Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah . Tarikh awal Ramadan akan ditetapkan berdasarkan rukyah dan hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen. Inilah detik yang mendebarkan bagi saya yang membesar di zaman 70’an. Waktu tu tak ada twitter tak ada facebook atau pun telefon bimbit. Bagi orang kaya yang ada TV , bolehlah tengok pengumuman penuh istiadat tersebut.
Rumah saya belum ada TV , kami hanya mendengar radio yang menggunakan kuasa bateri.
Bila ada pengumuman penetapan permulaan puasa atau menyambut hari raya puasa, perkataan rukyah dan hisab menjadi pelengkap ayat. Bagi kita orang biasa, rukyah itu membawa maksud ‘melihat bulan’ dan hisab itu ‘mengira’ . Dalam ilmu astronom , mmbilang atau mengira ini adalah menbilang benda-benda di langit. Dalam kes ini sudah tentu mengira posisi matahari dan bulan.
Dari kiraan inilah permulaan awal bulan ditentukan berdasarkan kepada masa berlakunya ijtimak (conjunction) matahari dan bulan pada akhir bulan (29 haribulan) Hijrah.
Menurut laman web Jakim, kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) ialah penentuan masuknya awal bulan baru, apabila kedudukan hilal ketika matahari terbenam berada dalam keadaan yang memungkinkan kenampakannya.
Kriteria yang telah dipersetujui itu ialah ijtimak telah berlaku pada 29 Syaaban, 29 Ramadan atau 29 Zulkaedah sebelum matahari terbenam dan hilal ( anak bulan ) dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:
- Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang daripada 3°.
- Ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku).
Jika syarat- syarat ini dipenuhi . maka hari esok dikira sebagai 1 haribulan.
Hilal ialah bulan sabit terawal yang boleh dilihat selepas Ijtimak . Ijtimak adalah keadaan pemisahan antara fasa bulan lama dengan bulan baru
Sering kali juga berlaku perbezaan dalam menentukan tarikh hari raya di antara negara-negara Islam . Kejadian ini berlaku kerana wujudnya perbezaan terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan). Ia juga bergantung pada penentuan pihak berkuasa agama di negara masing-masing sama ada menggunakan kaedah rukyah sahaja, hisab sahaja atau rukyah dan hisab.
Sebenarnya apa yang saya berkongsi adalah betapa tarikh-tarikh utama seperti ini penting bagi saya dan keluarga. Ahli keluarga kami 5 orang tetapi berada di beberapa lokasi berbeza. Saya perlu tahu tarikh-tarikh utama untuk menyusun jadual perjumpaan keluarga.
Yang bekerja dan yang akan mohon cuti adalah suami tetapi saya yang akan menyusun jadual kerana perlu mencari kombinasi yang tepat supaya anak-anak semua dapat bercuti bersama.
# Negeri-negeri yang bercuti pada Awal Ramadan ialah Johor, Kedah & Melaka sahaja
Salam Kak Jie dan sekeluarga, selamat berpuasa ya 🙂
Malam ni pengumuman tarikh puasa. Saya rasa 10 julai ni puasa. Tak sabar nak menunaikan ibadat di bulan Ramadhan dan tak sabar nak mencari rezeki di bulan ramadhan ini hehe
menunggu bulan ramadhan yg mulia ini dgn penuh pengharapan & kegembiraan..
pengumuman puasa dahulu dan sekarang amat berbeza….sekarang hanya di hujung jari saja kita dah tahu beritanya…….
dulu satu kampung dok tunggu…. seronok sangat sebab berdebar
Bulan Ramadhan biasanya bersahur ringkas dengan Cornflakes atau Oat sahaja.
kami bulan puasa lagi jimat belanja.. tak pasti kenapa orang lain nak berbelanja makanana mewah2..macam dah lari tujuan asal
Bulan Ramadhan banyak mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak..
zaman dah berubah.. kita dok kenang je masa yg lepas 🙂
teringat masa kecik-kecik dulu..
dah tua, puasa bukan benda seronok2 mcm kecik2 dulu
pengertian dah berubah…fahaman pun dah berubah
semoga saja tanggal 8 juli nanti sudah terlihat hilalnya
kita sama-sama sambut 1 Ramadan
tinggal seminggu lagi nak masuk bulan ramadhan yg mulia nie..
masa sibuk utk urusan luar talian
dah makin hampir dah , semoga amalan puasa kita nanti diterima oleh-Nya…
amin.. sama-sama kita saling mendoakan
Best bila dengar pengumuman tarikh berpuasa dan tarikh hari raya.
thanks kak jie utk kelas astronomi…kalau kak jie jadi cikgu, senang nak faham..hehheee
perasan tak.. kak jie suka isi entri santai dgn selitkan info agak berat… itu cara utk memberi tahu kawan
best best dapat cuti 😀
Selangor tak cuti 🙂
rasa macam tak sabar nak berpuasa, penasihat agama yang mengumumkan puasa dan raya dah tak ada…orang lain yang umumkan..
jawatan kekal..orang yg tak kekal
asal pengumuman puasa atau raya, mesti nak betapa kat depan TV..
masa tu maklumat belum disebarkan melalui internet
Tak sabarnya nak puasa dah kan….
harap2 kita dpt lalui dgn sebaiknya
Ramadhan dah semakin tiba.
Harap-harap hutang Ramadhan dulu dah terbayar.
Moga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya…
Alhamdulillah…. masih Syawal hutang dibayar
sama-sama kita saling mendoakan
alhamdulillah…Puasa kali ini mungkin lebih banyak memberi cabaran. bersama-sama kita menghadapinya dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan. 🙂
Pengertian puasa juga berubah seiring bertambah usia…
wah, dah dekat ye nak puasa… adakah kita sudah bersedia…?
Insya Allah
insyaAllah… Alhamdulillah