Bagaimana Menjimatkan Bandwidth Imej Menggunakan FlickR
Blog Tutorial

Bagaimana Menjimatkan Bandwidth Imej Menggunakan FlickR

Tutorial-mendapatkan-url-gambar-di-flickr
Tutorial mendapatkan url gambar di flickr

Salam ceria, seperti anda semua sedia maklum, penggunaan imej dalam sesebuah artikel memaInkan peranan penting terutama dalam proses penyampaian artikel yang kita tulis kepada umum. Namun sama juga seperti penggunaan Javascript pada template, penggunaan gambar juga mempengaruhi penggunaan bandwidth hosting anda dari masa ke masa.

Saya bagi situasi sebegini: anda cuba bayangkan, jika anda mempunyai satu artikel yang hangat cariannya di laman pencari maklumat seperti Google dan sebagainya, dan dalam masa yang sama, artikel yang dicari tertumpu kepada artikel yang anda tulis serta di dalamnya terdapat banyak gambar!!! Setiap satu gambar pula bersaiz tak kurang dari 300KB. Itu baru satu imej, kalau dua? Tiga? Itu belum campur lagi dengan Javascript pada template. File CSS?

Nah nampak? Dari sebab itulah rata-rata blogger yang tahu bahawa artikelnya akan meletup pada enjin carian, akan menyimpan gambar atau apa-apa sumber dari blognya kepada pembekal storan atau pihak ketiga. Ianya lebih kurang sama konsepnya dengan CDN, tapi tutorial pada kali ini saya nak berkongsi, bagaimanakah mendapatkan URL imej dari FlickR untuk anda gunakan pada artikel di blog anda.

Dah ada ke akaun flickr? Kalau tak ada, baik la daftar sekarang :D
Dah ada ke akaun flickr? Kalau tak ada, baik la daftar sekarang ๐Ÿ˜€

Permulaan

Sebelum kita memulakan tutorial ini, sila pastikan anda mempunyai akaun FlickR. Jika belum ada, sila daftarkan dengan klik pautan ini – flickR.

cara-mendapatkan-url-imej-di-flickr-2Seterusnya daripada FlickR, katakan anda telah memuat-naik gambar anda, pergi ke menu You -> Photostream. Sekarang pilih gambar yang anda ingin dapatkan URLnya.

cara-mendapatkan-url-imej-di-flickr-3Kemudian, klik-kanan pada gambar tersebut, selepas itu, pilih dari mana-mana set saiz yang anda kehendaki untuk digunakan di blog anda.

cara-mendapatkan-url-imej-di-flickr-4Laman FlickR seterusnya akan membawakan anda kepada halaman gambar berdasarkan saiz yang telah anda pilih tadi.

cara-mendapatkan-url-imej-di-flickr-5Selepas itu, klik-kanan pada gambar tersebut sekali lagi. Kali ini, menu pintas pelayar web pula akan muncul. Sila pilih Copy image location (Firefox) atau Copy image URL (Chrome)

cara-mendapatkan-url-imej-di-flickr-6Sekarang pautan gambar tersebut sudah anda salin secara virtual. Seterusnya, taip artikel di blog WordPress anda seperti biasa, ketika anda ingin masukkan imej, pilih Insert from URL. Seterusnya tampal (paste) URL yang disalin tadi (copy) ke dalam ruangan Insert from URL. Kemudian, tekan Insert into post.

Penutup

Ok, dah siap! Mudah kan? Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan penggunaan bandwidth anda akibat dari imej anda letakkan dalam HOT ARTICLE. Selain daripada itu… psssttt… FlickR sekarang ni kan bagi 1TB imej storan percuma kepada penggunanya. Rugi la kalau awak tanak guna. ๐Ÿ˜€

Nota tuan tanah ย : entri hujung tahun ini ditulis oleh blogger yang pernah membuat Tetanda Air [klik ]

Mr. Kreuger atau nama sebenar beliau adalah Muhamad Azman B. Ishak. Telah berumah tangga dan mempunyai dua orang putera. Ikuti kisah perjalanan hidup beliau di:- Amaran: Ini adalah blog orang dewasa

38 thoughts on “Bagaimana Menjimatkan Bandwidth Imej Menggunakan FlickR

  1. Terima kasih atas perkongsian. Satu lagi option ialah dengan menggunakan CDN seperti Amazon S3. Kalau guna Flickr nih rasanya ada effect sikit pada SEO.

  2. Selain flickr, blogspot juga bisa digunakan untuk mengupload gambar. saya sendiri memakainya untuk keperluan blog saya ๐Ÿ™‚
    Trims atas ulasannya, sangat bermanfaat

  3. Rasanya kalau dari segi SEO image mungkin ianya beri kelebihan pada flickr..sebab hosted kat sana kan. Mintak tolong diperbetulkan kalau info ni salah. Sekadar logik sendiri je ni. hehe

  4. Ada penulis jemputan rupanya. Kak Long pun dah lama tak buka Flickr. Rasanya maca zaman buat live blogging dulu je selalu buka. Nak pergi tengok, ingat lagi tak password dia.

  5. Assalammualaikum Kak Jie,

    Lama taks entuh flickr, sebab nampak post incik Ai, tu yang buka semula. Sekali tgk dah cantik kemas UI flickr.

    Flickr ni sekarang guna untuk letak gambar buat mobile blogging

  6. Dulu suka hosted gambar kat blog sendiri, setahun lebih menyepi, dowgrade hosting, host gambar ke third party . WIN. tapi tu lah sayang satu je la.. SEO

  7. oho..tamau ada relationship ngan Yahoo dah..ahaha..hurm..Flickr pun malas mau masuk..tengok-tengok kekadang je pun gmbar..:D BTW..tips bagus ni..

  8. Bila guna kaedah ni, thumbnail kat blog keluar x? Kalau guna plugin flickr plak cmne? Ada suggestion tak plugin flickr yg mana sesuai?

    1. By default tak keluar. Tapi ada plugin. Tapi ada caveat. Plugin camtu selalunya guna resource yg banyak. Tak bagus bagi mereka yang menggunakan shared hosting.

  9. Jarang sangat bukak flickr..biasa guna photobucket..kalau gambar2 besar2, mmg sumbat kat situ, baru sumbat kat blog..sayang nak perabis storan hosting…hehe

    apa2pun, thanks abam man…senang nak faham dan besar efeknya kalau buat praktikal tutorial ni =)

  10. Dulu ada juga guna flickr. Lepas tu guna photobucket, imageshack, dan lain2.. Sekarang ni lebih suka upload terus dalam hosting sebab lebih senang dan cepat.. Saiz gambar akan resize dulu bagi tak lebih 100KB sebelum upload masuk dalam hosting..

  11. sesuka hati jer abang man tukar trademark jenama Flickr kepada FlickR…boleh kena saman ni…haha.
    belum terbuka hati lagi nak guna flickr ni, mungkin kalau menulis sesuatu dari laptop yang ada banyak gambar akan dipertimbangkan flickr ini, sekarang selesa update terus dari henfon dan letak gambar terus di hosting.

    1. Semalam buka akaun Flickr , last login 24 bulan lepas.
      Register tapi tak guna… Pakcik Man suruh guna.

      Masalah mula-mula tu, nak copy url mana nak letak kat insert from url tu…dua tiga kali buat letak url yang ambil kat search bar..tak jadi jadi

      tu yang terhasil tutorial ni, Pakcik Man malas nak ajar banyak kali..sekali dia rajin terus up entri.

      boleh share dengan orang lain

  12. Tak pernah fikir pun cara ini. Aku biasanya resize gambar sblm upload ( ikut standard yg aku tetapkan sendiri ). Tutorial ini amat membantu terutama bila blog banyak buat tutorial yang perlukan banyak gambar screenshot. Tq.

    1. Blog ni banyak gambar…blog lama, harta karun pun banyak
      dah berat sangat dah blog ni…dah tua
      sedang cuba mengurangkan beban yang ditampung
      ada banyak jalan, ini salah satu… tiap orang boleh guna jalan yang selesa buatnya… kan.

  13. aku jenis yang lebih suka sumbat gambar kat hosting sendiri. sape kantoi curi gambar kat blog aku tu..siaplah kena dapat malware percuma lepas tu. haha..

Comments are closed.