Hari ini cuaca elok panas terik. Kalau semalam dah keluar berfoye-foye dengan rakan blogger, hari ini saya tak ke mana.
Pagi tadi luangkan masa untuk spray ubat kutu Julie. Ada ternampak 2-3 ekor kutu dua tiga hari lepas.
Masa Julie baru diselamatkan, saya jumpa Julie dengan badan berkutu yang sangat kritikal. Saya bawa Julie ke vet dan doktor berikan ubat kutu jenis spray jenama Vime- Frondog.
Harga ubat kucing jenis spray ini RM 50 ( 250ml). Boleh guna setahun agaknya sebab sekali spray bukan banyak sangat pun. Bergantung kepada saiz badan dan jenis bulu kucing.
Ubat kucing ada juga jenis spot on yang dikenali sebagai frontline. Frontline diletak di tengkok kucing dan berkesan membunuh kutu selama sebulan.
Kalau di klinik haiwan kerajaan, harga ubat kutu cuma RM 15 tetapi saya tak pernah beli untuk Julie sebab tiap kali pergi untuk vaksin Julie, ubat tak ada. Semak harga ubat kucing di sini – Harga Perkhidmatan Dan Ubat Kucing Di Klinik Haiwan
Kena pakai satung tangan plastik untuk sapu seluruh badan kucing selepas spray ubat kutu. Julie ni memang jenis mudah nak urus.
Ulang proses spray ini sebulan sekali. Julie memang lepas bebas tak dikurung. Selalu juga dia bermain dan bersosial dengan kucing lain yang berada di sekitar rumah, sebab itu sebulan sekali kena spray ubat kutu.
Satu lagi tips menjaga kutu kucing dari merebak secara serius, guna sabun anti kutu sewaktu memandikan kucing.
Ini Julie waktu saya selamatkan. Kepala punyalah besar tak padan dengan badan yang kurus kering berkutu. Julie nampak friendly sejak kecil walaupun belum biasa dengan manusia.
I love Cat…. thanks
untung si julie dapat kak jie yek. 🙂
Teringin nak bela kucing jugak.. Tapi tak boleh..
Jelita sentiasalah Julie di bawah jagaan K Jie 🙂
Baik budak Julie ni..dok senyap je bila kena spray ubat kutu..
Kak jie..
kalau orang yang berkutu, boleh guna spray yang sama ke?
ahaks, sedang bercadang mahu mempedajal anak sedara yang berkutu.. hehehe
kutu embun gitew..
kenyit mata satu kali… ammmak!
Dulu kecik kecik masa bela kucing mandikan kucing ngan shampoo je..hehe
Sekarang tak sesuai nak bela walaupun minat…sepatutnya penjagaan dia memang kena teliti la kan…bila nak ada romeo pulak ni…
Ada juga di facebook orang jual spray kutu di kucing. Tak salah sy nama Kucing Sehat dot com. Tapi sy tak beli sbb tak bela kucing hihi. Ternampak page post diorg.
Satu kucing kena kutu kalau tidka segera ditangani bisa menular/menjalar ke kucing lainnya tu. Cepat sekali penangannya, salut sama Kak Jie yang begitu sangat memperhatikan binatang peliharaannya
Moga2 lekas baik 🙂
kita pakai yang titis kat tengkuk tuh… senang sket. dak uban tak dapat nak menjilat
Masa kecil senang hendak pantau. Bila sudah ada boyfriend lagi macam-macam penyakit datang.
wah julie membesar sbg juara…bertuah kucing nih…