..Video Call
pemantauan ibu bapa saya rasa perlu kerana, kadang – kadang apa yang mereka tulis di wall facebook boleh melampaui batasan bahasa. Orang cepat menuding jari pada mak bapak yang tak tahu menjaga anak, bagi saya 30% adalah pengaruh luar dan 70% lagi adalah berdasar dari pemikiran mereka sendiri. Baik buruk satu perkara yang mereka lakukan haruslah ditelah dahulu kesannya, hidup ini penuh dengan pro dan kontra.
.-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.
kadang2 mak bapak x tahu apa yang anak2 dorang buat ni… mcm si Rafiqin Darwisy la. mesti malu mak bapak bila berita ni tersebar satu malaysia.
psl hina Nik Aziz tu, saya kecewa dgn sikap orang tu yg menghina ulamak. dia tu entah solat 5 waktu cukup ke x nak label2 orang mcm tu..
.-= Amir´s last blog ..2 Pengulas Tegar Bakal Menerima Hadiah Istimewa Dari Australia =-.
ouh..i luv my parent 🙂
.-= Flying Pixel´s last blog ..Im using Delicious! =-.
saya bukanlah penyokong kuat mana2 pihak.. sebab terpulang gak.. kat tmpat saya satu parti ni bagus, kat tmpat suami lak, satu parti lagi yg bagus.. jadi masing2 de baik buruk.. tapi pada saya tak perlu lah kita nak kutuk habis2an sebegitu.. sbb kita pun bukanlah baik sgt… jadi kalau sekadar nasihat tu ok la kan.. bahasa perlu dijaga… tak kisah anda di pihak mana..
.-= fiezaradzi´s last blog ..5 Sebab Peminat Liverpool Rela Dikalahkan =-.
Salam Isnin Kak Jie..
Sudah Sarapan kah Kak Jie pagi ni? H
mmm rasanya anak muda kita ni terlalu taksub dengan kebebasan berfikir. Freedom of Speech kata omputih… tapi malangnya, atas sebab ini (pendapat saya, fikiran dan minda saya, hak saya untuk berkata-kata), mereka terlalu taksub untuk berkata-kata tanpa mengambil kira perasaan orang.
Terus-terang, Incik RestNrilekS busan arrr tgk keadaan macam ni.. hehe..
Kalau la kemajuan itu berhenti boleh bersuara semata-mata, ertinya itu bukan kemajuan. Paling tidak kita harus “Cerdik” dan “Baik”.
Owh lupa, sopan-santun sekarang macam bukan lagi nilai-nilai yang terpuji la Kak Jie.. Hehehe.
Jom pekena Kopi Hang Tuah Kak Jie : )
.-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Easy Cookie Recipes Make My Day =-.
Salam semua dan selamat sejahtera Safuan.
Terima kasih kepada safuan atas Ugutan tersebut. Ugutan dan komen-komen membuatkan aku lagi matang dalam dunia alam maya ni.
mungkin safuan menjadi pengajaran kepada aku,anak2 aku dan keluarga aku.
Aku fanatik kepada Islam pun,xdala sampai nak bunuh kpd orang yang xmau Islam. bersabar ek safuan. xpayah takut, tidur dalam tirai besi lebih elok kena tali gantung kan.?
Kalau tali gantung you berani, tirai besi relax la kan…..hehehe
Apa sahaja laman sosial kalau tidak dikawal akan menjadi masalah. Begitu juga dengan blog 😀
.-= imran´s last blog ..Cara memasukkan ayat Quran ke dalam Microsoft Power Point =-.
memang susah la kalau admin nak control FB..melainkan kalau komuniti tuh sama2 kawal..report ja mana2 ynag tak patut
mengaji tinggi2 tapi akhlak jatuh
Tidak dapat dinafikan bahawa Facebook turut mendatangkan implikasi yang negatif! 🙁
.-= tekkaus´s last blog ..Sorry My Feet =-.
tak faham tak faham
kenapa wujud manusia macam ni
safuan hilmi meh la kutuk aku lak
budak yang kurang ilmu… akai pendek.. sanggup bunuh sesama islam… yang bunuh islam hanya org2 kafir… sikap ini ia datang dari semua arah… dari ibubapa sendiri, dari kengkawan, dari kerajaan sendiri, mahupun diri sendiri.. bertaubat laaa
kalau anak-anak berani tulis macam tu saya selalu terfikir dari mana dia belajar, mak bapanya kah? org kata anak-anak tu akan ambil perangai mak bapa sedikit sebanyak. kdg2 kita tak sedar tingkah laku kita seharian menyerap dlm diri anak-anak.caranya pantau dan sentiasa menjadi kawan mereka.
yang tulis kat atas tu berapa umurnya sebab terlebih berani sangat tu.
Salam hormat wahai kujie.
Kena cari punca. Apapun, golongan ini sebenarnya tidak mampu berhujah. Mereka hanya tahu bercakap dalam nada emosi.
memang saja nak cari publisiti…huh
cakap besar..pastu delete fb..ntah pape..
Itulah kak saya pun lihat betapa banyak nya masalah akhlak dan sosial remaja hari ini kerana penyalahgunaan ruangan sesawang seperti facebook ini.. meraka bercakap hanya semata-mata mengikut kata hati tanpa berfikir berkali-kali sebelum mengeluarkan pandangan. Ika risau juga macam mana la ika nak hadapi murid-murid ika pada masa hadapan.. mesti bertambah cabarannya kan hurmm
salam kak jie.
terasa sebak kakchik membaca dari awal hingga ke akhir.
dunia makin ke penghujungnya.
orang buat dosa melampau-lampau.
maksiat merata-rata.
besarnya ujian Allah buat orang yang cintakan keamanan, kebaikan dan ketenangan.
budak-budak macam ni memang memalukan mak ayah , memalukan tahap global satu Malaysia lak tu..
salam,
macam anak murid saya kan.. bila di selidik.. ibu bapa merka ader dalam senarai add mereka.. tapi kenapa yer.. mereka masih bebas mengamalkan kebebasan bersuara yang tak sepatutnya.. adakah ibu bapa mereka tidak melihat? atau mungkin mereka pun 2 x 5 jer?
entahlah… kehidupan moden menjadi pegangan agaknyer 🙁
Facebook ni ibarat pisau jika diguna dgn baik maka baiklah hasilnya tetapi jika sebaliknya boleh menjadi senjata untuk membunuh. Berapa ramai manusia di dunia dan khas di Malasyia yg sedang ketagihan FB sehingga hilang produktiviti hidup paling parah lalai pada agama.
Astaghfirullah..
Moga-moga Allah melindungi anak-anakku dari berakal pendek seperti itu. Sedikit sebanyak ni semua pengaruh budak-budak zaman sekarang suka mencarut..tu yg akal jadi pendek. Jauh beza budak suka cakap carut ngan tak cakap. Ingatkan mereka!!
salam..
ahhh..
sedih membacanya
nape jadi begini
moga di jauhkan
keturunanku
assalammualaikum kujie
mmm, bila setiap hari dikelilingi budak2 remaja, kekadang perkara sebegini tidak memeranjatkan juga.
perkataan yang dipelajari dari insan2 dewasa disekelingnya, kan.
tindakan kujie betulla tu,
mungkin peringatan kita sekarang dianggap bebelan dan kongkongan. tapi memang itu yang patut kita buat, sehinggalah satu hari nanti merka faham dan tahu.
wohoooo.. ganazzz…
orang x de otak kalau bercakap macam tu lah kot.. terlalu taksub sangat dengan politik.. sangat benci dengan manusia macam tu! huuuu~
Akibat tidak menjaga kehalalan sesuatu makanan yang dimakan maka jadilah sebegitu. Tidak sayangkan ulama (bukan politik ye), tidak sayangkan agama, pentingkan budaya hedonisme. Tunggulah bala daripada Allah.
sebenarnya jika diberikan pendidikan yang cukup dari segi ilmu dunia dan agama mungkin golongan remaja dapat berfikir dengan lebih matang lagi.Tidak salah untuk mendedahkan mereka kepada perkara-perkara seperti ini supaya kita dapat melihat bagaimana akan tahap kematangannya apabila berdepan dengan situasi berikut.
jangan biarkan golongan remaja seperti ini mempunyai sifat berdiam diri/pendiam..susah untuk tahu apa yang terpendam di dalam hati masing-masing.susah untuk menduga apa yang mampu dan akan dilakukan oleh seseorang yang bergelar remaja.
Betul.. ramai sekarnang tersalah gunakan kebebasan bersuara. Sungguh takut kan? Anak sapa lah itu… tapi takut pula kena pada kita, kan?
Tiap kali anak saya ngadap web laman sosial, saya mesti duk kat belakang tengok dari jauh sambil pesan-pesan, jaga bahasa.. jaga bahasa..
seriau kiterrrr…
anak – anak yang pandai berfacebook ni kebanyakannya jadikan web sosial tu utk melepaskan perasaan…. dan selalunya jari – jari yang mengetuk keyboard itu yang lebih laju daripda pemikiran. bila dah kecoh barula kelam kabut minta maaf
ermm dah teruk tu,ishhh kalau tak ambil tindakan awal-awal,habis la
Adoiii..akal tak cukup betul la budak ni..
Memang besar cabaran ibubapa sekarang ni..
Masa depan,laaaaagi la mencabar..huhuhu
mesej yg gt berguna, terima kasih…
psst: dasyat ayat pakcik tu..
huhu tak patot betol dia ugut camtu..
dia tak baca berita ke org kena tangkap sbb ugut kat fb?
ke saje je cari masalah? huhu
ingatlah pesan ibumu ini~hehehe
ehmmm..mcm2 la skrng kak jie..
smua nk publisiti murahan.nak name..suka agknye mcm tuh~
lepas dh kne sembur,mtk maap..sng jek kan?
xgeti nk guna FB tuh tuk kebaikan ke ape~
xphm ape sbnrye kepuasan yg dorang dpt dgn buat macam nie..huhuhu
wow… ganas gak kata2 encik safuan.. huhuhu..
malas nak amik peduli pasal orang2 gaduh psl politik yg xda faedah langsung..org politik makin kaya raya, org yg gaduh2 ni plak apa yg dpt? dpt taik je
kak jie tu dari sudut hati seorang ibu yang risau takut anak2 dia ‘tergelincir’ kata di FB.
Tiap hari berkali2 pesan –
Astaghfirullah, jaga sikit bahasa tu.
depa ni kene dipantau, kalo tak abes la.. saya ada terima email tentang dia ni tadi, siap ada gambar budak tu.. angin aje, profile FB nya telah dipadam…