Selepas ke Pameran Raja Kita di Muzium Diraja Istana Negara, kami singgah ke Planetarium Negara. Dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 7hb Februari 1994 , tempat ini adalah tempat pendidikan dengan memberi kesedaran orang awam tentang bidang sains angkasa.
Planetarium Negara biasanya menjadi lokasi untuk melihat gerhana matahari atau bulan, melihat bujur bintang atau melihat anak bulan ketika menentukan awal Ramadan atau Syawal.
Antara kemudahan yang paling menarik minat di sini adalah Balai Cerap Planetarium Negara. Dari kedudukan ketinggian 112 meter dari aras laut, kita berpeluang melihat keindahan Bandaraya Kuala Lumpur dari udara.
Terdapat juga beberapa permainan interaktif dan galeri pameran yang juga mempamerkan pelbagai bahan teknologi angkasa termasuk replika kapal angkasa Soyuz.
Ruang letak kereta di sini luas dan percuma. Disekitar bangunan dikelilingi dengan kawasan rekreasi bertemakan angkasa.
Waktu Lawatan Planetarium Negara
- 9.30 pagi hingga 4.30 petang
- Selasa hingga Ahad termasuk pada cuti umum
- Ditutup setiap hari Isnin ,Hari Raya Puasa and Hari Raya Haji
Bayaran Masuk Planetarium Negara
- Percuma
Bayaran Masuk Pertunjukan di Teater Angkasa
- Dewasa (13 tahun dan ke atas) : RM 6.00
- Kanak-kanak (bawah 12 tahun) : RM4.00
Setiap hari ada 4 pertunjukan atau tayangan iaitu Earth, Moon & Sun, Solar Storm, Journey To The Stars dan Across the Universe: The Voyager Show di Teater Angkasa yang berbentuk kubah.
Nota : Tiada tayangan pada hari Jumaat
Cuti sekolah minggu depan, bolehlah merancang membawa anak-anak ke tempat menarik dan berfaedah di sekitar Kuala Lumpur atau lokasi yang sesuai . Semak lokasi tempat menarik untuk bercuti di sini – Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Malaysia.
Lokasi ke Planetarium Negara ( GPS Coordinate – 3.139434,101.689442 )
biaya masuknya cukup murah
nice share 🙂
mesti ramai orang masa cuti-cuti sekolah ni..
dekat je ni tapi tak pernah pergi. rugi betul,dulu kecik2 beriya nak gi sini. haha
Belum sampai lagi. Mungkin akan termasuk didalam senarai lokasi yang perlu dilawati oleh famili. 🙂
tak pernah pergi lagi Planetarium Negara…huhu
yang ni pun lama dah tak pergi..
kat rumah nih sorang je tak pernah pergi sini lagi, si bongsu. best pergi sini.
cuti2 sekolah best nie pergi planetarium…
ada public transport? mungkin dari stesen keretapi bole ambil teksi.. tapi dari sana tu, senang dapat teksi tak?
Teringin juga untuk ke sini satu hari nanti,dah set dalam list lokasi percutian akan datang
Dah bawak anak2 jalan hari tu,rasa macam nak bawak lagi 🙂
dulu antara tempat feberet ni tapi dah bertahun juga tak pergi.
Boleh ditanda untuk aktiviti travel bersama keluarga nanti..
asik dok tanda je…bila nk jengoknya
ni sehari lawatan je ni…jimat sbb free
hahaha…boleh bawa bekal sbb sekitar kawasan ni ada taman boleh berkelah
Haa..haa..tanda dulu..pegi tu lain cerita..kena ikut susunan dan perancangan.. 😀
rugi kalau tak pi melawat tempat mcm ni..
ada anak2 umur 9 tahun keatas sesuai sgt..dia mula faham ttg persekitaran
dan kita boleh kaitkan dgn kehidupan
menarik! nak kena pegi nih!!
masukkan dalam list…kadang2 tu bila free
dok terfikir2 gak manalah nak pergi….kadang2 lupa
Ternyata,banyak sejarah dan Ilmu yang boleh di dapati di Malaysia ini