Alhamdulillah, rasa sangat bertuah bila sekali lagi blog saya dipilih menjadi panel review dalam majlis pelancaran produk kamera terkini dari Sony. Pada mulanya rasa agak janggal bagi saya yang bak kata orang standed mak-mak yang duduk ceruk dapur, tiba-tiba diberi peluang untuk review gadjet canggih. Macam canggung jadinya.
Pada pengamatan saya pada pertama kalinya, pastinya Sony Alpha5000 ni, dah la canggih, mesti susah nak guna. Orang macam saya ni bukanlah ahli high-tech macam blogger-blogger muda-mudi yang lain. Tengok lensa yang boleh dipasang-dicabut, pon dah boleh buat seriau. Tapi setelah berpeluang menggunakan Sony Alpha5000 ni hampir dua minggu, tanggapan saya meleset sama sekali.
MUDAH DIFAHAMI DAN MESRA PENGGUNA
Bagi sesetengah blogger mereka memerlukan gadjet yang mampu milik seperti kamera digital jika dijemput untuk menghadiri sesi media dan sebagainya. Malulah juga kalau kita sebagai wakil media, tapi pakai kamera telefon bimbit kan? Nampak sangat macam tak bersungguh-sunggah.
Seringkali saya mendengar rintihan sesetengah blogger yang membeli dSLR, tapi masalahnya gambar lagi teruk dari pakai kamera handphone. Salah satu punca mungkin kerana kurang pengetahuan dalam pengendalian dSLR.
Setelah menggunakan Sony Alpha5000 ini hampir dua minggu, saya boleh katakan saya sudah mengenali dengan mod terbina dalam yang disediakan. Cara untuk mencapai setiap mod juga sangat mesra pengguna. Setiap menu mempunyai ikon-ikon yang mudah difahami untuk kegunaan harian.
KEKEMASAN LUARAN DAN SELESA GENGGAM
Bagi saya, Sony Alpha5000 ni sememangnya jenis kamera kompak/digital yang sangat elegen. Bentuknya yang seakan-akan dSLR tapi padat. Sisi genggamnya yang sangat selesa dengan genggaman saya membuatkan rasa keyakinan ketika mengendalikan kamera ini.
Berbanding penggunaan dSLR yang berada pada “range basic” yang pernah saya gunakan, sudut genggaman sisi pada Sony Alpha5000 ini memang selesa digunakan terutama jika penggunanya adalah dari golongan wanita.
Untuk makluman semua, Sony Alpha5000 ini didatangkan dalam dua pakej. Pakej pertama adalah Sony Alpha5000 + Kit Lens 16-50mm dan satu lagi adalah Kombo Sony Alpha5000 + (Kit Lens 16-50mm dan 50-200mm)
WIFI, NFC DAN MOBILE?
Sony Alpha 5000 mempunyai fasiliti WiFi dan NFC ( Near Field Communications) terbina dalam . Saya ingin kongsikan pengalaman saya bersama kamera ini yang seiring dengan konsep “social media on the go”.
Berbalik kepada konsep WiFi dan mobile, kamera Sony Alpha5000 mempunyai aplikasi mobile khas yang direka untuk mengurus dan memindahkan gambar dari kamera ini terus kepada telefon bimbit anda. Konsep sebegini pada saya sangatlah menarik, kerana sebagai seorang blogger, saya tidak perlu terikat kepada komputer untuk menerbitkan artikel bergambar. Dalam pada masa yang sama, saya juga dapat berkongsi gambar yang high class untuk tatapan pembaca saya di laman sosial termasuk Instagram.
Pengguna Sony Alpha5000 boleh memuat turun aplikasi mobile yang diberi nama Play Memories ini diberikan secara percuma.
Gambar dan aktivit percutian saya bersama keluarga di Port Dickson dapat dikongsi dikalangan teman sosial media terus dari lokasi tanpa memerlukan backup seperti laptop.
MENU PINTAR DAN EFEK
Ini adalah gambar yang diambil menggunakan Miniature effect (tilt-shift effect) yang build in tanpa perlu beli lensa tiltshift atau edit di dalam komputer. Sony Alpha5000 ini juga didatangkan dengan mod-mod pintar yang mampu mengenal pasti “scenes” yang ingin dirakam. Ianya diberi nama dengan istilah “Intelligent Mode”.
Dalam Intelligent Mode , kamera akan mengenal pasti apa yang sebenarnya pengguna ingin rakamkan. Sama ada Close-up/Macro, atau potret, pemandangan ataupun mod sukan (Fast Shutter). “Kebijaksanaan” mode ini sangatlah membantu terutama mereka yang kurang mahir menggunakan kamera yang secanggih Sony Alpha5000 ini.
BOKEH DAN LENSA
Ini merupakan satu subjek yang sangat digemari oleh jurufoto. Dalam tempoh selama dua minggu saya menggunakan Sony Alpha5000 ini, saya ada bertemu beberapa rakan blogger yang berkepakaran dalam bidang fotografi. Rata-rata mereka sangat mengkagumi fungsi yang terdapat pada kamera ni.
Dari lensa sampai ke mod bidikan. Ditambah pula dengan kuasa BOKEH dari lensanya, memang boleh buat siapa sahaja teruja.
Ini kampung saya, tembok parit di lauan masuk ke rumah mak.
Gambar dari jarak yang sama menggunakan lensa 50-200mm
Meskipun lensanya berkeupayaan 16-50mm f3.5-5.6, tetapi kuasa BOKEH pada aperture f5.6 boleh dikatakan hampir menyerupai BOKEH f1.8. Saya difahamkan, ianya telah dipertingkatkan semasa foto dihasilkan oleh sensor.
KEUPAYAAN SITUASI KURANG CAHAYA
Sony Alpha5000 ni betul-betul buat saya kagum. Lebih kagum lagi apabila Sony membuat penambahbaikan dalam BIONZ-X prosessornya untuk mengawal situasi noise dalam keadaan kurang cahaya. Gambar yang saya kongsi ini adalah sekitar jam 8 malam sewaktu kereta saya mengalami masalah tayar pancit di laluan Rawang- Selayang.
Terdapat 3 mod pintar yang direka dalam Sony Alpha5000 ini untuk digunakan dalam kondisi kurang cayaha. Ianya adalah mode: “Night”, “Night Potret”, “Reduce Shake in Low Light”. Rata-rata mereka yang mahir menenai teknik breketting , akan faham untuk menjadikan satu gambar itu high dinamik, anda perlu memproses foto anda dalam beberapa exposure yang berasingan menggunakan perisian di dalam komputer.
Dalam keadaan sumber cahaya yang sangat rendah di Port Dickson Waterfront kami sempat bermain Giant Bubble bersama pengunjung lain.
Kalau bercuti ke pantai, rugilah kalau tak merakamkan detik-detik terbenamnya mentari petang. Gambar ini saya rakamkan mengunakan mod sunset yang secara dramatik menangkap kemerahan senja.
SELFIE ATAU SELF- POTRAIT.
Ini juga salah satu fungsi yang digemari blogger yang ‘hidup dalam talian’. Dengan kemunculan Instagram, mod selfie sangat kerap digunakan. Sony Alpha5000 disertakan dengan skrin yang boleh diselaraskan (flip) 180° jadi pengguna tak perlu teragak-agak untuk menjangka framing dalam kamera.
Dengan kemudahan WIFI dan NFC terbina, selfie atau wefie anda yang berkualiti boleh terus dikongsi kepada pengikut di laman sosial dengan kadar segera.
Intan guna efek soft skin untuk selfie. Dengan berat 210g, self-potrait boleh dibuat dengan sebelah tangan.
Bunga matahari mak saya – nampak sedap nampak real sangat bagi saya seorang blogger bukan jurugambar. Saiz yang ringan dan mudah dikendalikan menyebabkan saya sering mencapai kamera ini dalam persekitaran harian. Balik kampung selongkar ceruk rumah mak pun bawa kamera.
Salah satu gambar yang paling saya suka hasil dari Sony Alpha 5000 – lowlight with vertical tiltshift effect.
Selama lebih dua minggu menggunakan Sony Alpha 5000 ni rasa bagaikan tak mau pandang dah dengan kamera digital yang lain. Selain dari kecil comel, ini antara gajed kamera pintar yang pada saya sangat bersesuaian dengan trend masa kini terutama kepada remaja, blogger dan mungkin untuk hobi dimasa lapang.
Bayangkan je la, orang macam saya duduk ceruk dapur pun boleh bergaya dengan gambar mengalahkan orang yang pakai dSLR. Memang rasa dah tak mau lepas dah kamera ni. Gaya dan konfiden level sangat tinggi, lebih-lebih lagi menghadiri sesi bersama blogger.
Untuk mengetahui secara lebih lengkap mengenai Kamera Yang Boleh Selfie Dan Terus Update Ke Laman Sosial ! Klik Sini!
Cantiknya gambar ni..snap ni kena setting ke pakai default kamera jer??
gambar ni tak diedit……..gambar asal dari kamera. Ada function built in
senang kan…
Rancang nak angkat satu untuk kerja-kerja luar team #Denaihati
dua orang dah yang nak ambil kamera ni….
Cantik-cantik gambar dari lensa aplha ini ya.
terbaik gmbarnya…nice one
terbaik lah pic ni
wah! menarik ni kak! kualiti gambar pun lawa, rasa nak angkat satu, tunggu dari hasil berblogging mungkin lah, atau berjanggut dulu, haha. 😀
dah dapat cheque tu… apa lagi
ini aset seorang blogger juga ni
Pandai juga kak jie snap gambar
kak jie lebih pandai pilih sudut ( frame ) dari petik kamera
Wow, dah macam profesional snap gambar nih, walaupun mak-mak dari ceruk dapur. 😀
itu sesekali, sebab biasanya Intan yang lebih kerap pegang kamera
memang cantek habis gambar-gambar tu..
yang paling menarik – saiz dan berat dia
senang nak usung pergi event
skrg ni ada dslr pun malas nak bawa
Teramat sangat memuaskan apabila melihat gambar yang share.
Ini gambar dari blogger bukan photografer… amatur saja
kalau orang yang pandai tu , mesti lagi cantik
menarik giler a5000 nih…. nasib baik saya dah ada dslr kalau x memang saya angkat satu….
boleh rekemen utk kawan2 perempuan yang suka bergambar
saiz dan berat sgt sesuai digengam oleh perempuan
pergi event2 pun senang tak berat nak usung
maza guna kamera lama2 aje.. boleh?
hehehe
orang power dan pakar mmg mcm tu…. apa jenis pun dia boleh hasilkan gambar cantik..kan kan kan
Gambar yang dihasilkan nampak hidup seperti gambar di majalah.
buat kak jie geram nak pergi kelas photografi tapi tak sempat, tak ada ruang
Kak Jie gambar2 tu semua canti belaka. Boleh masukkan dalam senarai wishlist.
kak jie pun suka…kalau guna kamera ni..senang je nak petik
kalau dslr kak jie pun, entah berapa kali je sentuh..malas sgt nak guna
yg ni mudah
review yg menarik, kak jie. rasa macam dah terpikat dengan camera ni..
sangat sangat sesuai utk perempuan…saiz dan berat
senang nak pegang
Kualiti gambar mmg bagus!!
Sesuai utk blogger yg slalu memrlukan kamera yg kompak…
betul….saiz dan keupayaan dia dah cukup
Saya sangat merindukan punya gadget kamera digital seperti ini 🙂
Ngomong-ngomong theme nya dah ganti Kak Kujie? Kelihatannya footer credits nya belum dirubah…
sesuai utk aktiviti blogger… ringan senang nak bawa
boleh terus dikongsi dalam sosial media
p/s – ye…baru tukar theme semalam, sekarang dah tukar credit footer. terima kasih tolong ingat ye
Baru baca dah tergoda dengan keistimewaan camera ni 🙂
apa lagi… angkatlah
beli utk isteri yang warna pink
semalam pegang yang kid punya..
mcm syok.. cuma tak dapat nak choose focus kan?
ke saya tak perasan…
rasa mcm nk beli! hahahah.. tengah survey kamera ni
saiz dia sesuai utk perempuan kan? ringan je
kuali pun rasanya dah cukup elok
mgkn setting kot
rasanya semua boleh di setting tu. sebab kalau pilih mode auto, dia memang set auto focus la. Ikut kepandaian kamera untuk focus. tapi kalau pilih manual, kita bebas nak focus kat mana.