Cuti sekolah…. nampaknya cuti sekolah saya tahun ini paling meriah. Sebelum cuti lagi saya dah berfoye-foye dengan keluarga ke utara. Pertengahan November saya ke Kedah lagi sampai 5 hari. Sepanjang masa tersebut, saya on and off ke sana sini, bercuti singkat. Cuti singkat maksudnya keluar pagi balik petang.
Seperti percutian singkat ke Taman Orkid Kuala Lumpur minggu lepas, saya juga merancang ke Seremban menggunakan perkhidmatan Komuter KTM.
Saya pernah menaiki komuter laluan Batu Caves – Klang ( kes tersilap komuter sebenarnya, sesat ) , pernah menggunakan perkhidmatan laluan komuter Tanjong Malim – Rawang tetapi laluan komuter Rawang – Seremban hanya pernah sampai ke Batang Benar. Teringin untuk ke Seremban tanpa memandu.
Akhirnya semalam kami , saya, Intan dan Wani ( anak saudara ) ke Seremban. Seminggu sebelum tu, saya dah buat temujanji dengan Kak Long, sebagai pemandu pelancong kami.
Perjalanan pagi Selasa tepat jam 10: 22 pagi akhirnya selamat tiba di Stesen Komuter Seremban pada jam 12: 28 . Dua jam juga kami mengembara. Bermula di Rawang, stesen seterusnyanya Kuang – Sungai Buloh – Kepong Sentral – Kepong – Segambut – Putra – Bank Negara – Kuala Lumpur – Kl Sentral – Midvalley – Seputeh – Salak Selatan – Bandar Tasik Felatan – Serdang – Kajang – UKM – Bangi – Batang Benar – Nilai – Labu – Toroi – Seremban. Perjalanan tren komuter diteruskan sehingga ke Senawang dan Sungai Gadut.
Apa yang menarik?
Saya baru tahu nama satu tempat iaitu Tiroi. Menarik , kan? Comel macam nama kucing jiran saya.
Siapa sangka akan tempuh pengalaman tersipu-sipu seperti ini. Nasib baik dia duduk di sebelah Wani bukan betul² di sebelah Intan. Inilah cara berkomunikasi di dalam tren komuter. Berkongsi text takut terkantoi, orang dengar.
Tunggu 5 minit di Stesen Komuter Seremban, Kak Long pun sampai ditemani anak bongsunya Aiman. Kak Long memandu membawa kami bersiar-siar di sekitar bandar Seremban. Kemudian kami dibawa ke kawasan pejabat -pejabat kerajaan negeri berdekatan Taman Tasik Seremban.
Antara bangunan utama di sini adalah Wisma Negeri, Wisma Persekutuan Seremban
Cantikkan bangunan ini yang dulunya Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Seremban. Dihadapannya terdapat satu tugu peringatan yang ditulis : Kepada Perwira² Kita Yang Telah Gugor 1914 – 1918 , 1939 – 1945, 1948 -1960.
Selepas tu Kak Long bawa kita menjamu selera masakan Negeri Sembilan di Restoran Nelayan Seafood di Rahang Square dekat Wisma PBNS . Berapa banyak wisma dah kami jumpa di Seremban ni.
Katanya ini adalah restoran popular yang terkenal dengan masakan negeri sembilan sejati.
Ada berpuluh-puluh jenis masak lemak cili api Negeri Sembilan di sini, antaranya udang , ikan sembilang, ayam kampung, daging salai, daging rusa , cendawan kukur, siput sedut , ketam dan…. saya dah lupa berjenis-jenisnya. Banyak sangat.
Yang bestnya, di setiap menu ada harga mengikut sukatan senduk. Kita boleh nampak makanan yang kita ambil dan tahu harganya serba sedikit.
Ini yang saya suka , masak lemak cili api daging salai. Pertama kali juga saya makan masak lemak cili api landak. Rasa landak………… emmm… macam daging . Saya tak tau nak cerita rasanya secara tepat.
Selepas makan, Kak Long bawa kami ke Port Dickson macam boss besar. Pelancong VIP semua duduk di belakang…. layan movie yang dipilih Aiman.
Kami luangkan masa ke Muzium Tentera Darat, Port Dickson. Saya akan buat entri khas nanti ye kerana ada banyak benda menarik yang nak diceritakan.
Nampak barisan perajurit yang sedang mengadakan raptai perbarisan tamat latihan. Dilarang mengambil gambar, jadi saya kongsi sikit saja. Pertama kali nampak begitu ramai askar sedang berbaris dan berkawad dengan penuh disiplin. Kagum! Bunyi derap kasut yang berirama senada membangkit semangat perajurit.
Selepas solat, kami di pekan Port Dickson. Pekan Port Dickson yang tak ramai orang pernah singgah. Biasanya pelancong melalui jalan terus melepasi bandar Port Dickson ke kawasan perkelahan pantai di Teluk Kemang.
Cuaca petang sekejap panas, sekejap gerimis. Intan dan Wani tak habis-habis berpossing.
Sebelum hujan turun selebar-lebatnya, kami minum petang. Kopi, roti bakar dan anak-anak dengan ice cream wafer , mushroom soup dengan garlic bread. Menu romantik kala hujan!
Kami singgah ke rumah Kak Long di Bandar Springhill untuk mandi dan solat Maghrib. Saya minta maaf kerana tidak dapat menerima pelawaan bermalam di rumah Kak Long. Cukuplah keizinan suami hanya bercuti satu hari. Kalau ada masa, ada kesempatan, InsyaAllah kita merancang untuk bercuti bersama lagi.
Selepas makan malam, Kak Long hantar kami ke Stesen Komuter Seremban. Tak perlu tunggu lama, tren ke Rawang pun sampai.
Koc baru komuter KTM ada plug untuk cas bateri telefon. Tapi hati-hatilah…. kalau terlupa memang selamat tinggal romeolah jawapnya.
Kak Long, terimakasih atas layanan istimewa dan sudi luangkan masa seharian bersama kami, juga bekal Durian Crepes tu.
Bepergian ke tempat2 tertentu memang tak akan pernah lengkap bila tidak menikmati hidangan khas dan menarik di tempat itu..
daging salai. ohh..susah nak lupakan. masa belaja matrikulasi pilah..memang selalu makan masa outing..
pernah turun seremban naik komuter masa dating2 dulu…tapi tak turun la, dok je dalam tren…hehe
Selamat bersenang2 nie sama keluarga..
tak pernah lagi naik komuter dr senawang ke sg gadut, selalu terus ke seremban je.
dulu pernah bawa anak sulung naik komuter pergi ke pelabuhan klang. singgah sekejap melihat kapal kemudian pergi ke tandas sebentar.
kemudian beli tiket balik.
selesai aktiviti jalan2
Menariknye! Paling best 2 perkara ni;
1. daging salai =)
2. Muzium tentera darat…
Terima kasih kak jie berkongsi…lehla terjah2 nanti..hehe
p.s-dah rasa macam baca jurnal travel…best!
seronok dapat bercuti… baru tahu kat negara kita ni banyak tempat menarik kan… 😉
amboi kak jie, jadi vip sekejap gituh..hehe..
salam kujie..dah lama x jenguk blog ni. wow! jln2 cari mkn di NS ye? teringat masak lemak cili api yg disediakan di asrama sek dulu..pedas tp sedap!
tak pernah poie laie ni Pokan ..hehe
nak tergelak tengok cara komunikasi tu..haha…tak update FB kan? hihi
Dulu PM masa sekolah selalu gak study kat perpustakaan seremban tuh..;-)
Naik koc komuter yang baru nie memang lebih selesa walaupun kat skrin tv tu asyik pasang kartun TOM N JERRY je… 🙂
Orang sebelah kakjie baju tak sama warna juga ke?
adoi ..serius ..ai jeles tengok kakjie ni pergi jumpa kaklong waaa..
Cara penulisan Kak Jie buat kite rasa macam turut sama dalam trip ni. Simple tapi dalam.
Especially tang daging salai tu, kecur ayaq liuq sat. Haha.
wife saya selalu bawa g seremban, g umah makciknya…tak pernah pula bawa tempat camni…tak tau kot…tengok kak jie bercuti sakan kat seremban ni, tak tau lak tempat ni best….nak pergi la huhu….
Terima kasih sudi melawat bandar kami. 🙂
Sungguh terkilan sebab tak dapat melawat banyak tempat.
memang meriah cuti2 kak jie ni..
dulu selalu pergi seremban..
Dulu kalau balik Melaka selalu naik komuter sampai ke Seremban. Bermula dengan LRT dari stesen Jelatek. Sampai Seremban naik bas sambung sampai ke Melaka. 🙂
bestnya ada kenalan di setiap destinasi, dapat meluaskan silaturrahim dan menambah pengalaman hidup.
bestnye bercuti…
saya ni sibuk kerja jer…
Bagus cuti-cuti Malaysia naik kenderaan awam. Ia belum lagi jadi budaya. Untuk elak kesesakkan jalan raya yang saban minggu berlaku.