Nur Misnan Kes benjolan tu takut ada bisul. Better bawa klinik. Takut dah bernanah merebak…
Sejak bela Julie dan post entri mengenai pengalaman ke klinik haiwan, ramai pelawat blog yang meninggalkan pertanyaan mengenai kucing. Ada nak cari ubat kucing ada yang risaukan tentang kucingnya sakit.
Saya faham kerana saya sendiri pernah mengalamai keadaan seperti itu. Nampak Stokin yang sakit teruk, dah tak tahu nak buat apa. Biasanya saya akan mengoogle mencari panduan dan tips menjaga kucing dari pengalaman orang lain.
Itulah kebaikan berkongsi di dunia internet. Kadang-kadang kita nampaka remeh apa yang ditulis tetapi ada manusia lain di luar sana yang memerlukan ilmu tersebut.
Seperti soalan-soalan yang pernah ditanya:
Kucing saya tak nak makan pagi sedankan selalunya pagi-pagi dia makan. Adakah tanda-tanda dia sedang sakit?
Comel aje kan soalan ini. Sesiapa yang bela kucing akan faham perasaan tuan punya kucing ini.
Ini soalan yang lebih serius.
Saya dapati dibahagian perut kucing saya terdapat satu bonjolan yang tajam dan saiznya agak besar. Adakah kucing saya mengalami ketumbuhan di dalam petut? Dan adakah dia akan dibedah?
Saya takut semua ini jika berlaku, apa yang harus saya lakukan?
Saya pun bukan tahu banyak tentang kucing. Ini pengalaman pertama membela kucing secara serius. Lagi pun Julie adalah kucing kampung, tak rumit sangat nak membelanya. Saya biarkan dia bebas keluar rumah hidup seperti kucing lain.
Bila kucing hidup bebas dengan persekitaran dan hampir seperti habitat semulajadinya, kucing kurang alami masalah.
Mari kita lihat jawapan dari rakan-rakan facebook saya.
Bab tak makan tu biasalah. Makanan nak kena tukar atau sakit
Saya pula yang risau. Vacsin pun kena tengok bila expired. If not kucing mudah jatuh sakit. Ubat cacing harus diberatkan juga. Beri 3 bulan sekali. Rasanya kes tak makan tu boleh beri ubat cacing.
Denaihati Ilhamku – susah juga jaga kucing ni ya
Nur Istimewa – wah, dah mcm doktor kucing pula… boleh promote affilate panduan kucing nih, kak kujie.. huhu~
Tengkubutang Miaw – Ubat cacing nak beli kat mana yea.. apa brand yg ok?
Ku Jie – Tengkubutang Miaw , julie pernah mkn ubat cacing bentuk pil kat klinik haiwan swasta.. dia kena mkn 2 minggu sekali , setengah biji sekali. Lepas tu kat klinik haiwan kerajaan diaa bagi ubat cacing cecair. . 3 bulan sekali. RM 5 je
Ku Jie – Sejak semalam Julie pun kurang makan… diet kot sebab asyik kena perli je..Julie gemok. Hahaha
Hanny Abdullah Ubat cacing leh beli kat pet shop…Klinik Haiwan pun ada..apa2 brand pun ok. Drontal yang bagus… Kalau kucing dlm rumah dan tak bagi makan yg pelik mcm nasi atau sardine ke , boleh bagi 6 bulan sekali ke setahun
Hanny Abdullah – Kucing hanny terlebih gemuk pulak so doctor suruh diet…now dia kena diet..Sian dia..sehari 2 Kali je baru bagi makan
Tengkubutang Miaw – Ho.. mcm tu ye Ku Jie.. murah je yea klu kat klnik Kerajaan.. rm5 jea.. kucen teman x mkn ubat cacing lagi dari kecik sampai lea dah umo dua tahun ni. Skrg ni yg sekor 2 x kut mkn.. mcm xde selera jea..
Tengkubutang Miaw – Kak hanny, o.. kat petshop pun ada jual yea.. tq yea info.. heee.. kat petshop jenana drontal tu berapa rm yea? Jenis cecair or ubat pil
Cik Lily Putih – Kalau kucing buncit tuh sebab cacing ke Ku Jie
Hanny Abdullah – Tengkubutang Miaw..drontal tu pill , harga dah x ingat lah..ce gi tgok kat pet shop
============================================================
Kalau sesiapa yang mempunyai info untuk berkongsi, sudilah menolong mententeramkan perasaan tuan punya kucing.
Ini message yang pernah saya terima dari pelawat blog Ervy Nasri mengenai kucingnya. Saya sendiri berlenang air mata membaca kisah hebat beliau.
At the moment saya sedang “menghidupkan”anak kucing tanpa induk yangg tetiba sakit dan lesu. Hari ini adalah hari ke 20 saya menjaganya selepas ibunya tertinggal yg seekor ni ketika membawa kesemua anaknya pindah lepas bersalin di luar rumah saya.
Sebelum ni saya tak pernah bela kucing..so mmg tak ada pegalaman. Berbekalkan panduan daripada maklumat di internet sedikit sebanyak dapat membantu.
Namun hari ni Kittycat saya tetiba sakit. Panic sgt2 tgk dia tak bergerak. . takbernafas. Mmg ingat dia dah mati. Apa lagi..meraung la saya sampai bengkak mata. Tak tau apa nk buat..panic, sedih semua ada. Nk bawa gi clinic vet mmg mustahil utk saya cari clinic 3 pagi macam ni.
Akhirnya saya usahakan dengan doa..saya baca al fatihah n surah al ikhlas banyak-banyak (sambil menangis sedu2. Seriously ini pertama kali saya menangis akan haiwan yang seakan dah mati).
Ok balik pada usaha doa saya tadi. Selepas hampir 3 jam saya baca ayat suci. Alhamdullila..kittycat saya mula bagi response..badan tak mengeras lagi..mata pun dah berkelip dan start buat bunyi mengiau dalam keadaan lemah. Lepas tu saya simpan masuk bakul tenpat tinggal kittycat..then dia start guling2 dan mengiau. Walaupun tak active tapi at least dia ada response dan mampu membuat saya tersenyum dan berasa lega.
Semoga esok saya sempat membawa dia ke clinic vet. Semoga panjang umur kittycat ku sayang. Mummy sayang awak. Tq Allah for this miracle. Amin.
Semoga kucing dia kembali sihat seperti biasa. Kalau tahu senarai klinik haiwan berdaftar di Selangor dan harga ubat kucing – klik baca di sini Harga Perkhidmatan Dan Ubat Untuk Kucing Di Klinik Haiwan
atau, dapatkan ebok cara menjaga kucing di sini – Panduan Menjaga Kucing!
salam akak…apa patut sy buat kalau kucing demam??sy nk bawak gi klinik tp transport xde…abg2 semua keje..balik mlm…so kalau sy nk rawat kucing sy dr rumah mcm mana ek??ada yg kata bg minum air glukosa…berkesan ke??
Tak tahu nak cadangkan apa2… takut tersilap bagi ubat.
Hari tu ada jumpa doktor sebab kucing demam… doktor ckp kucing pun mcm manusia…boleh kita basahkan bahagian atas kepala dia dgn tuala lembab utk turunkan suhu badan.
owhh..thanks for the info…sy pon da lost skrg ni…lps je sy komen td sy jenguk jap kucing sy…dia buang air besar..tp cair n sy perasan ada darah sikit…sy da cuak da ni…kucing tu pon da mcm x bermaya da…pnt da sy menangis dr td…sbb x tau nk wat apa…kucing sy mcm da tggu masa je… :'(
salam..
risaunya saya..sy bagi mkn ubt kat ank kucing..
xthu fkiran kat mana..jadi saya terbagi anak kucing saya antibiotik secara berlebihan means dos dia 0.3..sy terletak 0.6..
ada effect ap2 x..sdih nyer klau dy mati..
hi..cakkk..he he..assalamualaikum, pengalaman sy,klu awk dh terlebih bg ubat setiap penyakit ade penawarnye..alhamdulilah sy bg kucing sy minum susu bby yg 6bln..then dye akn muntah bile2,,lepas tu dye akn kembali ceria..
Kawan saya seorang Nurse pada masa sama beliau Usahawan Pet Shop.
Jika kak Kujie or siapa-siapa nak tanya pasal kucing terutamanya, kawan saya memang pakar. 🙂
Hubungi Asyrof, insyaAllah Asyrof akan bawakan kawan tu. 🙂
Saya pun antara yang suka bela kucing kampung,just satu jer kucing kampung ni tak boleh stress atau kita buat mengalami masaalah jiwa,masaalah jiwa ialah kita suka sepak dia ketika kita ada problem..atau kita guna dia tempat geram..,lama lama dia boleh di murung…
Sy tak bela kucing. Hihi. Tapi baca artikel kak Jie dapat ilmu pasal kucing. thanks ye
Ramai yang beri tip dan nasihat. Kalau ketika saya bela kucing akan lihat kelopak teling bersih tanda kucing berada didalam sehat.
Paling menyayat hati melihat kucing nazak sakit tidak bermaya dan kaku.
teringin nak bela kucing sebenarnya..em..tunggu la duk serumah ngan wife nanti..balik keje takde sapa nak jaga..sian plak..:D
payah juga nak jaga kucing ni yek.
try akar pokok kucing galak, sampai meleleh-leleh air liur kucing menggigitnya.
dulu semasa kecik pernah bela kucing , tapi sampai satu masa tuh kucing tuh keluar dan tidak balik2…huhu
Jaga kucing ni mcm jaga baby, mcm mana kita jaga baby mcm tu kita kena jaga dia. Masa baby kena buat vaccine , kena ikut aturan time vaccine dia..mcm tu jugak ubat cacing dr bby kena bagi..kena ikut time. Penjagaan kuku dn bulu pun kena jaga jugak. Kalau dah sayang semua ni kena ikut, jangan sebab kan nak bela kucing sebab kucing ni cantik atau kucing mahal atau nak ikut org..jaga dengan “hati” kita.
Bab makanan pun kena dititik beratkan..makanan kita mahal so why not diaorang pun sama jugak mcm kita…jgn sebab dia haiwan kita boleh sesuka hati bagi sisa2 kita.
Kalau tak mampu nak jaga..maksud saya bukan dr wang ringgit..maksud saya dr masa dan tenaga, baik jangan jangan jaga. Cari aje sesiapa yang termampu dan layak menjaga.
Kalau dah jaga..tolong2 lah cari info yang terbaik buat kucing ni…kat google ada, buku ada dn mcm2 maklumat tentang kucing ni ada dimana2..
Kak Jie..sori lah terpanjang lebar le pulak tulis kat ruangan comment ni..hehehe..saya ni kalau bab kucing ni very sensitif sikit…
Assalam,
Kucing mmg cantik dan manja…saya suka tgk dari jauh jer…nk belai2 mmg kurang berani takut dicakarnya pula..fobia sbb zaman kecik2 kena cakar skali…tp teringin nk peluk2 mcm org lain buat..huhu..
Penuh jiwa dan perasaan bila baca cerita kucing ini, semoga kak jie mendapat rahmat berbudi kepada makhluk Allah…
Walau kucing adalah binatang tetap saja ya kalau sakit dan terjadi masalah kitanya akan gelisah juga…
Kalau bela nak kucing baka baik, perlu ada sedikit ilmu. Kalau tidak sia-sia, beli mahal tapi tak reti jaga. Sian kat kucing tu 🙂
Kucing oh kucing …
Dulu ada bela baka siam
gemuk hitam berbulu lebat …sekarang tinggal rumah @ sangkar sahaja …
jenis kaki betina ……habis semua kucing dia kacau ….last2 hilang tinggal benih campuran benih tapi tak jinak …..
wah kucing memang binatang piaraan yang banyak di gemari… apaplagi bagi pencinta kucing pasti merasa kawatir jika kucing piharaanya sakit.. …
Saya tak bela kucing tapi syahdunyer baca pengalaman diaorang. Hanya orang yang berjiwa penyayang dapat sayang haiwan macam tu.
7 tahun yang lepas saya pernah membela seekor kucing jantan berwarna putih suci di rumah mak saya.Tapi ketika itu saya duduk di Pontian kerana bekerja di sana. 2 hari sebelum raya saya balik ke rumah emak saya. emak memberitahu si Putih sudah 3 hari tidak balik rumah. Malam tu saya memanggil nama dia hampir 2 jam, tapi ia tidak balik juga. Keesokan hari saya terkejut , putih berada di depan rumah. Dengan comot bulunya dek tanah.Mulutnya dah keluar air liur. Kakinya luka.Sah bergaduh dengan kucing lain. Paling saya terkejut , kulit kepalanya koyak dek luka hingga menampakkan isi dalam. Yang teruk sekali larva sudah membiak di dalam kepalanya itu. Saya meletakkan ubat kuning dan minyak gamat pada kaki dan kepalanya.Saya bagi dia ubat demam khas untuk kucing yg memang ada dalam simpanan saya. Putih lemah . Makan pun tidak mahu. Saya nekad untuk mengeluarkan ulat larva tu menggunakan penyepit.Ia besar-besar belaka kekenyangan. Petang saya pulang ke kampung nenek membawa putih bersama sekali. Di kampung saya berikan dia vitamin kerana tidak makan. Malah madu pun saya berikan juga mengharapkan si putih boleh sembuh seperti sediakala.Hari Raya Pertama saya banyak menghabiskan masa di rumah kerana mengawasi dia.Keadaannya sangat lemah.Akhirnya pada hari raya ke 2. Putih pun pergi juaa…Saya tidak lah menangis. Tapi itulah kucing kesayangan keluarga saya.InsyaAllah saya akan kongsi cerita pengalaman saya membela kucing sedikit masa lagi.
Maaf tuan blogger kerana bukan sebaris lagi kata-kata saya.
Malah berbaris-baris ni.Semoga tuan blogger sudi menjengah blog saya pula
uncle ni tak berapa mahir dalam bab kucing-kucing, ni… tapi kalau minom air mata kucing, uncle mahir…
hehe
Hahaha..saya pun ada degree bab minum air mata kucing nih hehehe
jadi semangat pulak nak bele kucing .. kalau ada masalah boleh rujuk Kak Jie ..heee
Salah satu sebab Aina tak nak beli kucing bila menghadapi situasi2 sedih mengenai dia. Satu hari sepupu terlanggar anak kucing dikampung yg menjadi mainan anak bongsu anak menangis Aina pun menangis sampai bengkak2 mata.
dulu kucing saya bagi minum air kelapa je kalau dia takde selera nak makan.
Kalau simptom macam kat atas tu kadang2 kucing tu moody…saya pernah juga ada kucing macam tu…
tak lama lagi kak jie bleh jadi doktor kucing…hu3
ohhh…saya tak bela kucing….
Orang cakap, orang yang bela kucing penyayang orangnya..memang nampak penyayang kak jie…
Kucing saya, Goldie namanya, saya rasa masuk kategori obes. Berat dekat 6 kilo. Sekarang dalam proses nak kuruskan dia sikit 🙂