Kena Tegur Kerana Tidak Berikan Kredit
Blogger

Kena Tegur Kerana Tidak Berikan Kredit

Saya terima teguran – gunakan bahan untuk entri tak bagi kredit.

Isu memberi kredit kepada bahan yang digunakan sebagai entri blog sama ada image, bahan rujukan atau pemberi maklumat awal adalah satu isu penting untuk menjaga kredibiliti laman web.

Saya pernah beberapa kali berjumpa blog yang meletakkan description yang memberi amaran supaya bahan yang di ambil dari laman blog mereka diberikan kredit tetapi dalam masa yang sama, mereka sendiri menggunakan bahan  orang lain tanpa memberi kredit.

Ironiknya!  Letak tanda amaran , tetapi diri sendiri pun buat.

 

Pantai Cherating
Si Intan di Pantai Cherating

 

Jadi, entri ini bertujuan membetulkan keadaan yang telah berlaku.    Bahan di dalam entri saya  awal minggu lepas adalah 100% idea dan disediakan oleh Intan. Baca entri di sini – Cara Buat Eye Pads Timun

“mama ni…. Intan buat semua tu, mama tak cakap pun kat blog….”

ha ha ha …. jadi, untuk maklumat semua, idea dan semua eye pads timun tersebut disediakan oleh Intan sepenuhnya. Saya cuma buka peti sejuk, ambil 2 keping dan tempek kat mata.

Ini kisah sampingan, hal kecil anak beranak tetapi lihat dari sudut yang lebih luas bukan saja dipihak yang jadi mangsa tetapi diri kita sendiri.

Sekian. Wabilahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

46 thoughts on “Kena Tegur Kerana Tidak Berikan Kredit

  1. Ianya lumrah. Sebagai langkah berjaga-jaga letak watermark besor-besor. Kalau artikel tu letak je mask dengan url affiliate ke url kita ke perkataan berkaitan. Atau letak kat ‘titik’ je. Pengopy tegar tak akan pasan pun ade mask url sebab dia nak cepat, kene copy banyak-banyak.. 😀

  2. sy biasa juga ambil image dari google…tp sebabkan image tu ramai org guna…dah tahu tahu siapa pemilik asal…jadi bagi je kredit ke google la kan….ke camne nak buat tu….hmmmm

  3. Penting ye letak kredit. Ingat sebelum ni main rembat saja dari google. Lepas ni kena hati2 takut dapat warning pulak. Setakat ni alhamdulillah belum kena lagi mungkin blog saya pun belum cukup famous macam blog kuji2. =)

      1. Tahun yang sama dengan saya memulai blogging. Salut buat buat Kak Jie, yang saat itu Intan masih berumur 10 tahun tapi sudah diperkenalkan dengan internet dan blogging.

  4. Haha.ingatkan betul

    Pernah gambar dari blog saya digunakan oleh blogger popular tanpa kredit..kebetulan entri tu antara penyumbang trafik organik

    Buat2 tanya macam kenal je gambar tapi takde jawapan..hihi

  5. puaslah hati intan…hehhee…benda betul, kena cakap jugak dan kena perbetulkan..

    so sweetlah dua beranak ni =)

  6. eleh intan nak juga popular kan, ok ler ibu layankan jer…so apa lagi tak reti2 nak kiss ibu tu ker tanda kredit…hehe

  7. good job…biasa la tu kak jie..if amik gambar kat google kena tgok betul2,if dah ada link kena inform jugak..SA pernah buat dan belajar dari kesilapan..

  8. Saya selalu jugak copy lepas tu kredit to google walaupun sebenarnya gambar tu ada link ke blognya. Lepas tahu tak buat lagi dah. Salah sendiri. Saya belajar dari kesilapan.

  9. teringat pulak entri di blog Denaihati “Jadikan Pembaca setia anda Blogger terkenal” .. so memberi kredit kepada pembaca setia yg bahan di blognya kita ambil juga salah satu cara menjadikan pembaca kita terkenal.

  10. ‘Letak tanda amaran , tetapi diri sendiri pun buat.’
    Betul tu Kak Jie, pernah terjumpa……..
    Kalau blog saya ada terbuat sila tegur, manalah tahu, dah tua ni nak belek-belek entri lepas-lepas kadang letih mata ni. (^_^)

    1. bukan lah……………. kita fikir dari sudut pemilik bahan yang kita ambil
      macam ni juga rasa dia.

    1. kejap lagi dia tengok entri ni, puas hati..hehehe
      tapi betul pun… semua tu dari blender dia buat sorang-sorang

Comments are closed.