Edit: Entri percutian di Langkawi
- LIMA 2013 – Sewa Bot Mengelilingi Pulau Di Langkawi [klik]
- LIMA 2013 – The Smokey Bandits Dan Blogger [klik]
Kuala Perlis, biasanya menjadi destinasi untuk ke Langkawi selain dari Kuala Kedah. Perjalanan feri melalui Kuala Perlis lebih dekat berbanding Kuala Kedah. Kalau dari Kuala Perlis ke Langkawi lebih kurang 1 jam 15 minit, kalau feri dari Kuala Kedah ke Langkawi, perjalanannya lebih kurang 1 jam 45 minit.
Hari kami sampai ( 2/11/2012 ) berbondong² bas rombongan dengan cop rasmi jabatan kerajaan atau kementerian yang parking. Hujung tahun biasanya, masa untuk habiskan bajet tahunan berseminar, bermeeting di pulau indah. Ops! ini pengakuan saudara terdekat.
Kami tak bercadang untuk ke Langkawi , cuma sekadar untuk bermalam dan makan ikan bakar di Kuala Perlis sebelum meneruskan percutian di Perlis dengan melawat Gua Kelam. Banyak gerai dan banyak pilihan untuk menikmati makan malam ikan bakar. Sangat berpuas hati. Cuma terkilan kerana kedai laksa beras kuala perlis yang popular itu tutup.
Cara mudah untuk sampai ke Kuala Perlis sebelum meneruskan perjalanan dengan feri ke Langkawi adalah dengan bas atau keretapi. Ada bas Transnasional bertolak dari Hentian Puduraya pada jam 11.00 malam dan tiba jam 4.45 pagi di Kuala Perlis. Bas Plusliner pun menyediakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis pada jam 10.30 pagi dan tiba pada jam 6.00 petang.
Tambang bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis – RM 42.80 ( baru baru booking online untuk adik yang akan bertolak malam esok )
Saya suka menaiki keretapi – Pernah alami kenangan ke Langkawi dengan keretapi untuk menghadiri LIMA 2011 yang terkandas 4 jam ( baca entri di sini )
Keretapi Senandung Langkawi bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 9.30 malam dan tiba di Arau ( stesen terdekat untuk ke Langkawi ) lebih kurang jam 8.00 pagi. Dari Arau ambil teksi untuk ke Kuala Perlis. Tak jauh, lebih kurang 15- 20 minit perjalanan ( 17 kilometer ). Sampai di Kuala Perlis, beratur beli tiket feri. Kalau dari Arau, keretapi bertolak pada jam 7 malam dan tiba di KL Sentral jam 5.30 pagi.
Tiket feri ke Langkawi tak perlu dibooking, kecuali untuk rombongan. Bila sampai di jeti, beraturlah di kaunter tiket. Tetapi tiket feri dari Langkawi untuk kembali ke Kuala Perlis atau Kuala Kedah boleh dibooking apabila sampai di Langkawi. Harga tiket feri ke Langkawi ialah RM 18 sehala ( kanak-kanak RM 13 ). Tiket feri dari Kuala Kedah ke Langkawi – RM 23 ( kanak-kanak RM 17 )
Waktu feri beroperasi dari jam 7 pagi hingga jam 7 malam. Saya pernah booking feri terakhir tetapi tertunda hingga ke jam 8 malam. Risau sepanjang perjalanan kerana tiket bas untuk ke Kuala Lumpur jam 10 malam dari Alor Setar. Sampai saja di jeti, terus dapatkan teksi dan alhamdulillah, bas yang akan bertolak ke Kuala Lumpur juga tertunda lewat 1 jam.
Adik saya ada ipar yang bekerja disana dan berkahwin dengan orang Langkawi, jadi saya tak ada masalah untuk mencari tempat tinggal dan pengangkutan. Tahun lepas kami tinggal di rumah dia dan menggunakan VIOS bebas cukai Langkawi… Sediakan bajet untuk beli Daim je lah… hiks! Anak saudara saya pun ada di MRSM Langkawi.
Saya nk tnya berapa harga tambang teksi or bus dr k.perlis tu nk ke jeti kuala perlis brpa??
jalan kaki saja..dekat je kalau dari stesen bas
Berapa eh harga tiket kerta api dri kl sentral to arau?
Mahal juga ek tambang feri tu…
Pastiny menjadi sebuh perjalanan yang sangat menyenangkan dan luar biasa
trims sharingny
pengalaman yang berguna..lain kali datang langkawi bleh singgah homestay & chalet kami..
rindunyee nk ke lgkawi lg… last pegi masa honeymoon 😉
dan masa tu ada pak sedara di sana… so p’inapan dan transport percuma…. weee..
Kalau ke Langkawi kena bawa duit lebih. Banyak barang boleh diborong. 🙂
naik keretapi memang seronok… pernah sekali -dua menaiki keretapi dari butterwoth ke KL… naik kematu dah duduk.. lama sangat..
terfikir nak bawak isteri dan anak2 ke langkawi meyaksikan LIMA tahun depan. tapi kena tgk budget juga.
betul-betul.. sebab kalau pergi masa ada events besar macam tu, orang ramai dan perlu booking tempat penginapan/ pengangkutan lebih awal.
wahh seronoknya makan ikan bkar..mesti sedap tu..hahaha..memang doh,..akhir tahun memang masa untuk joli..apa boleh buat…aturannya dah mcm tu..haha
dah lama benar tak pergi langkawi nih..
kecik2 dulu je sampai ke sana…dah besar ni belum sampai lagi…ntah bila la blh pergi kesana lagi…hmmmm
Dah lama sangat tak jejak PERLIS apakan lagi LANGKAWI … nak cakap pun malu. Azam nak kembara ke LANGKAWI suatu hari nanti.
bestnye jalan langkawi…kalau nak dikira..mak..makcik..pakcik.. mereka dah sampai langkawi.. saya je belum..siapalah yang sudi bawa saya pi jalan2 langkawi ye?! 🙂
teringin nak bawak anak isteri bercuti ke pulau langkawi..tapi isteri pulak takut nak naik feri tu..hehehe
seronok berjalan ke kuala perlis…lagi-lagi singgah masjid terapung yang unik dan cantik….:-)
wah, kak jie g langkawi tak ajak pun. hehe
baru jer cikgu g langkawi minggu lepas…orang nyer, masyaAllah…ramaiiiiiiiii…haha…dari pukul 7 pagi beratur nak beli tiket, sampai depan kaunter dah pukul 9…2 jam beratur.. 🙂
Dah lama tak pergi langkawi, kali terakhir semasa saya kecil lagi… Teringin juga nak pergi, tapi memandangkan hanya boleh pergi waktu cuti sekolah, masih menanti masa yang sesuai…
boleh pakat pergi ramai2..banyak tempat menarik..hehe…
seronoknya berjalan, mesti seronok lihat kerenah orang
karenah pelancong asing paling best..hihihi.. 😉
Wah, bestnya berjalan-jalan di Malaysia. Nice entri kak. Suka baca pengalaman orang berjalan-jalan makan angin ni. Walaupun kita tidak pernah ke sana, tapi dapat rasa suasana.
sekarang pun masih banyak bas2 parking di tepi2 jalan dekat jeti tu, kereta pun. macam pesta la pulak. rasanya lepas cuti sekolah habis baru pergi ke langkawi, baru seronok sikit, orang tak ramai :p
yang benar – penduduk kuala perlis 😀