Apa yang menarik kalau ke Pulau PInang?
Banyak… kena ambil masa 3-4 hari menjelajah baru puas. Saya suka bangunan, suka persekitaran di sini. Saya kurang suka pantai berbanding kesenian bangunan ketinggalan sejarah.
Dah banyak kali ke Pulau Pinang sebab saya pun orang Kedah tetapi ikut media trip adalah satu pengalaman berbeza. Selalu bercuti bersama keluarga tetapi kali ini atas urusan kerja.
Apa yang best kat Penang? Soalan kerap ditanya.
Nasi Briyani Kambing. Selepas check ini, kami terus keluar makan di Kapitan, Chulan Street depan Nagore Dargah Sharif. Kali kedua saya ke Kapitan, kali pertama dibawa Yonna bulan Mac lepas. Baca Mural Street Art Georgetown
Selain itu, nasi kandar juga sangat popular di Pulau Pinang. Saya bukan pengemar kari dan makanan berkuah, cuma ambil ayam tandori sahaja.
Produk dari buah pala adalah satu lagi trendmark Pulau Pinang. Saya sendiri tidak pasti kenapa buah pala tidak dijual di luar pulau, di Seberang Perai pun susah nak jumpa. Saya pernah naik feri semata-mata untuk beli buah pala dan balik semula ke seberang.
Jeruk memang ole-ole yang paling sesuai untuk dibawa balik.
Street Art dengan lukisan mural, grafiti yang menarik menghiasi beberapa bangunan di celah lorong atau sudut tak terjangka.
Komtar ( Kompleks Tun Abdul Razak ), satu lagi icon Pulau Pinang menjadi bangunan paling tinggi sejak dibuka pada tahun 1985
Penang Road Famous, Teochew Chendol- cari ‘jendol’ untuk lepaskan hajat Karen.
Keistimewaan tersediri di Pulau Pinang adalah perkhidmatan feri. Kalau ke bahagian pulau melalui jambatan, balik gunalah feri supaya berpeluang merasai pengalaman tersebut.
Sebenarnya ada banyak lagi yang menarik di Pulau Pinang, kami hanya berada di tengah pusat bandar untuk pengambaran. Kalau ada masa boleh menjelajah di kawasan Balik Pulau atau sekitar pantai.
Antara lorong dan kehidupan – bagi peminat Street photography , Pulau Pinang ada banyak sudut yang menarik untuk diabadikan.
wah makanannya bikin ngilerr jadi mau kak jie…
dulu kat penang ada juai popia isi ketam. inti popia betul2 taruk isi ketam. memang sedap. dijual dekat dgn jeti feri. dulu lah, sekarang mungkin tiada lagi, ketam dah mahai.
boleh la plan trip ke penang time cuti sekolah nanti, insha-Allah…
kat penang ni saya suka nasi briani tandoori, ayam dia tu bagi saya sedap dimakan mungkin sebab rasanya lain dan xda rasa mcm tu dlm menu melayu
ayam tandori pun sedap juga ditambah pula dengan cendol. adik saya belajar kat pulau pinang tapi saya tak jelajah lagi pulau pinang. Ada rezeki mungkin ke sana.
best la kak.hehe
Betul tu. Sayapun sama lebih suka bangunan dan lorong sejarah Pulau Pinang berbanding pantainya
Assalam..
actually, saya ter’link’ke blog akak bila baca entry ben ashaari.
suke bila baca blog akak…
InsyaAllah, sy akan jd silent reader blog akak lepas ni 🙂
Sy pernah belaja di Jalan Burma, Georgetown, Penang selama 3 tahun dan dah lebih 10 tahun sy tak jejak ke sana..dan entry akak ni buat sy rindu pada penang…
Tertarik dengan antara lorong dan kehidupan.
Tang beriani kambing tu yang tak tahan nengok tu.
kakjie, walopun nis alamat rumah di penang, kami sgt2 jarang ke seberang pulau…
syukurlah jeruk pak ali dah byk cwgn di seberang sini… hehe
agaknye sbb cik abg sy student usm di pulau tu.. dah jemu kot nak jalan sana :p
Dah lama tak pergi Pulau Pinang naik ferri. Selalu cari jeruk jer kat sana.
ini mesti projek visit malaysia 2014 kan? hehe
Pernah membesar di Pulau Pinang. Tempat saya suka kunjungi adalah Lorong Kulit @ Road Walk.
hu3…jeruk tu mmg tak pernah lupa kalu pegi Penang..
X sabarnya SA nak pi Penang…sedang plan2 ni…bulan 11 nanti pi Sarawak dulu…
Kalau sebut pulau pinang, saya cuma ingat 4 perkara – usm, ropewalk, chowrasta dan anak mami. 😉
pernah berpusing-pusing di sekitar pulau semata-mata nak cari laluan ke Bukit Bendera tetapi tak jumpa….landmark banyak yang keliru…tetapi Pulau mutiara ini memang syurga makanan…
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
pernah pegi penang skali je
xpuas pun jalan
gi pun sebab kerja gi sana
Walaupun setahun 2-3 kali saya melintasi Tanah Besar Pualau Pinang tetapi tak pernah saya menjengah ke bahagian pulaunya. Kali terakhir pergi masa saya umur 12 tahun. Faktor utama saya tidak memusingkan stereng kereta ke sana adalah bila terpaksa berhadapan jalan2 yg agak mencabar bagi saya. Mau sesat barat kak.
Penang! Insyallah akan sampai nanti.
Terima kasih di atas perkongsian info… Banyak yang best kat Penang… Ada banyak tempat makan menarik dekat sana… Terutamanya tempat makan yang terkenal iaitu Restoran nasi Kamdar Line Clear… Kalau pergi sana memang teringin sangat nak makan dekat tempat tu… Tapi apabila mengenangkan terpaksa beratur panjang, tu yang rasa malas tu…
Kami pergi LIne Clear tetapi makan kat sebelah dia… kat jalan utama tak masuk. Yasmeen kot nama kedai tu
Saya lebih suka nasi kandar beratur 🙂
Penang. Negeri ‘tempat lahir’ no 2 dalam hidup ni…hehe
Antara yg best penduduknya ramah tamah. Makanan best. Tempat2 tgh2 bandar ada yg taman yg cantik…
Pernah pegi Pulau Pinang, mungkin sekali dua, masa kecik. Tak ingat apa dah.
Nanti nak mintak Lynnaiza bawak jenjalan lah, since dia dah dok PP skg 😀
Ada nama tempat spesifik tak yang best tak kat sana?
Saya suka penang sebab banyak makanan faveret. Pantai pun best juga untuk percutian sekeluarga. Paling best tentulah pasembur. Sampai balik KL pun teringat-ingat.
Memang banyak yang menarik di Pulau Pinang….Tertarik dengan mural dan 3D art di sana…Ada gambar2 lain tak?
p/s: kalau Komtar wujud 1895…bangunan tertinggi di dunia pada masa tu… 🙂
cuba klik link kat entri tu..ada banyak gambar mural masa lawatan bulan 3 lepas. Mural Street Art Di Georgetown
p/s – 1985. tertukar kedudukan …hehe terimakasih
pernah bercuti sekali ke Pulau Pinang dengan keluarga sebelum nih , sana syurga makanan dan banyak juga tempat menarik…cuma memandu di sana agak mencabar…
hihi…bab memandu tu, setujulah sangat…lebih mencabar berbanding di KL =)
Banyak-banyak tempat saya pergi. Pulau Pinang juga di hati 🙂
haaa…nak senang…tanya kawan kita ni, prof hariz…dia pasti tahu tmpat menarik dan tmpat makan yg best2..kan prof? =)
InshaAllah. Boleh je 🙂