Minggu ni dapat inbox 2 orang bertanya tentang percutian di Guilin, China. Sebenarnya saya bercuti dah 2 tahun dulu, kebetulan juga di bulan April. Ada banyak gambar yang tidak pernah saya siarkan di blog.
Sesekali dah belek fonder, uploadlah untuk kenangan dan panduan rakan-rakan lain yang berhajat mencari sedikit maklumat sebelum bercuti ke sana.
Selepas terbang 4 jam, kami selamat mendarat di Liangjiang International Airport Guilin pada jam 10:30 pagi. Sepanjang kami di Guilin, suhu antara 17° C hingga 20°C waktu siang. Waktu malam lagi sejuk. Waktu di Guilin sama dengan di Malaysia ( GMT +8 ) , tak perlu ubah jam.
Salah satu tempat lawatan di bandar Guilin
Motorsikal di sini gunakan elektrik…walaupun banyak, tak bising. Comelkan payung membujur macam ni :p
Jalanraya lebar dan cantik. Di persimpangan jalan utama, ada khemah untuk motorsikal berteduh sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Kedai makan halal pun banyak. Cari logo halal dan mee tarik memang terbaik. Balik dari Guilin carilah mee tarik kat Malaysia ni, tak sama. Mungkin daerah berbeza. Macam kita lah…laksa Penang, laksa Johor dan laksa kelantan berbeza.
Beberapa nota panduam penting bila mencari menu , nasib baik Cik Intan tahu Mandarin, bolehlah dia faham sikit bila baca tulisan cina di sana.
- 清真 – halal
- 清真 – Islam
- 羊肉 – daging kambing
- 牛肉 – daging lembu
- 鸡 – ayam
- 鸡蛋 – telur ayam
Kalau tak reti nak cakap, tunjuk saja mana satu yang berkenan kerana menunya ditampal besar gedabak di dinding restoran.
Mee tarik atau LaMien ( 拉面 ) Mee tarik paling sedap pernah saya makan….Ya Allah, bersyukur sangat sebab masih diberi deria rasa dan deria selera dan berpeluang makan makanan sesedap ni.
Harga makanan di sini antara 10 – 25 Yuan ( 5.80 – 14.50 RM )
Kedai makan kat sini tak jual air…dia hanya jual mee. Air kotak atau botol adalah. Tapi setiap meja disediakan air teh hijau. Budaya mereka makan dan minum teh hijau. Kita je nak cari sirap limau, soya bandung, teh air :p
Masjid di Guilin
Puteri etrik China tapi kulit sawo matang…mata tak sepet . Sewa baju untuk bergambar kejap tu lebih kurang RM 10. Sesekali nak abadikan kenangan kan…
Ini di Yangshuo, 1 jam setengah perjalanan dari Guilin. Lebih kurang 70 KM. Kami ke sini pada hari ke -2. Bermalam semalam sebelum bertolak ke Guilin semula.
Bukit batu kapur macam kat kawasan Ipoh tu. Tegak tegah tengah-tengah bandar.
Air adalah produk perlancongan utama di Guilin dan Yangshuo, jadi semua sungai sangat bersih dan dipelihara keasliannya.
Antara budaya orang China ialah, anak-anak akan menghantar ibubapa mereka melancong apabila mereka telah bekerja. Sebab itulah kebanyakkan pelancong adalah warga emas. Negara China amat luas sehingga kita boleh nampak berduyung duyung bas perlancongan membawa warga negara dari pelbagai daerah. Jangan pelik kalau ternampak rakyat China wajah Hindustan. Kami dah jumpa.
Ada pelancong warga China datang dari daerah jauh beribu kilometer dan daerah yang terpencil tidak pernah melihat orang Asia kulit sawo matang seperti kami dan mereka menunjukkan minat untuk mengetahui kami berasal dari mana.
Pelancong Korea yang menginap sama hotel dengan kami pun ajak bergambar, mungkin ini pertama kali dia berjumpa orang Malaysia.
Pelancong selesa berbasikal di sini kerana sewaktu percutian saya penghujung musim bunga. Suhu tak lah panas. Tepi jalan raya pokok bunga berkembang mekar.
Kawasan sekitar Yangshuo terkenal dengan landskap bukit batu kapur dengan suhu 17°-20° Celsius di musim bunga, berkabus dan sangat tenang.
Ini di Shangri La Theme Park Yangshuo,macam Kampung Budaya di Sarawak. Kat Shangri La Theme Park ada pameran kraftangan, jualan cenderamata dan persembahan kebudayaan etnik
Hari ke 4 di Guilin, kami ke Yao Mountain ( Yaoshan – shan adalah gunung ) yang terletak di timur Guilin lebih kurang 12 kilometer dari pusat bandar. Yao Mountain adalah puncak tertinggi di Guilin setinggi 903,3 meter.
Setiap musim menawarkan pandangan yang berbeza. Waktu lawatan saya pada musim bunga dan kelihatan bunga Azalea sedang berkembang di mana-mana.
Pada tahun 1996, kereta kabel telah dibina menghubungkan kaki Gunung Yao dan puncak sepanjang 1,416.18 meter. Kereta kabel bukan macam yang bentuk tertutup tetapi jenis terbuka seperti ski lift.
Dalam perjalanan turun, diseparuh perjalanan, kita boleh berhenti dan turun menggunakan slider. Kami tak guna slider pun sebab ramai yang beratur tunggu giliran.
Akhir sekali, kakitangan Air Asia di Guilin. Sengeh² dia bila kena usik macam artis K-Pop.
Ini aje la kot…kalau ada apa-apa, boleh je inbox saya tanya.
Ada dalam hati tertarik ke Guilin China, view sangat cantik! Insyaa ALLAH
wah…terbaik, mesti kurang pencemaran udara kerana motorsikal pun pakai eletrik
Pernah dulu p China tahun 2012..time musim sejuk tp sayangnya kat Beijing x de salji time tu =(
menarik..cantik pemandangannya..
saya belum pernah menjejakkan kaki ke negara China..mudah-mudahan ada rezeki suatu hari nanti..
China ni sebenarnya lubuk untuk buat bisnes atau explore bisnes2 baru, best kalau ada peluang pergi sana, insyaAllah
kabel car tu mmg seram tengok, tapi yg naik bot tu mcm menarik je bleh hilang stress tengok alam semulajadi.
Banyak juga tempat menarik di China. Mungkin boleh consider next trip untuk melancong di sini
cantik betul la Guilin…
teringin pula nak pergi…
mudah-mudahan ada peluang..
Wah menarik sekali percutian di China ini
bestnya makan angin kat sana….kena kumpul duit banyak2 ni.
Halo salam kenal saya blogger Indonesia, saya sedikit merinding melihat foto kereta terbang, karena hanya tulang saja yang nampak di alat transportasi tersebut. Terimakasih sudah share artikel bermanfaat ini, jadi saya lebih tau dimana saja tempat liburan untuk pergi ke china. Semoga saya bisa ke china
doakan saya boleh menjejakkan kaki sama ke china 🙂
Doakan saya juga Kak Jie. Asyraf teringin nak pi ..
Ya Allah seronoknya…semoga dapat menjejakkan kaki ke China 1 hari nnt…aminn…
Syoknya dapat gi melancong oversea. SubhanaAllah cantik pemandangan disana. Yangshuo tu menarik sebab ada mysim bunga dan sejuk je.
sonok kann gi china., walopon dh lama., ;p
amboi, ada khemah utk pmbonceng motosikal, kalau mlysia pun ada, untungnya, haha!
Kalau kereta kabel open camtu memang tak naik la saya. Seram woo.
Bestnya kalau dapat bercuti ke China? Kat China daerah mana yang paling best kak jie?
Wahh.. dah macam orang popular kat sana. Bergambar-gambar.
wah..good info utk org spt sy yg x penah smpai ke China agi:)
bestnya, harap dapat pergi kalau ada rezeki
wow…keren bisa jalan jalan. indah lagi pemandangannya
seram betul cable car tidak berpenutup
Kat Genting Highlands pun dah seram apatah lagi tak bertutup. Perghhh gayat nak muntah adalah ..
fuhhh seram betul cable car tidak berpenutup….
permandangan cantik dan syurga beli belah..sisi indah melancong ke china
Ibu memang teringin nak pergi negeri China. ada banyak tempat menarik
.
Cuma kebersihan tu kurang kan
.
Arwah abang pernah cerita keadaan tandas disana
.
Huhu menyedihkan
jadi ingin juga pergi ke cina nih, ojek motor nya juga sangan kreatif banget ya jadi ingin coba hehehe
Syoknya akak pergi china. Kucing siapa jaga kak ?
Jauh jalan kak kujie. Kucing siapa jaga. Hehe ?
woww menarik..keep it up kak jie..ada rezeki inshaaAllah nak ke sana juga nanti
Dah lama kak kujie pergi ya. ? Kisah 2 tahun lepas di guilan
bestnya china..teringin sangattt nak gi 🙂
wow bestnyer… bersihnye air..mesti sejuk kan….motorsikal dgn payung plg win
wahh bestnya kak jie, tak haci… tak hajak.. mencikk..
Wahhh menariknyaaaa ..hujan2 ni teringin mee tarik tu….
Ada Intan sebagai translator lebih menyeronokkan. 🙂
seram betol kabel car diaorg, dulu penah pegi ghouangzou tapi tempat borong barang je, tempat2 best nak melawat kurang skit, slalu januari februari belh cecah 9-10c gak dia nya sejuk huhuhu