Beli Grafik Tablet Di Lazada
Advertorial

Beli Grafik Tablet Di Lazada

Saya nak belikan Angah tablet. BIla sebut saja tablet, semua orang bayangkan tablet computer yang ramai orang beli bagi anak main game. Pasaran komputer tablet mula terkenal selepas Apple mengeluarkan peranti iPad pada tahun 2010. Kemudian muncul Dell Streak 5, Samsung Galaxy Tab 7″ yang dikeluarkan pada September 2010 dan Research in Motion dengan BlackBerry Playbook.

Angah minta tablet ni dah lama sebenarnya, sejak tahun 2009. Bila dapat saja result PMR, benda pertama yang dia SMS saya adalah ” Angah nak laptop dengan tablet”

Itulah  kali pertama saya dengar perkataan tablet dan terpaksa menggunakan khidmat Google untuk mencari maklumat. Saya pernah tulis dalam entri ini – Patut ke beli benda ni untuk anak-anak? Tablet yang dimaksudkan adalah grafik tablet yang digunakan untuk melukis. Dia memang minat melukis dan boleh melukis berbanding makayah dia ni. Pernah juga lukisan dia keluar kat Majalah Gempak.

 

lukisan harimauDia lukis ni sewaktu dalam kapal terbang dari Kuching ke Kuala Lumpur menggunakan sampul beg muntah (puke bag ) dalam pesawat. Sewaktu nak turun dari pesawat, dia bagi lukisan tu kat pramugari. Amboiii…. dah tunjuk ciri-ciri romeo!

Septembr baru ni dia dah mendaftar untuk pengajian peringkat ijazah selama 4 tahun. Saya bercadang  belikan hadiah grafik tablet untuk menyokong minat dia.  Mungkin dah tiba masa yang sesuai untuk penuhi permintaan anak.

Saya kerap membeli beberapa alat elektronik dan gadget secara online.  Beli belah online sekarang ni semakin mudah.  Ambil masa beberapa minit saja. Pengalaman membeli belah secara online di Lazada juga menyenangkan.

cara memebli belah online lazada
Saya cari tablet di lazada.com.my  . Laman web Lazada usefriendly, mudah untuk membuat carian item yang dihajati. Guna navigation Kategori dan rujukan item yang berkaitan memudahkan kita membuat carian secara lebih spesifik.

Bila dah jumpa yang berkenan, klik Buy Now dan bila berpuashati dengan keterangan item pilihan, klik Proceed to Checkout.

shopping online melalui lazada
Kalau belum daftar dengan Lazada pun boleh beli. Isi saja email dan klik continue.

cara shopping online lazada
Isi maklumat untuk alamat penghantaran.

isi borang shopping online lazada
Kemudian pilih cara untuk membuat bayaran.  Boleh bayar menggunakan Credit atau Debit Card, COD , PayPal atau online banking.

shopping lazada guna maybank2u
Saya membeli belah  di Lazada menggunakan  Maybank2u.  Ambil masa beberapa minit sahaja kalau TAC nombor tu cepat dapat.   Selepas berjaya membuat pembelian, notification juga akan dihantar ke email bersama nombor Order Tracking.

shopping lazada
Bila-bila masa selepas selesai membuat pembelian, boleh semak status barang yang kita beli tu prosesnya dah sampai ke bahagian mana.

Cara Buat Order Tracking

  • Pergi ke page Lazada Order Tracking
  • Copy Order Number dari email pengesahan yang diterima : Contoh 300591659
  • Paste Order Number kat ruang yang disediakan dan klik “Check Now!”

shipping lazada
Bila barang yang dipesan telah dihantar, saya dapat satu email pemberitahuan. Kita tau flow chart perjalanan barang pesanan dengan jelas dan boleh buat anggaran bila akan menerima barang tersebut.  Senang  nak tunggu di rumah.

3 hari selepas membuat pesanan, saya terima barang yang dibeli secara online dengan selamatnya. Mudahkan membeli belah dengan lazada.  Saya lihat banyak juga barangan perkakasan rumah dan sesuai untuk dikirimkan sebagai hadiah perkahwinan rakan-rakan.

Graphic Tablet

Angah dengan Graphic Tablet idamannya.  Seronoknya tak tau nak cakap.. maklumlah memang itu barangan yang dia hajati sejak 3 tahun lepas walaupun bukannya berjenama premium.  Sesuai untuk pelajar bukan pengguna profesional.

Jangan digunakan skil melukis nak pikat awek sudahlah…. 4 tahun tu habiskan pengajian dulu!

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

61 thoughts on “Beli Grafik Tablet Di Lazada

    1. sebelum 2010, sebelum tablet komputer tu muncul… inilah tablet sebenar
      kalau sebut tablet saja, memang merujuk kepada grafik tablet yang orang guna utk melukis…cuma skrg je kalau sebut tablet, dalam kepala terus bayangkan tablet samsung dh sebagainya yang ada android atau ipad
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beli Grafik Tablet Di LazadaMy Profile

    1. bersesuain dengan umur anak juga
      kadang2 hobi pun kalau tak perpatutan, kena tapis juga
      keutamaan dia yang mana…

      kira ok dah beli kat lazada ni, senang nak isi form dan penghantaran pun ok dlm 3 hari
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beli Grafik Tablet Di LazadaMy Profile

    1. payah nak bagi tips kat ibu zaman moden ni
      kak jie ni masih konservatif dalam beberapa perkara
      cuma satu saja T&C yang perlu diamalkan betul2

      jangan beli sesuatu kerana ADA DUIT tetapi beli kerana PERLU
      kalau sebab ada duit, kita akan beli saja apa yg lalu depan mata
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beli Grafik Tablet Di LazadaMy Profile

    1. biasanya benda nak beli tu dah kaji dan tengok kat mana-mana cuma belum mampu beli masa tu

      satu lagi sebab lokasi. kalau nak beli barang rm 100, kena pi KL yg jaraknya 40-50km, tempuh sesak…. nak menapak satu2…duit minyak, parking…duit diluar jangka mcm makan minum…. tolak camput lebih baik beli online kalau sekadar satu barang saja.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beli Grafik Tablet Di LazadaMy Profile

    1. semua tempat ada sisi tak eloknya , kedai biasa, kedai makan pasaraya besar pasaraya kecik.

      company dah susun atur flow chart pekerja elok dah, yang nak ikut tak ikut tu individu.

      dah ada pengalaman, cuma share pengalaman yg tempuh saja.

  1. nak kena belajar melukis balik ni, tak sangka idea bg hasil karya pd pramugari tu telah diaplikasikan oleh angah…memang ilmu ke-romeo-an dia dah berada pada level yg cukup stabil..hehe

    semoga angah jgn cari awek dulu waktu belajar yer, igt pesan mak tu.
    nanti dah kerja baru boleh…kan.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Kabinet Pasang Siap Yang Boleh Diubah-ubah Bentuknya.My Profile

    1. itu pun kak jie ambil masa 3 tahun untuk belikan untuk dia… masa dia minta tu masih sekolah..kena habiskan study kat sekolah dulu.

      p/s – You already have too many comments in moderation. Please wait until your existing comments have been approved before attempting to leave more comments < msg ni keluar bila komen...too many katanya Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beli Grafik Tablet Di LazadaMy Profile

Comments are closed.