A Letter From Heaven 1
hi k jie,
nak tanyer sket..
camne nk buat entry dlm blog tu ade password protected?——————————————————————————-
User Information
CikLilyPutih
Email: xxxxx@mw-zander.com
IP: 193.138.113.22 IP Location: Leonberg ( Germany )
Huh…orang Germany tu !
Dah balas email dia, tapi senyap sunyi , Tak dapat email ke tak faham tak taulah , jadi kita buka soalan secara terbuka.
Cik Lily tak pula beritahu nak buat post berpassword tu di blogspot atau wordpress. Kalau guna wordpress, cuma setting pada Visibility – pilih Public / Stick this post to the front page atau pilih Password protected atau pilih Private .
Kalau nak buat post berpassword di blogspot. Ikut langkah seperti dibawah. Langkah hati-hati , baca arahan dan faham
1. Copy code di bawah, pergi pada Layout -> Edit HTML dan letak dibawah <head> atau di atas </head>
<script type=”text/javascript”src=”http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js”></script>
Save.
2. Pergi ke laman web ini – http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/
Masukkan secret key kat Key Box – ini sebagai password.
3. Pada Plain Text ( kotak warna hijau ) tulis ayat power tahap gaban ( entri yang nak di sembunyikan dan hanya boleh dibaca jika dimasukkan password tadi )
4. Klik Encrypt . Dan copy code yang terdapat dalam kotak Html Code .
5 Untuk mempastikan code dan step yang dibuat adalah betul, pada kotak HTML TEST ( kotak paling bawah ) klik Show encrypted text dan masukkan password tadi. Kalau keluar ayat seperti yang kita taip di kotak hijau ( Plain Text ) , kira dah pandai dah tu….!
Untuk Post di entri blog.
6. Create new entri, (pastikan dalam posisi Edit Html bukan Compose ), paste code yang di copy dari tadi. ( Code dalam kotak HTML Code )
7. Publish entri seperti biasa.
Kalau gagal, sila rujuk di sini -> : Instructions
©Kujie ~ tak semestinya keseluruhan entri yang kita perlukan password, kadang² hanya beberapa ayat atau perenggan yang ingin kita letak password.
A Letter From Heaven 2
Im interested to enrol my son (15 yrs old) for to join the camp. Who to contact? – ahmad fuad osman
Puas juga saya recall memori saya yang dah low ini, apa yang Encik Ahmad Fuad maksudkan. Salah blog ke salah soalan ke? Saya bukanlah penganjur mana-mana kem motivasi. Otak saya pun dah berkarat macam motibesi.
Kemudian teringat tentang Angah yang pernah ikuti kem Smart Al-Quran cuti sekolah tahun lepas.
Sebenarnya saya tiada nombor contact pihak Darul Quran Nurul Hasanah kerana proses pendaftaran diuruskan oleh abang ipar saya yang anak beliau adalah penuntut sepenuh masa di situ. Tahun ini dia daftarkan Angah lagi untuk kem yang sangat berfaedah itu.
Encik Ahmad Fuad jangan risau, saya akan tanya abang ipar saya untuk dapatkan nombor telefon Darul Quran Nurul Hasanah. Abang ipar saya pun tengah sibuk buat persiapan untuk ke Mekah tunaikan haji tahun ini ( mak mertua saya pun pergi ). Dapat nanti saya email Encik Ahmad Fuad ye.
Nombor telefon Pengetua Darul Quran Nurul Hasanah ada pada saya, sesiapa yang berminat klik ‘Hubungi Saya’ ( diatas ).
Sebut pasal camp ni, hati-hatilah pilih camp untuk anak-anak. Saya pernah hantar kedua-dua anak bujang saya tu satu camp motivasi. Balik dari camp, kedua-dua anak saya cakap ” Kem Kafir”
Terkejut? memang saya terkejut. Dia cakap Instruktur kat kem tu tak sembahyang. Waktu dia orang solat berjemaah , instruktur main gitar nyanyi-nyanyi.
Yang ini saya tengok dengan mata, kepala, dan ber saksi telinga . Waktu Isyak saya memantau dari kegelapan melihat anak-anak di kem tersebut. Beberapa peserta kem sedang solat bejamah dalam satu khemah dan beberapa orang instruktur sedang bermain gitar menyanyi hampir dengan tempat solat.
Tak sangka pula boleh keluar dari mulut dia Kem Kafir. Dia kata bukan dia sorang² yang cakap macam tu tapi ramai kawan-kawan dia pun cakap macam tu.
A Letter From Heaven 3
Assalamualaikum, nak tanya. Web ni pakai hosting apa? berapa bayarannya? Mungkin boleh jelaskan secepat mungkin. – Faridrashidi
Saya gunakan hosting di Serverfreak Customer service yang tiptop dan very friendly!
Bayaran tu bergantung kepada package yang diambil mengikut keperluan masing-masing yang berbeza.
A Letter From Heaven 4
Hi, i bace u nye cuti2 KK..i & family akan ke KK this Dec..Landing d KK @ 10++am…plan ke Kundasang gak…so nak ty mane seeloknye landing terus ke kundasang atau bermlm di KK dulu sok pg2 ke Kundasang & ok x smlman d kundaang atau balik hari?… Jani
Kalau landing awal pagi tu, terus saja ke Kundasang. Dulu saya landing malam sebab itulah saya bermalam di KK dulu baru bertolak ke Kundasang untuk bermalam di sana. Hari terakhir baru tinggal di KK untuk acara mengempiskan poket dan kembung beg dengan ikan masin, udang, sotong, keropok amplang atau pun patlima kilo gelang dan rantai mutiara . Jangan sesat dalam Pasar Filipine sudah , takut tertinggal flight balik!
Semua entri tentang percutian di Sabah untuk rujukan.
- hidup biar sedap: Hari Pertama – KK – Tuaran – Kundasang
- hidup biar sedap: Hari Kedua – Damainya Kundasang
- hidup biar sedap: Pulau Manukan
- hidup biar sedap: Hari terakhir di KK
A Letter From Heaven 5
Jie, akak memang nak sangat calonkan jie ke Contest Weblog Popular 1 Malaysia tu, tapi x reti. Rugi betul orang x celik IT ni kan? Betul ke tarikh tutup nya 30/10/09? – Kak Ann
Saya suruh Kak Ann contact blog Kak Long….aduhai…malulah saya. Takkan saya nak ajar orang calonkan saya dan tulis tentang diri sendiri. Saya anyam rotan buat bakul masuk angkat diri sendiri.
Tak best tau!
Kak Ann dah tau kot, saya tengok dah ada entri pencalonan blog Hidup Biar Sedap untuk Contest Weblog Popular 1Malaysia di annasakpa.blogspot.com . Saya hanya mampu ucapkan terimakasih.
Sukalah nama blog Kak Ann..comel sangat ! Ting-Ting Tus Biar Genting Jangan Putus.
.. Kalau satu soalan dapat singgit… mau penuh poket sebulan ni.. kikiki
.-= samdaddycool´s last blog ..Syukur Alhamdulillah =-.
Ingat bukak kaunter ape tadi..hehe..samelah kak kita ni, pagi2 atau sebelum tidor mesti cek email atau support sistem kot2 ada bantuan diperlukan..
.-= wanmus´s last blog ..Toner Mata Permata Hijrah Bukan Ubat Tapi Supplement Sahaja =-.
@wanmus, pertanyaan ni bkn dtg sehari, ada yg terkumpul…. tak kan nk buka kaunter hari2…hehehe
@Kujie, a’aa betul jugak..lebam lah nak jawab semua soalan hari2..tapi saya mesti hari2 buka kaunter..hehe
nak balik sg apong ada kenduri anak saudara…
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia : Hadiah Tambahan =-.
@denaihati, oooooooo balik kampung
kita nk blk juga, mak nak pergi haji 17/12 nnt
kak jie memang dah boleh buka kaunter servis pelanggan. inilah baru dinamakan servis, bukan macam sesetengah ofis tu, nama je khidmat telus, tapi asyik ‘komputer rosak’ je
.-= AyKay´s last blog ..Peluang Pelaburan meningkatkan bekalan berlipat ganda =-.
@AyKay, kak jie bkn buka kaunter tiap hari, kadang2 kumpul baru balas…. kira tak cekap juga la 😆
kak jie:::best!!!
.-= chentatiku´s last blog ..::misi hempas pulas:: =-.
@chentatiku, tak nak submit pertanyaan kt kaunter ke
Wah nanti nak buat pertanyaan gak lah..
Tapi kena menyamar lah kot..
huhuhuhu
@zool, lor..ngape msti menyamar
kak jie tau ….. nk menyamar pun 😆
kak jie punya customer service pun tiptop dan friendly jugak banyak info dapat. tak boleh nak tahan gelak bila baca entri lama hari bertemu pelanggan, especially yg macam salah alamat tu.. hehehe dah la baca time ofis :p
@haida_s_h, 😆 rasa best dpt membantu..lagi pun menghargai pengjunung yang inginkan maklumat
lepas ni ada jamuan bersama pelanggan kot.. 😆
.-= Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul =-.
@Lan Bingka, kena cari syarikat korporat utk taja
Hehehehe. Kak Jie kalo nak wujudkan hotline, i nak apply jadi operator!
.-= jiji´s last blog ..Kredibiliti seorang penulis? =-.
@jiji, ko jgn jiji….nnt lari habis customer kak jie….
sound tu slow..jgn lepas2..
ha ha ha..nnt ramai yg makan cili 😆
Bagus betul idea Kujie
tahniah…..kea pasang rela lepas ini trafik kat kaunter
pelanggan panjang berjela…
.-= Berita Semasa´s last blog ..Minimum Harga Rokok Pada RM6.20 Sekotak Tahun Hadapan =-.
@Berita Semasa, iye la tu..nk pasang rela konon
duit nuffnang tu nk bayar g facial pun tak lepas 😆
Tak tahu apa masalahnya sejak semalam saya memang tak boleh nak masuk blog kak jie …sampai saya buat note kat entri blog saya …heeee.
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia : Hadiah Tambahan =-.
@denaihati, iza pun..isshh…. blog kak jie berat ke?
eh… sori, saya tak pernah perasan Kujie ada hari bertemu pelanggan.. wah, buatkan saya teringat kepada Pos Malaysia, JBA dan sebagainya 😛
.-= Mak Su´s last blog ..dunia kecil dunia besar =-.
@Mak Su, ha ha ha…. Majlis Daerah pun ye mak su..kenalah cekap kaunter pelanggan tu..takut dpt penyapu 😆
mantop dan cun! kalau lah semua khidmat pelanggan yang berjiwa seperti akak pasti semua kerja menjadi lancar (he3).
apa yg pasti setiap catatan akak, ada keunikannya yang tersendiri.
ps – otak saya lagi berkarat kot kak!!?? (hu3)
@megat, Setuju dengan Megat setiap tulisan Kak Jie ada uniknya … tu yg bila tak boleh masuk blog 2 hari ada kerinduan…
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia : Hadiah Tambahan =-.
@megat, bahasa skima gaya mak-mak
mcm karangan budak sekolah rendah
kadang2 baca blog org mcm ada raya santai, mcm nk ikut je
tp udah mcm ni gaya kak jie..tak leh ubah2 lagi
bahasa baku 😆
otak jarang service 😆
@Kujie, saya tak rasa gaya karangan budak sekolah pun kak? rasanya mecam gaya penulis novel adalah.
tapi yang penting ramai yang suka cara penulisan akak yang bersahaja tu.
saya sendiri masih tenggelam dalam gaya saya. nak lebih santai tetapi setiap penulisan sepertinya serius sahaja dan tidak seperti apa yang saya mahukan (hu3)
.-= megat´s last blog ..Busuk Hati, Boleh Musnahkan Hubungan Kekeluargaan =-.
salam jie..laaa, ingat pelanggan mana jie jumpe? hehe…jie, kalu ade contact kem motivasi yg bagus mcm anak jie pegi tu..leh bg kt jun..jun tgh survey2 gak ni..ingat nak anta my son…pestaim ni..last yr ingat nk hantar tp x sempat..so plan this yr…kalau ade, tolong ye jie? mwah3
.-= jun´s last blog ..Simple but nice cake with blueberry filling =-.
@jun, kalau ade, mesti lah kita share2…
yg ni kat Bkt Belimbing tu
skrg ni mmg kena hati2 gak dgn kem2 mcm gini
ada yg semata2 utk biznes
“Customer service yang tiptop dan very friendly!” ye sokong
.-= topo´s last blog ..topo beli buku lagi..khas untuk character design.. =-.
@topo, betul..betul..dah banyak kali dibuktikan 😆
mari … mari .. mari ramai2 undi kujie.
Baik punyeeee… Mesra pelanggan. 😆
.-= kak an´s last blog ..Pencalonan Weblog Popular 1Malaysia =-.
@kak an, bape persen bahagian kak an? 😆
@Kujie, ish.. ish.. ish..sumbangan jie lebih berharga tau. ini ciput je.
amboi kak jie…lenkali sha pon nak jadi pelanggan kak jie la? Hehehe…at least kak jie dpt jawab soalan2 gini. Sha punya soalan cinta…takleh buat posting (oooppsss…)
Mungkin betul apa yang orang2 yang undi kak jie cakap.
Kak Jie mengutamakan pelanggan.
Alhamdulillah…:)
.-= cheryna´s last blog ..sha: colour of peppers =-.
@cheryna, soalan pengunjung boleh di buat entri..hahaha..kalau tak de idea 😆
apa yg ditanya, boleh dikongsi dgn org lain..dan org lain boleh bagi pendapat juga
Salah satu cara menghargai pengunjung, buatlah satu entri utk mereka sesekali…. 😆
Jgn kafirkan orang tak baik kalau mereka begitu biarkan sebab tak bertemu hidayah. Yang penting kita buat apa yang patut untuk kita..tak gitu 😉
.-= haritz´s last blog ..Jangan Sentuh Kepala Aku! =-.
@haritz, Dia tak ckp org tu kafir, dia cakap Kem Kafir
ayat keluar dari mulut anak yang belum akil baligh lagi…apa yg dia belajar dia tafsir terus..ustaz ckp org Islam kena sembahyang, jadi dia direct translate – tak sembahyang kafir.
Maksud yg nak disampai di sii
Anak-anak lihat apa yang mak bapa buat…
@Kujie, oh gitu, sorry
banyak giler soalan2 utk kak jie,,,nasib baik kak jie rajin menjwb..
mmg sesuai la kak jie dicalonkan utk “Contest Weblog Popular 1Malaysia”…mcm2 ada…hehe..
.-= dilot´s last blog ..wallpaper untuk dekstop =-.
@dilot, ada folder khas untuk A Letter From Heaven tu…ada pertanyaan yg tak perlu dijawap… 😆
Errr… bila nak ada hari bertemu abg? Hehehe… kak jie mesti dah rindu sakan ni… kan? 😀
.-= suara´s last blog ..Impian kecil… =-.
@suara, 11 bulan lagi..uikkkkkkk…
Fuyoh ganasnya. Banyak pertanyaan kan! Kalau saya nak tanya boleh? :p
.-= tekkaus´s last blog ..From My Office Window =-.
@tekkaus, Walaupun tak kenal, hanya pengunjung sekali lalu, rasa best utk jawap pertanyaan mereka….
😆
Haha suke la bace entri camni xD
.-= Azfarul´s last blog ..Tips Hentikan sikap Boros =-.
@Azfarul, Ada juga soalan yg tak dapat dijawap…sebb bukan semua Kak Jie tau
eh.. thanks for the info.. ku pon nk tau jugak sbnrnya.. ehehe
.-= Jard´s last blog ..Trip ke Cameron 14 – 15hb November 2009 (sticky mode) =-.
@Jard, apa yg nak tau…kena spesifik Jard…
org lama2 , otai2 ni dah banyak yg tau 😆 dah boleh buka kaunter
customer service bagus punya.. ni nak kena follow cara ni..
.-= zuls´s last blog ..7 Cara untuk Integrasi Blog dan Twitter =-.
@zuls, visitor adalah pelanggan kita, dia pembeli bahan yg kita hasilkan, ucpakan, tampilkan.
jadi berikan apa yg mereka mahu 😆
ting tong….
satu…kosong..kosong..satu…
“saya takde pertanyaan.. nak menyibuk je… ”
.-= mrs azmi´s last blog ..jam 11:08malam =-.
@mrs azmi, tealady lalu dpn kaunter pertanyaan la ni… 😆
Saya telah kembali untuk memenuhkan ruangan komen Kak Jie n buat post2 yang tertangguh…
.-= kruel74´s last blog ..My Budget 2010 wish =-.
@kruel74, nak marathon la nie… 😆
pergh…pepagi buat dh bukak kaunter ni…mantap btol..hehe
.-= Life For Hire´s last blog ..Info tambahan Buka Puasa Negaraku! bahagian 2 =-.
@Life For Hire, lupa pula nak tulis ayat-ayat cinta
” ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu Puan?”
@Kujie, wahhaahhahha..sentaps !