Semalam petang saya ke KKB, dari jauh nampak simpang utama agak sesak dari biasa. Ada polis berkawal tiap hujung simpang. Ada acara apa le agaknya kat kota kosmopolitan KKB ni.
Susahnya nak dapatkan petak parking, usah di cakap! Kerana ada urusan penting, terpaksa menapak juga memasuki lorong tersebut sehingga bertemu premis yang dituju.
Owh…rupanya ada orang buat pengambaran filem atau drama dengan gadis skuter pink . Satu lorong utama di tutup.
(baru tau dari fb – Scha Alyahya buat pengambaran iklan Citibank kat KKb )
Saya bertanya Ah So kat kedai yang disinggah, dah berapa lama jalan ditutup. Dia cakap tutup dari pagi tadi.
Kiri kanan kedai lenggang, tiada pelanggan. Kedai motor yang bersepah² dengan tin, minyak dan motorsikal pun bersih saja tiada pelanggan. Biasa nampak tangan pomen hitam berminyak, semalam nampak bersih macam tangan jurutrengkas kat pejabat gomen.
Kalau orang lain mungkin nak juga sibuk ambil tau drama apa, siapa artisnya. Tapi benda yang terkeluar kat kepala otak saya, kedai yang terjejas perniagaan mereka hari tersebut turut dibayar ganti rugi kah?
Orang-orang yang biasa terlibat dalam bidang ini tentu ada jawapannya. Nak juga tau…..
Sebenarnya pergi tangkap gambar, ada orang nak renew lesen dan meraikan kejayaan ‘tanggal sticker P’ kat cermin kereta.
Kejap je dah 2 tahun, rasa masih teringat macam mana seronoknya dia bila lulus ujian memandu dulu. Siap SMS minta kereta! Macamlah beli kereta macam beli slurpee kat 7e… Capai cawan, picit je….
Tapi sticker P belum tanggal, dia dah ada kereta sendiri.
Dulu masa wife guna sticker P bila anak tanya apa itu P kami jawab P tu Profesional heee.
mmg cpt sgt masa berlalu skg ni. pejam celik je anak saya pon dah nk genap setahun umurnya hujung bulan ni
Cepat jer masa berlalu 😀
p/s-agaknye semuanya dpat pampasan kot? hehe
perasan gak KKB sekarang dah jadi lokasi perfileman..
teringat plak masa ambil lesen dulu. hoho..
tertanya-tanya juga kedai yg takde pelanggan tu dapat pampasan atau tak kan..
Selamat memandu..
berhati-hati dijalanraya
zaman sekarang ni senang sikit dpt lesen…zaman makcik dulu …alahai,…belajar memandu guna keta kancil, bila test guna iswara…mak ooi, lainnya kondisi dia..mana la gaba lagi
mmg best klu dh hbis lsen P.hehe
2 tahun pertama memang kena berhati-hati..
Perasaan membawa kereta tanpa memerlukan lesen P memang satu kenikmatan sama seperti kaum lelaki yang selesai proses bersunat. Bangga sekejap sebab kononnya dah dewasa, tapi kalau cara memandu mcm budak2 maka lesen P tu tak ada makna apa-apa pun sebenarnya.
Tahniah anyway.
betul2…
tapi yb best aku sejak lesen L tarikh mati lesen birthday aku..
hehe
Huhu,, memang seronok la kalau dah dapat lesen pernuh. tak perlu nak tampal P lagi …
Saya pun tak lama lagi nak tanggal sticker P ni, bulan april ni boleh tanggal dah..hehe
Salam,
Inysaallah bulan 8 ni giliran Yan pulak tanggan lesen P kat kereta hikhik 😀
ada je typo, adoiyaaiii bukan tanggan tp tanggal heheee sabar jelah 😛
Isteri saya pun tahun lepas sudah mendapat lesen penuh tapi tidak mahu tanggal pelekat “P” katanya pemandu akan faham. Saya kata sama sahaja pemandu di Malaysia samada lesen “P” atau penuh kalau hendak langgar undang-undang mereka tetap lakukan.
Hari ini kedai-kedai yang terlibat dengan penutupan jalan hilang punca rezeki untuk sehari.
oo.. mcmtue kira glamer jgk kn cosmopolitan KKB ni, dah jadi tmpt shooting pon.. btw.. pd yg bjaya tanggal sticker P .. congratz to him!\(^o^)/
hehe.. memang seronok masa mula2 dapat tanggalkan P pada motosikal.. boleh berlagak dgn kawan2 yang masih P
Enak sekali kalo dah punya lesen…Semua jadi gampang
hehehe..saya tak sempat guna sticker P …mesti tokey2 tu menyumpah2…rugi lah dia hari tu.
Dapat lesen terus cermin pun babai.. har3…
wah best dah dapat lesen penuh, buat pun tak lagi.. masih tunggu lesen auto.