Zaman sekarang, membeli belah online bukan perkara asing. Ramai rakan-rakan saya kerap membeli belah online. Ibu-ibu yang sedang berpantang tak boleh keluar rumah pun boleh membeli belah online.
Untuk ibu-ibu muda, membeli belah online banyak kelebihan kerana tidak perlu kendong anak ke hulu ke hilir. Jimat bajet untuk beli benda-benda tak perlu.
Baru-baru ni saya membeli belah online di Nile.com.my. Pengalaman membeli belah yang awesome! Harga pun murah.
Memula , korang kenalah pergi web Nile. Sebelum membeli belah, baca dulu : Panduan Membeli Belah Online di Nile.com.my
Senang saja nak membeli online.
Pilih barangan melalui nagivation bar atau guna search bar. Portal membeli belah Nile sangat mesra pengguna.
Inilah pesanan saya. Yang terlebih excited tentulah Intan…. opss.. Julie. Tak sabar dia nak buka.
Intan… yang ni tok sah cakaplah. Dah termimpi-mimpi nak tengok kasut idaman.
Remaja sezaman Intan memang macam ini kot gayanya. Sukanya dia dengan kasut pink tu, macam budak baru dapat kasut sekolah. Saya pula yang tengok rasa pelik.
Kasut Intan Night Light Woman Fashion High Shoes berharga RM 33.30. Semua pilihan warna neon rose, hijau dan putih.
Tadi waktu keluar, kasut elegan ini menarik perhatian ramai orang, maklum kami berjalan ke Batang Kali bukan ke Kuala Lumpur. Kalau kat KL tu tak ada sesiapa perasan nak tengok.
Dah WhatsApp dengan kawan-kawan sekelas, memasing pun nak beli.
Saya dapat beg membeli belah… yang saya suka dan puas hati. Mak-mak memang sesuai bawa beg macam ni. Biasanya bukan kita isi barang peribadi sendiri tetapi ramai juga nak menumpang isi dalam beg. Beg galas saya yang berwarna lembut dan comel tu berharga RM 19.90.
Murah, kan?
Walaupun saiznya besar tetapi tidak berapa tinggi. Senang nak selongkar cari barang dalam beg.
Comel kasut ni, sesuai untuk wanita berumur seperti saya. Stylish British Elegant Retro Woman Shoes berharga RM 26.80. Ada pilhan warna hitam, putih dan purple.
Anak dara saya pun dapat beg juga untuk melengkapkan gaya. Beg mini yang bertali halus dengan saiz sedang besarnya untuk remaja perempuan.
Beg ini berharga RM 28.80 dan boleh pilih warna kesukaan antara hitam, hijau, khaki atau oren.
Macam ustazah nak pergi mengajar. Sebenarnya saya masih anak murid yang sedang belajar. Beg Pu Leather dengan saiz 43cm (L) x 31cm (H) ini lembut dan boleh isi buku-buku saya.
Ada pilihan warna oren dan cream dengan harga RM 29.90.
Nak pergi mengaji pun nak bergaya, makcik!
Ini beg pilihan Along. Intan yang nak juga bergaya. Tak sabar dah nak tunggu habis sekolah dan nak ke universiti. Tak payah pakai uniform.
Beg kanvas berwarna grey ini berharga RM 42.50. Jenis yang lasak sesuai untuk isi buku dan alatan belajar. Saiz dan material yang sesuai untuk remaja lelaki bawa ke kolej atau aktiviti di luar kelas.
Memang murah harga barangan di Nile.com.my. Sekarang di Nile ada tawaran percuma penghantaran dengan pembelian minimum RM 48 sempena tarikh menarik 11.11.2013. Baca maklumat lanjut mengenai tarawan tersebut di sini – Free Postage Promotion
Kalau nak beli belah sebagai hadiah untuk seseorang pun mudah. Isi saja alamat pengirim, pesanan akan dihantar oleh Nile.com.my. Sebagai portal membeli belah dengan harga yang murah, saya berharap lebih banyak stok baru disediakan untuk pelbagai pilhan.
Sebelum terlupa – Special request daripada Julie, sila isi stock makanan kucing, kasihan Julie!
Ya, Nile adalah salah satu tempat kita nak shopping.
Tak perlu lagi nak keluar dengan nak bayar minyak.
Sesak jalan dan sebagainya.
Apapun, kucing kak Kujie memang comey. 🙂
Boleh jadi model untuk NILE. 🙂
memang saat ini sudah menjadi trend belanja online, lebih hemat waktu dan tenaga, harga terjangkau dan barangnya juga bagus- bagus jadi tidak mengecwakan pembeli…
kak kalau kucing tu berapa harga kak ? macam comel jer kak,macam cantik jer..bagi pada saya kak hehhehe
wah..seronoknya.. banyak barangan di jual ye
benda ni memang murah tapi tak beli lagi…
harga tak mahal …siap ada diskaun lagi …….bagus baru tahu pasal nile nie …..
tq ….
baru tau pasal Nile ni, barang2 dia pun macam cantik, macam cun, macam comels jer…
Thanks Kak Jie atas perkongsian. Berkenan plak kat kasut akak…hehe
Dah banyak kali beli barang kat Nile.. Memang best shopping online..
saya pernah sekali beli online beg tapi bila sampai x memuaskan hati terus jd tawar hati nk beli online dah..tapi nasib baik beli hari guna voucer yg kedai tu sponsor untuk entry di blog saya…so x der lah rasa rugi sgt..
Zaman sekarang semua barang beli di internet sebab boleh jimat minyak, masa dan tak perlu sesak2 cari parking. hihi. Sampaikan beli kereta pun nak secara online jugak.wow
Boleh oder buat kejutan sebagai hadiah bufday anak Aina yang duduk dengan mak kat kampung, sedih birtday dia 1 Nov lepas tak sempat nak celebrate.
Budaya membeli belay online semakin mendapat perhatian masyarakat kerana jimatkan masa dan jimatkan belanja tak perlu bayar petrol, parkir dan makan.
wwo pink nyer kasut…hu3
sekarang trend shopping dari rumah je. Jimat masa tenaga.. Duit pun jimat tak payah isi minysk bsgai. Hehehe
bagus bagus tasnya…
bisa kirim indonesia gak ya???
menarik nih… rasa nak cuba jugalah beli online dekat nile… kasut intan sangat comel!
haha..julie terbau ikan kah?
menarik jugak nile ni
pernah beli. memang banyak barang dia yang murah-murah.
dayah first time kot dengar nile nih..
hikhik..
berkenan la kot tgk beg tu.. boleh bawak gi kelas mengaji..
nan pi usha la jugak nak tgk apa ada…… hehe..
🙂
mekasih kak share info.
😉
erkk…. skrg ni suka beli online hadiah
buat kejutan utk seseorang
kerap buat mcm ni..hihi
saya nak beli sarung kaki hari ni, nak tambah seluar kecik juga ler barang sehelai dua…hehe
amboiiii item dia nak beli tu exotic je bunyinya
Sekarang dah mudah untuk shopping secara online. Even sesetengah pasaraya Tesco pun ada buat home delivery.
yup , betul tu
ada beberapa item kita lebih mudah beli online
boleh berjimat mana yg patut
Pernah dengar website ni. Tapi “segan” lagi nak membeli di sana.
Tapi apabila baca artikel Kak Kujie ni, boleh cuba lepas ni. InsyaAllah.
‘segan’ tu apa maksudnya
kadang2kan…. lebih baik kita lalui sendiri pengalaman dari dengar cerita pihak ketiga.
blom try beli kat nile.com.
kesian julie takde barang utk dia. kekeke
kami dok sibuk buka bungkusan..dia sibuk melompat sana sini
dia yang terlebih seronok..dengar bunyi plastik bunyi kertas
Tak pernah lagi beli kat nile..mungkin boleh cuba nanti.
yang berbeza – harganya tak mahal