sumber : Twitter @acaiijawe
Betul sangat. Menurut suami yang pernah bekerja dan menyambut Aidilfitri di Algeria, zakat fitrah dimasukkan ke dalam kotak macam tabung kat masjid. Masa kita masukkan duit dalam tabung tu, kita berniat untuk siapa zakat fitrah yang kita bayar. itu saja.
Syarat sah bayar zakat tak perlu pun bersalam jabat tangan dan melafazkan. Apa yang diperlukan adalah niat dan perpindahan wang yang dikeluarkan.
Kadar bayaran zakat fitrah untuk negeri Selangor pada tahun 2014 kekal sebanyak RM 7.00. Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Kalau kita bayar zakat fitrah menggunakan duit, kita perlu kira harga 2.7kg beras yang biasa kita makan. Kalau secara hariannya kita makan beras wangi, beras basmati atau beras perang, kadar zakat fitrah yang perlu dibayar adalah berbeza.
RM 7.00 yang ditetapkan itu adalah kadar harga bagi beras biasa kebanyakkan orang. Kita sendiri makan, kita sendiri boleh tahu nilai yang sepatutnya dibayar. Ini adalah kejujuran antara kita dan Allah, tak ada orang boleh datang check kat dapur kita beli beras gred apa.
Negeri Terengganu keluarkan kadar bayaran zakat fitrah yang berbeza antara RM 4.50, RM 7.00 dan RM 7.60 dan negeri Johor RM 5.00 dan RM 8.00. Pilih gred beras mana yang selalu dimakan.
Kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan adalah RM 7.00. Negeri Perlis dan Negeri Sembilan pula menetapkan kadar bayaran fitrah 2014 sebanyak RM 6.50. Kadar bayaran fitrah bagi negeri Melaka adalah RM 6.70
Kita boleh ditunaikan zakat di kawasan kita mencari rezeki, tetapi tiada masalah kalau nak bayar di kampung tetapi janganlah ke tempat lebih murah dengan alasan berjimat, seolah-olah ada unsur berkira atau bakhil di dalam diri kita.
“Semoga Allah Ta’ala membalas dengan sebaik-baik pada apa yang kamu berikan dan melimpahkan berkat pada hartamu yang tinggal”
dah bayar dah untuk tahun ni.
alhamdulillah.
Ini sudah saatnya bagi kita untuk mengeluarkan zakat fitrah ya. Terima kasih, ini bisa mengingatkan kita semua jangan sampai lupa atau telat untuk menunaikan kewajiban dalam berzakat
Kat australia pun sama. Masuk dalam bekas tabung sedekah je.
Malaysia kalau buat macam ni apa jadi ek?
apa saja caranya.. yang penting niat kena betul
Heh..siapa lagi belum bayar?
yang penting niat kita memberi zakat utk membantu mereka yang memerlukan…
Thanx for info yang membuka minda.
Zakat membersihkan harta dan sedekah memberi kesihatan kepada tubuh badan
tahun ni thun terawal umie dan husband bayar zakat fitrah.. biasanya bayar 2-3 hari sblm raya..
owh macam tu rupanya, terbuka sikit minda ni
Dah tau nie eloklah disegerakan pembayaran zakat fitrah. Lambat2 nanti terlupa plak.
Owhh, baca entri ini teringat belum tunaikan lagi membayar zakat fitrah…
Kutip zakat alhamdulilah dah pelbagai cara dan mudah dah. Cuma agihan kenalah dipertingkatkan lagi.
belum bayar zakat fitrah lagi… ehh encik suami yang bayarkan la
walau apapun semoga zakat yang kita hulurkan itu sampai kepada asnafnya dan sama-sama kita mendapat pahala yang berganda.
Assalamualaikum,
Mmmmmm belum bayar lagi ni. Nak kena bayar sebelum balik kampung, kang lupa naya!
Harap pungutan zakat fitrah dapat disalurkan kepada golongan asnaf secepat mungkin.
itu yang kita harapkan. semoga agihan dapat dibuat dengan baik dan telus
kalau di Arab sana tak ade amil zakat….di Hulu Terengganu Project pun tak ade amil zakat malah kotak tabung besar pun tak ade….macam mane yer…he he he
Sebenarnya elok dipermudahkan perkara macam zakat fitrah ni kan kak. Islam itu mudah sebenarnya. 🙂