Sebelum baca entri ini, kena belek-belek entri sebelum ini untuk kesinambungan jejak kembara ini. Baca :
Melawat Rumah Panjang Titi Buluh Etnik Bidayuh Di Homestay Kampung Benuk
Selepas sesi melawat rumah panjang dan melalui jambatan buluh melawat kebun tanaman penduduk tempatan , kami balik ke Homestay Kampung Benuk.
Inilah antara Homestay Kampung Benuk tempat kami akan bermalam milik Isabell Julau Mejat, isteri kepada Ewing Cnong. Program homestay di sini disertai oleh ramai penduduk kampung yang menyediakan bilik di rumah masing-masing bagi memperkanalkan percutian ala homestay dan di Kampung Benuk sendiri terdapat lebih kurang 50 bilik yang diusahakan.
Saya suka konsep homestay tetamu menginap bersama tuan rumah. Kita lebih dekat mengenali adat budaya dan lebih terkesan dengan kehidupan harian penduduk tempatan. Kami ada banyak masa yang diluangkan bersama dam memberi ruang lebih mesra menjalin hubungan.
Selesai makan tenghari yang istimewa sayur pucuk timun dan nasi dari beras tempatan yang sangat berbeza dari beras yang biasa dimakan, kami melawat dewan Homestay Kampung Benuk yang dibina berhampiran tempat kami menginap.
Homestay Benuk biasa menerima tempahan secara berkumpulan dan di dewan ini aktiviti kebudayaan yang membabitkan penduduk kampung diadakan.
Sebelum datang ke Sarawak, ada kawan yang memberitahu supaya mencuba masakan Ayam Pansuh. Bukan mudah untuk mendapatkan masakan traditional jika kita tidak tahun di mana tempatnya. Sangat beruntung kerana Isabell bercadang menyediakan Ayam Pansuh untuk menu makan malam kami.
Resepi Ayam Pansuh
Antara bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat Ayam Pansuh ialah ayam, halia, serai, bawang putih, garam, terung dayak dan daun ubi. Ayam dibersihkan dan diperap dengan halia, serai , bawang putih, terung dayak dan garam. Daun ubi diramas bersama garam untuk dikeluarkan getahnya dan mengurangkan pahit.
Terung Dayak atau dipanggil Terung Asam bertindak seperti asam.
Trivia :
Terung Dayak sudah diiktiraf dan didaftarkan sebagai harta intelek Sarawak di bawah Petunjuk Geografi (GI) (salah satu komponen Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)) selain dabai, tiga jenis beras termasuk Bario, lada (hitam dan putih) dan kek lapis Sarawak. Rujukan : The Borneo Post
Masukkan ayam bersama bahan yang telah diperap bersama.
Masukkan air dan akhir sekali pucuk ubi untuk menutup buluh dan mempercepatkan proses memasak ayam pansuh. Wap yang terhasil daripada ayam yang masak di dalam buluh tersebut akan menjadi kuah kepada Ayam Pansuh.
Ayam Pansuh dibakar lebih kurang 30-40 minit. Macam bakar lemang , bezanya daun pisang tidak digunakan sebagai pengalas di dalam buluh. Kita boleh dengar bunyai air mengelegak di dalam batang buluh.
Inilah Ayam Pansuh atau Manok Pansuh. Manok maksudnya ayam.
Tudia…. sedap tak tertahan katanya.
Kami makan malam di luar rumah dibawah kerlipan bintang dan udara nyaman perkampungan dipinggir bukit. Damai sungguh…
Esoknya, awal pagi kami keluar menikmati cuaca dingin pagi. Menariknya dapat melihat wanita Bidayuh yang berjalan ke kebun masing-masing. Biasanya wanita Bidayuh akan ke kebun dan lelaki akan pergi kerja di tempat lain. Zaman dulu mungkin kedua-dua suami isteri ke kebun bersama.
Kami berjalan melihat persekitaran kampung dan menghampiri kebun-kebun tanaman penduduk tempatan. Semua ada – sebut saja apa tanaman, semuanya segar dan hidup subur. Mereka sedang membersihkan tempat untuk ditanam padi huma.
Ini lagi satu produk yang popular – Nanas Sarawak. Sangat-sangat sedap…. ada penduduk kampung hantar ke homestay kami 2 biji Nanas Sarawak.
Terimakasih Isabell Julau Mejat dan Ewing Cnong atas layanan mesra dan budi baik sepanjang kami menginap di Kampung Benuk Homestay. Pengalaman ini sungguh indah dan menjadi kenangan sepanjang hayat. Moga kita dapat bertemu lagi.
Sesiapa yang ingin menghayati dan mengalami sendiri pengalaman seperti ini, bolehlah hubungi
Ewing Senon/ Isabell Julau
Tel: 019 849 8413 / 014 882 1551
Email: borneobenukhomestay@gmail.com
Laman web : Borneo Benuk Homestay
dimasak di dalam bambu ya… saya belum pernah makan masakan yang dimasak dengan cara tradisional seperti ini. pasti cita rasanya sendiri juga khas tu..
Pertama kali dengar buah terung dayak tu…rasanya pernah dapat daripada seorang kawan…cuba masak asam pedas dan letak terung tu…pasam perit…!
tak pernah rasa lagi, untung kak jie dah merasa kelainan tinggal di homestay sana….
pergh.. terliur melihat terung .. ada org panggil terung iban.. sedap masak sayur..
SA dah rasa sekali…memang sedap.. bau nyer wangi sebab di masaka dalam buluh…
yap. pernah makan ayam pansuh nih..
memang lain sikit la rasanya. Tapi memang sedap.
ayam pansuh memang sedap ho..ho..rasa ayam sup yang sukar untuk diungkapkan.
hmmm…sekali tengok macam sup ayam je kan…
nampak macam sup… sekali sekal boleh cuba untuk kelainan.. mesti romantik kalau makan berdua dengan isreri di belakang rumah masak style gini.
Hehe..tak pernah makan lagi ayam masak dalam buluh…suami kak jie tu mcm berpengalaman aje..haha
kakjie , ayam pansuh nampak sedap sangat .. ada kawan ajak g jalan sana , full sponsor tapi bulan 12 , mak tengah pantang kot .. wawawa …
bila dah masak, mcm sup ayam pun ada rupa Ayam Pansuh nih~ tapi mungkin bau dia special sikit sebab masak dalam buluh kot~
nampak macam sedap je, macam buat sup ayam, tapi masak guna buluh. teringin nak travel bersama tersayang, jika ada rezeki insya-Allah boleh pergi 🙂
nota: trivia yang menarik. sekurang-kurangnya kita tau fakta sebenar.
sekali tgk macam sup ayam je…
ayam = ayam
pansuh = buluh
maksudnya ayam masak dalam buluh. Orang tempatan yang bertani memang guna cara ini untuk memasak termasuk nasi sebab kebun dan berladang berpindah randah dan lokasinya jauh dari perkampungan. Tak perlu bawa periuk . Itulah asal buluh digunakan. Sesuaikan hidup dengan persekitaran.
Wah sempat mencuba resepi ketika di sana. 🙂
memang seronok sebab bukan senang nak dapat peluang macam ni
berbaloi sangat dapat homestay yang macam ni
tuan rumah memperkenalkan tetamu dgn budaya dan kehidupan mereka
terus lapar tengok gambar ayam pansuh..huhuh
ini idea utk memasak kalau bercamping dlm hutan
Kalau dah sampai nyirup kuah ayam pansuh tu,tanda sedap sgt tu Kak Jie 🙂
yang sebenarnya, apa benda pun semua sedap bagi dia..hih
tapi memang rasa lain…. maklum pertama kali rasa