Anak saya penggemar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum. Kerap beli yang siap dalam kotak daripada beberapa jenama yang dijual.
Sebenarnya, bukan semua jenis bunga kekwa yang boleh digunakan untuk minuman, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium yang berwarna kuning sahaja yang sesuai dibuat teh. Di Malaysia, bunga kekwa ditanam untuk pasaran bunga keratan (cut flower), kebanyakkannya di Cameron Highland.
Antara khasiat teh bunga kekwa yang saya tahu ialah dapat menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk melegakan kerongkong. Memang minuman yang sesuai di bulan Ramadan sewaktu berpuasa. Air teh bungan kekwa biasanya dijual sebungkus RM 2.00 di Pasar Ramadan.
Bila difikirkan bukanlah susah sangat nak sediakan teh bunga kekwa ini, saya beli saja bunga kekwa kering untuk dibuat teh sendiri di rumah.
Saya beli bunga kekwa kering kat kedai ubat cina atau kita kerap panggil kedai sensei selepas bertanya kawan-kawan di Facebook. Harga bunga kekwa kering ni RM1.00 boleh dapat 15gram. Semua yang saya beli tu harganya RM 5.00.
Nampak sikit aje kan..sebenanrya ada banyak kuntum. Kalau diletakkan air panas, kelopak bunga ni mengembang.
Cara Membuat Teh Bunga Kekwa ( Chrysanthemum )
- Ambil beberapa kuntum bunga dan masukkan air mendidih. Biarkan seketika.
- Masukkan gula sebaiknya gula batu sesedap rasa yang diingini.
- Boleh diminum panas atau sejuk.
Saya suka teh bunga kekwa yang masih panas…harum baunya sangat terasa. Intan pula lebih sukakan yang sejuk.
Nota : Sebenarnya warna teh bunga kekwa yang dihasilkan dari rendaman sendiri di rumah tidaklah seterang warna teh bunga yang kita beli dalam kotak atau yang dijual di Pasar Ramadan. Agak pucat.
Saya belum pernah mencibanya, betulkah enak?
yang jual di bazar ramadhan tu ada letak pewarna kuning untuk bagi nampak cantik.. suami saya pernah berniaga air di bazar..jadi belajarlah juga caranya buat teh bunga kekwa ni..tugas harian saya untuk rendam bunga dan rebus..
waahh…tak tau bole dpt kat kedai sensei…!nk pegi la kedai sensei dkt je dgn umah.ingat kene pakai bunga segar tu.heheh
rasa macam nak buat lah. nak kena cari kedai ubat cina lak lepas ni
dulu pernah buat..sekali terbuat banyak. Sampai penuh peti ais dibuatnya. haha..
hari-hari dok minum air ni masa tu.
pastu tambah ais.. bleh wat berbuka ptg ni 🙂
Sedap kalau sejuk ni…terus hilang penat..huhu
Lagi sedap kalau buat sendiri..apa lagi kalau sejuk..huhu
Lagi sedap kalau buat sendiri..apalagi kalau sejuk..huhu
Sedap air bunga ni..semalam baru beli..teringin nak cuba buat sendiri..
agak2nya kalau buat sendiri lagi sedap..terima kasih atas info
KAk Kujie, nak kena basuh dulu tak bunga kering tuh?
Sy basuh kejap… boh dalam penapis, lalukan air paip
zaman sekolah dlu tmpt tuisyen saya cikgu nye selalu sediakan air teh bunga ni, tp sbb cikgu tu non muslim, kawan2 selalu buat main bunga tu , bukan minum pun..hehe
seblum ni mmg suka minum teh bunga yg dlm kotak tu, sbb kurang manis compare dengan air kotak yang lain..lps ni boleh cuba buat sendiri 🙂
Kedai ubat cina? kat kl nih dkt mana ada org jual Akak? Macam susah je nak jumpa. huhu
Saya tak pernah buat lagi. Minum pun jarang-jarang, sebab tak berapa gemar. Tapi bila tengok gambar kak jie ambil tu, rasa macam nak cuba buat juga. Bagi anak isteri minum. Hehehe
sedap tuh.. lagi2 yang sejuk
perkongsian yang menarik..memang teh bunga kekwa minuman yang melegakan tekak yg kehausan…lebi2 lg di bulan ramadhan….terima kasih kak kujie dgn perkongsian ini
menyelerakan. saya pun suka teh chrisantimum ni. last time buat sendiri dulu bila selak2 kelopak bunga tu saya tengok ada banyak sgt semut. Mungkin bunga yg saya beli tu tak berkualiti. sejak hari tu dah tak buat sendiri. tapi lepas baca entry ni tgk kujie buat jernih elok je airnya, rasanya nak buat lah!
Baru tahu boleh buat sendiri. TQ puan.
Boleh cuba buat ni, biasa beli je yang dalam tin.
sy penggemar teh bunga kekwa
nampak gmbr kat atas sedap sgt
kat kelantan ni, sy xtau kat mana nk dptkan bunga kekwa kering
air bunga kekwa ni dia hanya bergantung kepada bunga dan gula batu jer ke kak jie, xder bubuh teh? ingatkan masukkan teh pastu bubuh bunga ni supaya rasa dia sedap
wajib cuba.anak2 suka sangat air teh bunga ni
wajib cuba.anak2 suka teh bunga ni.tq for sharing
boleh sejukkan badan ni terutama minum lepas terawih
macam tu cara buat teh bunga kekwa.. jie ptama kali dgr n x prnh minum..bleh cuba nanti..
Minuman segar. Rasa nak basahkan tekak pula
Bila baca entry ni terus rasa nak buat. Mana nak cari bunga kekwa ni. Kat pasar ada jual ke?
Kst kedai ubat cina
saya pun penggemar teh bunga kekwa… saya beli yeo’s punya ;)… nanti nak try buat sendiri pulak.
buat sendiri lebih puas hati.. kebersihannya terjamin..
Menarik juga nie, bolehlah cuba nanti sebagai hidangan berbuka puasa.
Teh Chrysanthemum home-made.
Wow, marvelous blog format! How long have you been running a
blog for? you made blogging glance easy. The overall look of your website is
magnificent, as neatly as the content!
Kewangian yang membangkit selera.
Kalau yang jual kat pasar malam tu depa letak pewarna je kak.
Senang kalau buat sendiri tapi mesti tak sama dengan apa kedai buat. 😉
Kedai Sensei ada jual tak kak Jie?
buat sendiri tanpa pewarna dan perasa tambahan, selamat dan terjamin bersih.
boleh cari juga ni nanti kat kedai ubat cina…
dulu selalu belasah teh kekwa kat bazaar taman melawati. hehe 🙂
Dah lama tak minum yg buat sendiri, kalau buat sendiri rasa lebih sedap dan aroma kuat…panas dan sejuk, dua2 sedap 🙂