Sebahagian daripada kempen Deepavali 2013, Petronas telah membuat pengambaran mengenai tradisi budaya kaum India yang menyambut perayaan tahunan ini di Malaysia. Episod yang dihasilkan ini dengan harapan supaya pendedahan secara lebih dekat mengenai budaya dan tradisi perayaan ini dapat mengeratkan hubungan masyarakat di Malaysia
Webisode adalah singkatan daripada perkataan’web’ dan ‘ episod ‘ yang terdiri daripada satu episod daripada beberapa siri yang disiarkan melalui laman web perkongsian video seperti YouTube.
Webisode ini boleh ditonton melalui Channel Youtube Petronas di Petronas Official Youtube
Saya telah berkesempatan bersama Blogger Ben Asahari mengikuti pengambaran dibelakang tabir yang membabitkan crew produsi Petronas Deepavali Webisodes.
Sesekali pergi event jauh dari rumah, tinggal di hotel berbintang-bintang tetapi belum sempat nak bersenang lenang terpaksa check out. Selepas sarapan, seawal jam 9 pagi kami perlu bertolak ke lokasi pengambaran. Rugi je bawa swimming suit tak sempat pakai, kan..
Petronas Deepavali Webisode kali ini membabitkan host rancangan DJ Aanantha di Kuil Nagarathar Silvan, Jalan Dato Keramat , George Town. Kuil Nagarathar Sivan mempunyai menara lima tingkat yang dicat berwarna warni dihiasi ukiran rumit dewa dan binatang. Didalam kuil terdapat imej Dewa Siva.
Artis jemputan kali ini adalah Alinda iaitu juara Astro Vaanavil Superstar tahun 2012. Di kuil , penganut agama Hindu akan bersembahyang di hari Deepavali dan antara rutin yang wajib dilakukan adalah meletakkan tanda di dahi yang dipanggil Thiruniru ( abu suci ).
Krew pengambaran yang sedang mendapatkan posisi terbaik untuk penghasilan webisode. Seperti semua perayaan lain di Malaysia, kuih muih seperti manisan sudah menjadi identiti masyarakat India. manisan yang dihasilkan dengan cara traditional demi mengekalkan resipi asal mendapat permintaan yang tinggi. Antara beberapa manisan yang menjadi menu hidangna Deepavali seperti burfi, candy, gulab, jamun, halwa , jangiri dan laddu
Jangiri adalah manisan yang menggunakan kacang dal. Kuih ini dibentuk bunga bulat sewaktu adunan tepung dal digoreng di atas minyak yang panas. Apabila sejuk, barulah disalut sirap gula.
Laddu – rumour tersebar bahawa Laddu akan menjadi edisi terbaru Android selepas Kit Kat. Laddu sendiri mempunyai pelbagai jenis seperti muntri laddu yang menggabungkan gajus, kismis dah minyak sapi, thirupathi laddu atau rava ( tepung suji ) laddu
THR Raaga Kalakkal Kaalai, DJ Aanantha bersama Alinda di dapur
Jangan lupa tengok hasil pengambaran ini di Channel Youtube Rasmi Petronas PETRONAS Deepavali 2013: Episode 1 – Deepavali, The Story
Musim perayaan umpama pesta membeli-belah bagi rakyat Malaysia. Suasana di kawasan beli-belah biasanya begitu meriah dan berlangsung dalam kegembiraan. Kebanyakkan kaum wanita mula mencari pakaian, kasut, aksesori dan kuih-muih untuk keperluan seisi keluarga. Part membeli belah ni yang paling best.
Janganlah nak cakap perempuan suka membeli belah, sebenarnya perempuan bukan membeli untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk seisi keluarga. Bukan sikit tu tau.
Lebuh Pasar atau lebih dikenali sebagai “Little India” menjadi tempat tumpuan bagi mendapat keperluan menyambut perayaan seperti kain baju, kuih muih dan perhiasan rumah.
Bahang sambutan Deepavali dapat dirasai di sekitar deretan kedai yang dihiasi warna warni dan diiringi muzik yang menguasai ruang udara.
Selain sut Punjabi, Legha atau Kurta, Sari merupakan pakaian tradis untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan Deepavali. Sehelai Sari 6 meter harganya ratusan ringgit bergantung kepada jenis kain, corak, sulaman atau manik yang digunakan. Bukan saja sari, aksesori tambahan lain seperti subang, rantai, selendang, gelang tangan dan kaki juga dibeli untuk saling melengkapi penampilan pada hari istimewa tersebut.
Saya pun tak ketinggalan – ini sari untuk diri sendiri.
Seperti biasa, di akhir entri mesti up gambar makan hati. Gambar ni hampir disabotaj oleh Ben ( Ben Ashaari.com ) . Tengok tangan sebelah kanan tu…tangan dia le tu.
Yang menarik sambutan perayaa Deepavali adalah warna-warna yang gunakan selalunya striking dan ia sesuatu yang menarik
Tak nampak pulak Maruku tahun ni, Lepas Ladu Android, bila lak dorang nak buat Roti Canai Android hehehe
dulu semasa bercuti ke Penang ada jugak singgah Little India , saje tengok2 apa yang ada…
sangat menarik sekali perayaannya meriah warna-warni samapi kue juga berwarna.. seru ya lihatnya…
bess la akak dapat experience camni. Ni la masanya utk kenal adat resam bangsa kawan2 India kita.
teringat pulk kat arwah bapak angkat India yang selalu membantu zaman2 kecik dulu
sgt setuju… pompuan shopping utk satu family 😉
wah bestnya berada dalam set pengembaraan bersama dengan bangsa lain..
Laddu tu keras sangat……dan manis sangat…..
wah, meriah sekali ya perayaan Deeavali ni, kalau di Indonesia sepertinya jarang ditemui sebab sangat sedikit komunitas orang India di negara kami
perayaan mereka mmg suka warna warni nie…kuih Laddu tu kita orang Islam bleh makan ke?
ladu…tak pernah rasa..sedap ke kak jie….kalau dalam bab filem bollywood dulu..selalu sebut lau..tapi sekarang takde lagi..sedap sangat ker..tapi nampak sedap 🙁
Laddu tu sedapkan kak…:)
Tadi dah baca jugak kat blog Ben.
Macam sedsp ja manisan tu akak rasa tak
manisan diorang macam kuih manis2 kita ke kak?
Sedap ke manisan tu kak jie
Wah baru tahu kuih muih masyarakat India 😀
banyak sari cantik .. hmm .. kuih muih pun banyak2 lazat2
owww..
ptutler x kuar TV..
upanyer web..
kene tanda lam kalendar.
nnti miss.
beli kain sari ….satu jer? mana cukup……
Assalamualaikum Kak.
Sempat sambar sari ye? Cantik2 betul kain2 sari tu…