Tilawah ertinya bacaan, sujud tilawah ertinya sujud bacaan.
Di dalam al Quran, ayat -ayat ini biasanya ditandakan dengan tanda yang berbentuk seakan-akan dorm masjid .
Ayat inilah disebut ayat sajdah dan sujudnya disebut sujud tilawah. Apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.
Sebenarnya saya nak bercerita pengalaman bersembahyang subuh dan imamnya melakukan sujud tilawah. Ini pengalaman pertama kali dan menjadi kejutan juga kepada saya.
Masa ke Langkawi melihat LIMA 2013 , kami bersolat subuh di masjid berhampiran jeti Kuala Kedah. Imam baca surah yang panjang dan terus terang saya tak tahu surah apa. Kemudian imam terus sujud dan bangun meneruskan bacaan surahnya.
Bagi orang yang pertama kali alami keadaan ini, agak terganggu sedikit kerana saya hampir melakukan rukuk sebelum tersedar dan terus sujud. Perbuatan imam melakukan sujud di dalam solat sebelum bangun menyambung bacaan surahnya adalah pengalaman kali pertama.
Saya tak tahu dan teringat pun mengenai Ayat Sajdah ni sehinggalah semalam bila mengaji dan terjumpa tanda ayat sajdah , terus teringat kejadian tersebut.
Kemudian barulah saya ingat balik hari tu adalah hari Jumaat.
Kalau berlaku kes seperti ini dan makmum tidak mengetahui imam telah melakukan sujud tilawah sehingga imam mengangkat kepalanya daripasa sujud, solat tidaklah batal. Ruang solat perempuan biasanya terlindung dan jauh sehingga kita tidak dapat melihat perbuatan imam.
Cara melakukan sujud tilawah di dalam sembahyang ialah disunatkan bertakbir tanpa mengangkat tangan.
Bila melakukan sujud tilawah, bacaannya adalah seperti ini.
Walaupun waktu kejadiaan tersebut berlaku ada tanda tanya di dalam hati, akhirnya saya sangat beryukur kerana peristiwa tersebut menyebabkan saya memahami keadaan dan cara melakukan sujud tilawah sekiranya membaca ayat sajdah di dalam sembahyang.
Moga pengalaman saya ini boleh dijadikan panduan kepada pembaca.
salam…saya ada mengikuti solat tarawih 20 rakaat dislh satu masjid…selps solat tarawih, imam ada melakukan solat 3 rakaat dimana rakat pertama setlh bacaan surah imam trus sujud selps tu rakaat ke 2 dan ke 3 br ada rukuk n sujud… solat apekah itu?? selps itu br imam lakukan solat witir 2 dan 1 rakaat…tk!
hmm,,saya juga alami hal yg sama dg anda waktu sholat subuh pagi ini…buat saya terkejut,tapi trakhir saya ingat tentang sujud sajadah…
Saya rasa boleh imam beri peringatan pada makmum-makmum yang beliau
akan melaksanakan sujud Sajadah dalam solatnya nanti supaya makmum tak terpingga-pingga.Tak salahkan?
Tak salah, rasanya iman dah beri peringatan atau makmum dah tahu ( penduduk tempatan ) sedangkan kami adalah pelancong… dalam mamai mamai memandu jauh…sampai depan masjid, dah masuk waktu.
Masjid sedang diubahsuai, bilik perempuan dan bilik wuduk perempuan juga sedang dibaik pulih… bagi orang luar yang tak biasa keadaan masjid, mesti ambil masa untuk mencari bilik berwuduk …bila dah siap..saf semua dah bersedia.
Bahagian perempuan cuma ada 2 orang penduduk tempatan…itu yang terkeliru..tak ingat hari tu hari Jumaat. Bagi makmum tempatan yang dah biasa, dia dah tahu.
Nak mahir cara solat ni,mana tahu satu hari nanti boleh jadi imam sujud sajadah.
terima kasih, makin bertambah ilmu agama setelah membaca postingan ini
Selalunya imam hanya akan baca surah sajdah utk sujud tilawah, dan bukan surah lain yg ada tempat sujud.
Penghafal surah tu akan sedar akan ada sujud, tp ramai yg tak hafal akan pelik. Moga Allah beri kita hidayah utk hafal dan amalkn tiap2 mlm.
Dikatakan Rasulullah takkan tidur sehingga beliau baca surah sajdah dan al mulk tiap mlm. Ikut pengalaman saya surah sajdah mudahkn utk kita bangun tahajjud.
Waktu sekolah dulu, hari jumaat waktu subuh memang kebiasaannya imam baca surah as-sajjadah… 🙂
saya baru mengetahuinya, terima kasih pencerahannya sangat berguna buat saya..
kat sekolah asrama dulu bila setiap jumaat mesti setiap imam disuruh baca surah assajadah.bila sampai sujud kengkadang terlupa terukuk dulu..sebab mamai pagi2..hehe
tak pernah lagi mengalami situasi begini, satu info yang menarik perlu untuk kita ketahui lagi dengan mendalam…
biasanya solat subuh kat masjid2 besar/negeri mmg imam akan baca surah sajadah tiap2 hari jumaat. kalau kat surau2 tu mmg jarang la nak jumpa.
dah tak ramai imam yg baca surah yg panjang2 ni. mungkin nak kejar masa.
kalau baca sirah Nabi s.a.w Nabi s.a.w ada baca ayat Al-Quran yg panjang di tepi Kaabah sambil diperhatikam oleh Orang kafir mekah. Sampai pada ayat yang ada ayat sajdah..Nabi s.a.w terus sujud tilawah diikuti oleh kesemua orang-orang di sekeling Nabi s.a.w termasuklah orang-orang kafir pun sujud sama.
Imam di Masjidil Haram dan Nabawi sekarang dah kurang lakukan sujud sajadah kerana 1. ramai jemaah yg tak tahu sujud sajadah
2. ramai imam yg fikir sujud sajadah di solat subuh jumaat wajib sehingga banyak masjid dan surau yg lakukan setiap minggu sedang Rasulullah buat berselang-selang bukan setiap minggu.
dulu saya pun terkejut juga masa pertama kali imam buat sujud sajdah..tapi ikut je la kan..bacaan apa yang nak kena baca pun tak tahu…
Saya teringat masa dalam umur 12 tahun,pernah sekali sholat subuh sajdah ni di masjid,ketika tu atuk ajak teman,masa tu memang konfius sgt,bila tanya arwah atuk,dia kata kamu beruntung sebab pagi ni imam ni buat sholat Subuh Sajdah.Emak ada kata seumur hidup mesti kena sekali buat sholat nih 🙂
masa sekolah dulu ustazah ada ajar kalau jumpa tanda-tanda macam nie.
Memang diajar masa sekolah dulu kalau jumpa tanda-tanda macam nie.
biasanya kalau mengaji Quran, kita nampak jelas tanda
masalah kadang² timbul kalau bacaan ayat sajdah ini di dalam solat
itu yang kak jie cuba berkongsi pengalaman
terbaik! moga pencerahan kak jie mampu memberi kita kebaikan dan menambah mutu solat..ameen
terima kasih kak jie
dulu masa kat asrama tiap2 minggu ada sujud sajdah. mula2 tu mmg tak tahu.
bila dah tahu dan ada sedikit sifat nakal, saya selalu masuk bersolat lambat sedikit. bila dah habis sujud sajdah baru la mula solat… Tapi la ni kalau ada kesempatan mmg akan cuba berjemaah di surau atau masjid.
beruntunglah….. kak jie ni dah tua² pun jarang ada kesempatan
apa lagi bila suami pun tak ada di rumah… byk yg agak terbatas
baru-baru nia ada baca kat majalah Iman x silap..baca pasal sujud sajdah..kebetulan malam tu mengaji and ada simbol kubah masjid tu..terus buat sujud sajad dengan suami. x hafal bacaan sujud sajadah tu..nasib suami hafal, dia baca kuat, saya ikut je..
Alhamdulillah…. kalau mengaji kita nampak tanda, kita tahu
ramai yang faham
pengalaman yg diceritakan adalah kali pertama surah yang ada ayat sajdah ini dibaca dalam solat. Surah ini biasanya surah yang panjang…. dan bagi kali pertama alami, rasa terkejut sebab terlupa bab sujud tilawah ni.
bayangkan tiba-tiba iman terus sujud tanpa melalui tertib solat ( rukuk ) dan bangun semula menyambung bacaan surah.
Salam Kak Jie,
Saya pun baru tahu kerana baru sahaja kisah ini diceritakan dalam tazkirah di surau malam tadi… Tak sangka ianya di kupas pula oleh Kak Jie. Namun surah ini teramat jarang dibaca ketika berjemaah krn ramai yang tidak mengetahuinya… takut timbul keraguan dan mengganggu makmum yg tidak mengetahui hingga membawa ketidak kusyukan malah boleh membawa kpd batalnya sembahyang.
Terima kasih kerana berkongsi dan memberitahu…
W’salam
Kalau dalam bacaan al Quran kita nampak tanda boleh terus buat sujud tilawah
tapi kalau dalam solat, memang jarang sangat dibuat
inilah pengalaman dan dikongsi untuk ingatan diri sendiri juga kawan-kawan yang lain