Hari ini saya melawat Pameran Raja Kita di Istana Negara lagi. Ini adalah kunjungan kali ketiga ke Istana Negara, tetapi kali ke dua memasuki kawasan istana. Kali pertama, hanya berpeluang bergambar dan melihat para pengawal istana melakukan rutin tukar giliran bertugas di luar pagar istana. Kali kedua sewaktu Istana Negara ini buat pertama kalinya dibuka untuk lawatan umum pada 29/4/2012 .
Entri lawatan terdahulu.
Lawatan kali ini selepas Istana Negara lama ini dengan secara rasminya menjadi Muzium Diraja mulai 1 Februari 2013. Ini adalah lawatan Muzium Diraja ke dua selepas melawat Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang akhir Disember 2012 dulu.
Lawatan pertama dulu, hanya Balairong Seri Istana Negara yang dibuka untuk pameran kepada umum . Pada buku catatan pelawat, kami menulis komen supaya ruang lain di dalam istana ini dibuka untuk lawatan.
lawatan pada 29/4/2012, Angah tulis mohon buka ruang lain untuk dilawati
Akhirnya, pada 1hb Februari 2013 , Istana Negara yang dijadikan Muzium Diraja telah membuka Bilik Beradu Yang di-Pertuan Agong , Bilik Beradu Kerabat Diraja, Bilik Santapan, Bilik Permaisuri , Bilik Menteri , Bilik Duta malah Bilik Mandi Permaisuri pun dah boleh dilihat.
Semua ruang peribadi ini tidak dibenarkan mengambil gambar. Kalau diikutkan, mudah saja nak ambil gambar dari telefon tetapi saya tak akan berkongsi di sini. Kalau nak tengok, silalah melawat Muzium Diraja Istana Negara.
Tengok bilik mandi bermarble, langsir , perabut yang cantik dan ukiran tersendiri.
Saya tak ambil banyak gambar kali ini.
Bayaran Masuk ke Muzium Diraja Istana Negara
- Dewasa RM 5.00
- Kanak-kanak / Pelajar Sekolah Menengah Beruniform RM 2.00
- Pelajar Sekolah Menengah Tidak Beruniform RM 3.00
- Warga Emas & OKU RM 3.00
Waktu Lawatan
- Setiap hari – 9.00 pagi hingga 5:00 petang
Intan bersama kawan sekelas Shira dan Ayu. Pergi berdua tak seronok, saya ajak kawan-kawan Intan yang juga anak jiran-jiran taman perumahan kami. Macam cikgu bawa anak murid pergi rombongan…
Macam cikgu bawa murid pergi rombongan tak?
Kalau nak cari idea dan informasi tempat bercuti , baca entri saya di Tempat Menarik Dilawati
Owh saya tak tau dah boleh melawat Istana Negara lama. InsyaAllah bolehlah aturkan untuk bawa anak-anak lepas ni.
Saya pernah pergi Memorial Tun Razak few months back. Memang exciting sebab saya minat sejarah. Anak-anak mungkin tak tahu appreciate.
Artistik sekali bangunannnya terutama Singgahsana-nya khas melayu banget 🙂
memang cantik istana negara yg lama nie..
ade masa nk g tgok lar nnti..
Seronoknya bergambar ni istana ni..hehe..tengok kak jie ceria aje..hehe
aderkk.. dah hampir berbelas tahun tinggal di KL, masih tak sampai2 ke kawasan ini.. hehehe
menarik ni, lain kali nak pergi la, bawak anak-anak.. nak ajak cik abang pergi ni..
yelah kak jie..macam cikgu sekolah..hehe.. seronoknya dapat melawat-lawat ni..
cikgu sejarah kena buat rombongan ni..asyik2 kalau rombongan sekolah pegi zoo je..hehehe
Masuk senarai tmpt menarik utk kami sekeluarga singgah nnti..
terima kasih kak jie berkongsi.
p.s.gmbr tu buatkan sayepun rase nak terbalik ke kiri…hehhe
cam menarik tu.. tapi tak rajin plak nak jalan2 lepas kereta rosak ni
haha , banyak info .. :3 .. Ibu mengandung seksi ? haha
wah..teringinnya nk pergi..mesti best..
Ada peluang..pergilah.
sebelum nie dah pernah pergi…
Tapi kali kak jie kata dah buka yang lain, tak tahu plak bila nak pergi…
Tapi kali nie, tak ramai sangat macam dulu, sebab dulu kata ada timing sampai bila saja…
so kali nie, org tak kelam kabut sangat nak p tengok…
memang tak ramai orang… sebab istana dah jadi muzium diraja, bila² boleh pergi
dulu ada tarikh tutup, cepat² pergi takut tak berpeluang
Baguslah, bila tebuka kepada semua rakyat barulah dapat pendedahan.
hoho..rajin benar berjalan-jalan ye..
makcik tak minat pi mall pi tempat habiskan duit
pi tempat aman damai , tempat cantik..hehehe
Saya pun sama, kita berjalan sebab nak cari ketenangan.
kalau bawa budak budak kecil itu yang memeriahkan.. dulu pernah pergi d Johor. mcam berhantu pun ada.. he he
rasa seram ke apa benda tu sebab kalau dlm bangunan ada arca ada patung ada figura … tapi dlm istana negara tak ada…cuma perabut dan lukisan hiasan dinding, tak ada perhiasan dalam bentuk
saya masih bimbang untuk bawa anak kecil saya ke tempat seperti ini. insyaAllah bila besar nanti saya bawa.
itu la, dulu takut dengan patung tu..
in shaa Allah ada masa akan ke Muzium Diraja..
pernah pergi muzium shah alam? banyak hantu wooo…
Kalau lalu didepan Istana lama pasti lihat kawasan tempat letak kereta istana sesak dengan pelancong tempatan dan luar negara. Tahun lepas pergi banyak barang tak ada kerana digunakan ketika sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.
kali ni orang tak ramai tak macam kali pertama dulu.. setiap sabtu dan ahad ada persembahan silat, pancaragam
saya tak sempat lagi nak singgah ke sana… huhuhu
pergilah, tengok sendiri
pijak sendiri bestnya karpet dlm tu
pegang dan tengok kekemasan hiasan kerta dinding
tengok pelbagai jenis bentuk hiasan langsir…comel² je sebab kita tak nampak kat tempat yang biasa…
Yeah ! .. 1st Comment .. Untung la ~ *Sub *sub :”D . Mana gambaq si penulis ? :3 intan and the geng je . 😛
orang pegang kamera tak masuk dlm gambaq
lagi pun dah tua-tua ni…. tak photogedik sangat hikhik
Dah tua-2 la cantik … ikut sains .. perempuan lebih cantik di sekitar 40 – atas .. *Jangan Percaya Bulat-2 :3
aizat ni kena baca entri ni –
kenapa lelaki bujang suka dot dot dot
Lelaki juga mahukan sokongan
photogedik? ingat kak jie salah tulis…hehe