Blog Tutorial

Update blog melalui SMS

entri pertama melalui sms - gugup ayat pun salah!
entri pertama melalui sms - gugup ayat pun salah!

Percubaan saya mengupdate blog melalui SMS telah berjaya.   Bukan blog ini tetapi  MyDearDiary blog peribadi saya di  blogspot.  Hanya perlukan handphone asas yang ada fungsi SMS. Percubaan ini berjaya dengan perkhidmatan yang kita daftar dengan dapat.com. Ini bukan perkhidmatan percuma ye, kalau tak salah saya setiap sms dicaj rm 0.30.

Mula-mula pergi ke Dashboard > Setting > Email & Mobile.

isikan ruangan kosong di dalam kotak - id peribadi
isikan ruangan kosong di dalam kotak - id peribadi

Isikan ruangan email rahsia tersebut, jangan berkongsi dengan sesiapa. Save.

Kemudian hantar SMS BLOG REG [label] [emel blogger] ke 32728. Ruangan [label] boleh namakan apa saja, ianya seperti nama blog.  Contoh SMS: BLOG REG blogtutorial.1234@blogger.com

emel blogger adalah id peribadi  tadi ( yang kita isi dalam kotak ) contoh : 1234@blogger.com

Anda akan menerima SMS mengesahkan pendaftaran berjaya.

Untuk update blog:

Hantar SMS BLOG [label] [tajuk entri] # [entri blog] ke 32728.

Contoh SMS:  BLOG blogtutorial Testing # Ini testing update blog melalui SMS.

p/s – Post ini disedut dari [sini]

p/s – Post ringkas, mula-mula ingat Monday Blues, tapi lepas baca entri anak Datuk Jimmy Choo pereka kasut terkenal tu, Danny Choo – Something For Those Who Hate Mondays terus bersemangat semula dan bercadang untuk mengemas rumah all out hari ini.

If you are unhappy with your current line of work and presuming that you work for 8 hours, sleep for 8 hours and use the reminder of the 8 hours for commutation, hygiene, recreation and nourishment consumption, you are spending 33% of your life doing something that constantly fuels that burning question of “what if”- don’t fuel that question anymore – go out and do something!

Life is not just about being comfortable – its about living your passion.

rujukan : SembangKomputer

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Update blog melalui SMS

  1. Assalam, tumpang tanya, sy try buat posting guna SMS nii byk kali dah,
    tapi tak boleh2, entah kenapa..
    ada cara nak tolong x ? 🙂

  2. ting tong…

    susahnya nak masuk umah akak ni…
    byk kali refresh.. kenape eh??

    .
    .

    nak update blog via sms??
    alamaaaakkkk… henpon cikai laaa… nak amik gambar pun takleh… tak dapek den nak nolong.. hikksss

    kena cari henpon yg up skit.. 😀

    1. @kutaksempurna, hari ni server down… 😐

      kena tsunami kot

      hp cap ayam belanda pun ada fungsi sms, kan?

      yg ni guna sms bukan mms

  3. Tak penah wat lg sbb lum ada
    keperluan tuk beblog dr hp tp
    mungkin akan diwat tuk tujuan
    tutorial. Hehehe!!!

Comments are closed.