Warna Warni Petronas Deepavali Webisode
Advertorial

Warna Warni Petronas Deepavali Webisode

Sebahagian daripada kempen Deepavali 2013, Petronas telah membuat pengambaran mengenai tradisi budaya kaum India yang menyambut perayaan tahunan ini di Malaysia. Episod yang dihasilkan ini dengan harapan supaya pendedahan secara lebih dekat mengenai budaya dan tradisi perayaan ini dapat mengeratkan hubungan masyarakat di Malaysia

Webisode adalah singkatan daripada perkataan’web’ dan ‘ episod ‘ yang terdiri daripada satu episod daripada beberapa siri yang disiarkan melalui laman web perkongsian video seperti YouTube.

Webisode ini boleh ditonton melalui Channel Youtube Petronas di Petronas Official Youtube

Saya telah berkesempatan bersama Blogger Ben Asahari mengikuti pengambaran dibelakang tabir yang membabitkan crew produsi Petronas Deepavali Webisodes.

city bayview hotel

Sesekali pergi event jauh dari rumah, tinggal di hotel berbintang-bintang tetapi belum sempat nak bersenang lenang terpaksa check out. Selepas sarapan, seawal jam 9 pagi kami perlu bertolak ke lokasi pengambaran. Rugi je bawa swimming suit tak sempat pakai, kan..

Nagarathar Sivan Temple

Petronas Deepavali Webisode kali ini membabitkan host rancangan DJ Aanantha di Kuil Nagarathar Silvan, Jalan Dato Keramat , George Town. Kuil Nagarathar Sivan mempunyai menara lima tingkat yang dicat berwarna warni dihiasi ukiran rumit dewa dan binatang. Didalam kuil terdapat imej Dewa Siva.

prayer for deepavali

Artis jemputan kali ini adalah Alinda iaitu juara Astro Vaanavil Superstar tahun 2012.  Di kuil , penganut agama Hindu akan bersembahyang di hari Deepavali dan antara rutin yang wajib dilakukan adalah  meletakkan tanda di dahi yang dipanggil Thiruniru ( abu suci ).

Deepavali Shooting

Krew pengambaran yang sedang mendapatkan posisi terbaik untuk penghasilan webisode. Seperti semua perayaan lain di Malaysia, kuih muih seperti manisan sudah menjadi identiti masyarakat India. manisan yang dihasilkan dengan cara traditional demi mengekalkan resipi asal mendapat permintaan yang tinggi. Antara beberapa manisan yang menjadi menu hidangna Deepavali seperti burfi, candy, gulab, jamun, halwa , jangiri dan laddu

cara masak Jangri

Jangiri adalah manisan yang menggunakan kacang dal.  Kuih ini dibentuk bunga bulat sewaktu adunan tepung dal  digoreng  di atas minyak yang panas.  Apabila sejuk, barulah disalut sirap gula.

Laddu

Laddu – rumour tersebar bahawa Laddu akan menjadi edisi terbaru Android selepas Kit Kat.   Laddu sendiri mempunyai pelbagai jenis seperti muntri laddu yang menggabungkan gajus, kismis dah minyak sapi, thirupathi laddu atau rava ( tepung suji ) laddu

Alinda Astro Vaananil Superstar

THR Raaga Kalakkal Kaalai, DJ Aanantha bersama Alinda di dapur

DJ Aanantha dan Alinda

Jangan lupa tengok hasil pengambaran ini di Channel Youtube Rasmi Petronas   PETRONAS Deepavali 2013: Episode 1 – Deepavali, The Story

Musim perayaan umpama pesta membeli-belah bagi rakyat Malaysia. Suasana di kawasan beli-belah biasanya begitu meriah dan berlangsung dalam kegembiraan. Kebanyakkan kaum wanita mula mencari pakaian, kasut, aksesori dan kuih-muih untuk keperluan seisi keluarga. Part membeli belah ni yang paling best.

Janganlah nak cakap perempuan suka membeli belah, sebenarnya perempuan bukan membeli untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk seisi keluarga.  Bukan sikit tu tau.

Little India Penang

Lebuh Pasar atau lebih dikenali sebagai “Little India” menjadi tempat tumpuan bagi mendapat keperluan menyambut perayaan seperti kain baju, kuih muih dan perhiasan rumah.

Anita Sarees Centre

Bahang sambutan Deepavali dapat dirasai di sekitar deretan kedai yang dihiasi warna warni dan diiringi muzik yang menguasai ruang udara.

beli kain saree

Selain sut Punjabi, Legha atau  Kurta, Sari merupakan pakaian tradis untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan Deepavali. Sehelai Sari 6 meter harganya ratusan ringgit bergantung kepada jenis kain, corak, sulaman atau manik yang digunakan. Bukan saja sari, aksesori tambahan lain seperti subang, rantai, selendang, gelang tangan dan kaki juga dibeli untuk saling melengkapi penampilan pada hari istimewa tersebut.

Anita Sarees Centre Lebuh Pasar

Saya pun tak ketinggalan – ini sari untuk diri sendiri.

DJ Aanantha

Seperti biasa, di akhir entri mesti up gambar makan hati. Gambar ni hampir disabotaj oleh Ben ( Ben Ashaari.com ) . Tengok tangan sebelah kanan tu…tangan dia le tu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Warna Warni Petronas Deepavali Webisode

Comments are closed.