Sehari di Seremban Untuk Pengambaran Petronas Deepavali Webisode
Advertorial

Sehari di Seremban Untuk Pengambaran Petronas Deepavali Webisode

Sempena perayaan Deepavali, Petronas seperti selalu telah melancarkan siri penerbitan video yang menyelami budaya kehidupan masyarakat di Malaysia yang menyambut perayaan tersebut.

Saya telah terpilih untuk mengikuti secara dekat episod  pembikinan webisodes ini dan melihat sendiri pelbagai persiapa yang dilakukan ketika menyambut perayaan Deepavali . Semoga pendedahan ini dapat memberi perspektif yang lebih baik mengenai perbezaan budaya setiap kaum sewaktu menyambut perayaan.

Secara jujurnya,  tak ada beza pun dengan persiapan yang sering dilakukan oleh kita semua.  Semuanya berlangsung bersama keluarga dan dalam suasana meriah riang gembira.

Hari Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ merupakan perayaan yang disambut oleh penganut yang beragama Hindu selain daripada Thaipusam. Deepavali akan disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil.

tuan pengarah
Pengambaran kami bermula di Seremban dan disambut tuan rumah  yang cantik , Puan Helen dan  Vinod sebagai Penerbit.
Altimet & Aanantha
Host rancangan dari THR Raaga Kalakkal Kaalai, DJ Aanantha bersama jemputannya rapper Malaysia iaitu Altimet.

Balik dari program ini, Intan bertanya ” mama…Altimet tu cakap pokpek pokpek laju macam dia nyanyi ke?”

Semestinya tidak, kan.  Kata Along dia pun manusia biasa macam kita juga.

Hindu Sangam Association

Menurut Mr Kandasamy dari Hindu Sangam Association, mereka akan mandi minyak bijan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Minyak bijan akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek sebagai simbolik penyucian semangat.

Upacara mandi minyak bijan ini akan dilakukan oleh ibubapa untuk anak-anak mereka sebagai kasih sayang melalui sentuhan dan usapan. Andai anak-anak masih kecil, ibubapa melahirkan kasih sayang melalui sentuhan lembut, apabila mereka dewasa,  peluang untuk membelai secara fizikal anak-anak adalah terhad. Melalui upacara mandi minyak inilah diharap dapat mengembalikan rasa kasih sayang abadi antara ibubapa dan anak-anak.

cara buat rangoli

Perayaan Deepavali akan dimulai dari malamnya dengan membuat Kolam atau Rangoli beramai-ramai seisi keluarga. Kolam atau Rangoli adalah lukisan lantai yang cantik dan dihias di depan pintu rumah dengan ukiran bentuk bunga atau burung merak yang menggunakan beras/bijiran atau hampas kelapa yang berwarna warni.

Kolam rangoli ini disiapkan sebelum matahari terbit di depan pintu rumah sebagai lambang penyembahan dewa Lakshimi iaitu dewa kekayaan yang dipercayai akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai Rangoli.

cara buat kolum

Puan Helen menerangkan proses mewarnakan beras untuk membentuk rangoli.  Altimet tidak melepaskan peluang belajar mengaul warna dan beras bagi menghasilkan warna ceria dan terang. Sedikit air diletakkan sebelum pewarna dicampur.

Mudah je kan .

beras dijemur
Selepas digaul rata, beras akan dijemur terlebih dahulu supaya kering.

persiapan menyambut deepavaliLukisan Kolam akan dilukis samada dalam bentuk tumbuhan atau haiwan  di lantai depan rumah sebelum dibentuk dengan beras yang berwarna.  Biasanya kaun perempuan yang akan membuat persiapan ini.

hias rumah deepavali
Seperti perayaan hari raya Aidilfitri, aktiviti menghias rumah turut disertai oleh seisi keluarga.  Altimet kidal rupanya… Orang kidal biasanya lebih kreatif  dalam bidang muzik dan dunia seni.

hiasan deepavaliDekorasi hiasan  dinding rumah yang berwarna warni dan ceria

kegembiraan deepavali

Apa saja majlis perayaan, ketika memasak menyediakan persiapan adalah detik paling gembira. Biasanya waktu ini adik beradik akan berkumpul dan saling berkerjasama menyediakan juadah. Aktiviti ini sering diceriakan dengan gelak tawa dan gurau senda sambil mengeratkan lagi kasih sayang bersama.

Saya paling suka part ni… sangat terkesan dengan kehidupan seorang ibu seperti saya

menu-masakan-deepavali petronas
Untuk pengambaran hari tersebut, 7 jenis masakan berasaskan sayuran telah disediakan

  • Vendiga Perratal  -bendi
  • Tofu Poriya – tofu goreng
  • Katrika Kutu – terung
  • Velirake Pachedi –  timun
  • Parangika Masala – sayur labu
  • Podallanga – ( Snake Gourd ) – sejenis labu yang panjang
  • Vegeratian Kurma Curry

Resepi untuk masakan ini akan dimuat naik selepas pelancaran Petronas Deepavali Webisodes di Youtube Rasmi Petronas.

Sebelum entri ini berakhir, tuan blog pun nak menyelit juga barang sekeping dua. Lihatlah…. ni macam anak dengan mak saja tau, tolong jangan gossip!
altimet

Jangan lupa menonton siri Petronas Deepavali Webisodes di Petronas Official Youtube PETRONAS Deepavali 2013: Episode 2 – Cultures and Traditions . Korang mesti tengok, belek betul-betul, manalah tau boleh nampak muka saya dan artis popular ini…ha…. tengok tau!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Sehari di Seremban Untuk Pengambaran Petronas Deepavali Webisode

  1. assalamualaikum K.Jie,
    syukur dpt peluang yg mcm tu. sambil tu, dpt jgk jumpa rapper yg popular. silap hb, dpt peluang buat cameo dlm videoklip Altimet pulak. hehe..!

  2. Kak Jie peluang spt tu bukan datang selalu, sambil belajar budaya mereka kita juga boleh menikmati kegembiraan mereka menyambut perayaan.

Comments are closed.