Botol Susu Bebas BPA
Anak

Botol Susu Bebas BPA

Saya kat hujung dapur – menyidai baju  . Tiba-tiba Intan datang dekat dan tanya

” mama………..mama ada simpan tak botol² susu Intan yang dulu²..masa Intan kecik²”

sambil pegang kotak susu Dutch Lady yang diambil dari peti sejuk.

Belum sempat saya jawap, terdengar suara Angah membalas :

” Ada…botol susu Intan ada kat mama…mama bawa hari²…kita share botol susu”

ha ha ha … sungguh  tak sangka Angah boleh jawap macam tu.:lol:

gambar bayi menyusu badan

©kujie- kesemua anak² saya menyusu badan. “Botol susu” ada sampai sekarang.

 

Nota Tambahan 17/3/2011 :  Entri lama yang dikitar semula kerana isu semasa Pengharaman botol susu polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A bermula 1 Mac 2012

Cara Mengenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

Rujukan : http://moh.gov.my

©kujie – botol susu anak² saya bebas  segala jenis radiasi nuklear Jepun!

Edit 01/03/2012 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)akan menguatkuasakan pengharaman pengimportan, pengilangan, pengiklanan dan penjualan botol susu bayi mengandungi Bisphenol A (BPA), bermula hari ini 01/03/2012 .

 

p/s – entri kitar semula untuk isu semasa

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

61 thoughts on “Botol Susu Bebas BPA

  1. Salam Jumaat,

    Saya belum ada anak lagi. sengannya menyibuk sini. baca sambil kutip info 😐

  2. Allah dah tunjukkan cara melalui Rasulullah seandai ibu sibuk atau tak mampu menyusukan anak maka gunakan ibu susuan tetapi kenapa kita tak amalkan…jawapan mudah kerana budaya susu botol dibuat oleh yahudi supaya anak-anak Islam rosak budi pekerti.

  3. Assalamualaikum,
    Waaaaaaaaa hebat betul jawapan Angah tu…tak terduga

    Belajar rajin-rajin ya Angah…nasib baik Intan ada temankan Kak Jie

  4. Masa zaman saya emak mengunakan botol susu kaca tapi apabila zaman berubah adik-adik saya mula mengunakan botol susu jenis plastik. Sekarang ini adalah kebimbangan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA

  5. ‘botol susu’ yang boleh digunakan tanpa was-was. Tak perlu susah-susah nak panaskan air. 😆

  6. yang pasti.. PC = Policarbonat la kan? hehehe kene pakai botol silicon plak la macam ni. haha.. masalah sebab dia putus susu hari tu. kalau tak mungkin still minum susu badan lagi. sekarang ni.. kalau tengok susu badan.. konfem lari. haha adoi ai.

  7. ke tiga-tiga tu adalah tandanya – maksudnya mungkin tanda yang pertama, mungkin tanda yang ke dua atau tanda yang ketiga…ketiga2 tu mewakili botol yang ada Bisphenol A (BPA)

  8. tak perlau stril….rendam dalam air panas 😆

    tiap orang ada pengalaman masing2….itu yg indahnya botol susu ni 😆

  9. Along sekejap saja…. anak sulung tak ada pengalaman, mudah mengalah…Angah & Intan memang menyusu penuh sampai 2 tahun

  10. still konfuse. dalam 3 3 tu mane yang bebas? haha
    semua ade tanda 7 kesemuanya.. tapi 2 yang mencurigakan.
    satu ternyata jelas sebab ade PC lagi 2 agak keliru.

    dah macam teka-teki!

  11. Intan yang dah besar tu pun..sesekali nak mengendeng2 dekat2…entah…naluri hubungan anak dan mak tu, rasanya

  12. hehehehe….. bab ni yg terasa sgt
    kejap je anak2 dah membesar
    tak boleh cakap sebarangan… dia dah faham 😆

  13. hahaha… cayalah angah.. jawapan yg tepat nak menusuk kalbu gitew..

    heheheh

    psst: tu agaknya tanda angah semakin dewasa dah baligh agaknya .. hehhehe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  14. nakal juga si angah yang menjawab tu, org rumah saya pun bagi susu badan untuk anak saya, sampai sekarang anak saya tak nak susu botol

  15. ramai yang x tahu nikmatnya menyusu anak ni kan..rugi sesangat..peluang tu bukan selalu ada kan kak jie

  16. Salam Kak Jie.

    Nasib baik angah x usik macam saya usik adik2 saya dulu. Haaaa… Sume pakai bekas along. Best giler jadi anak sulong. P yang bongsu pon best gak. 4 tahun masih bergayut kat mak lagi.

  17. anak yg 100% breastfeeding dgn yg bercampur pun ada beza inikan pula yg 100% susu botol memang lain.

  18. eheheh botol susu yg tak perlu cuci dgn berus…
    sy bf anak yg sulung tu lama gak..hingga preknen kedua..mean dlm setahun lebih…tapi yg 2nd tak lama lak..sbb penat kot melayan yg 1st jugak…lgpun yg 2nd tu mmg menyusu byk dari abgnye…

  19. patutnya brape lama? anak no 1 tak sampai setahun kot sebab wife dah pregnent no 2, bila dah stop, wife plak misscariage. trus stop.. alhamdulillah wife baru deliver anak no 2 nih, mintak dia breastfeeding aje.. selamat dari bangun tgh malam.. keh3x

  20. Anak sulung pun sekejap saja..masa tu kurang pendedahan, kurang info tak macam sekarang bersepah ada maklumat dalam internet. Lahirkan anak² dengan pembedahan – cepat ‘down’ bila gagal menyusukan anak dgn sempurna…waktu tu nak uruskan diri sendiri dan ragam anak….tinggal sendiri bukan dgn ibubapa….berpantang sendiri…banyak sebab yg menyebabkan Along menyusu badan tak sampai 2 tahun spt adik² dia yang lain.

    Insyaallah cikgu…. kita usahakan yang terbaik

  21. keadaan setiap orang berbeza… Kak Jie berhenti kerja selepas lahirkan anak². Bukan semua orang mendapat ‘peluang’ seperti ini. Ada beberapa keperluan utama yang terpaksa mereka pilih. Simpati untuk ibu² tersebut….

  22. salam kak..
    hebat..boleh susu badankan
    semua anak..teringat mak saya
    dulu..semua anak mereka di
    susu badankan..tapi sekarang
    orang rumah kerja..habis pantang je
    anak semua bersusu botol la jawabnya

  23. seronok dapat beri anak2 susu badan..
    anak sulung saya dpt dalam pantang jer..
    yang kedua 4 bulan..
    harap yang bakal ni dapatlah menyusu penuh..

Comments are closed.