Abul Hassan Assyadzily ra. berkata ” Alqabdhu wal basthu ( risau hati dan riang hati ) selalu silih berganti”
Sebab qabdh ( risau hati ) kerana salah satu dari tiga.
- Kerana dosa
- Kehilangan dunia
- Dihina orang
Maka adab kita sebagai seorang hamba, jika merasa berdosa harus segera bertaubat. Jika kehilangan dunia, rela menyerah kepada hukum Allah dan bila dihina orang, banyakkan bersabar.
InsyaAllah, jika kita tenang menyerah, masa gelap ( risau hati ) akan berganti terang.
Manakala masa suka ( riang hati ) juga boleh disebabkan salah satu dari tiga perkara:
- Kerana bertambahnya ilmu dan ibadat
- Kerana bertambahnya kekayaan dan kehormatan
- Kerana pujian dan sanjungan orang
Maka adab kita sebagai seorang hamba, jika merasa bertambah taat ibadatnya dan ilmunya haruslah merasa bahawa itu semua kurniaan Allah dan berhati-hati jangan sampai merasa itu dari kerajinan dirinya sendiri. Jika mendapat kelebihan dan kesenangan dunia, anggaplah itu kurniaan Allah dan jangan sampai melalaikan.
Jika kegembiraan itu kerana pujian dan sanjungan orang, bersyukurlah kepada Allah yang telah menutupi kejahatan yang ada sehingga orang hanya mengenali kebaikan semata-mata.
Sumber bacaan : Al-Hikam
Ya Allah… kat mana lah kedudukan kita ni. Terasa hati dengan teguran orang walau orang tu tak mention pun diri kita dah melenting tak dapat kawal diri. Rasa diri betul dan bagus saja. Bersesak- sesak dalam tren komuter dah berjela-jela tweet lepaskan marah. Hujan gerimis dan siaran Astro ‘currently not available’ pun dah maki hamun sebab kita anggap kita dah bayar perkhidmatan sampai lupa yang sebenarnya Allah dok bagi peringatan secara paling lembut supaya kita sedar dan tidak leka. Kita tak nampak pun…. Ya Allah…. yang kita nampak rugi sebab terlepas babak penting drama Korea.
Ini baru seringan-ringan ujian. Saya bukan nak kata orang lain,semua perkara ini memang ada pada diri sendiri , batang hidung sendiri.
Bab mendapat kelebihan kesenangan dunia pun sering juga melalaikan. Kerana senang , kita selalu berbelanja membeli sesuatu kerana ‘ada duit’ bukan sebab barang tu perlu. Dah beli satu hal, nak canang seluruh alam nak bagitau orang pun satu hal. Berkias gigih menyusun ayat supaya orang nampak walaupun berusaha tidak terlalu ketara.
Orang puji blog kencang, trafik pecah panggung, earning ribu ribu lemon terus kita leka. Terbuai dengan pujian , tanpa sedar makin galak mencanang dengan bersebabkan ‘sharing is caring’. Garis bersederhana yang dianjur Rasulullah s.a.w tu makin nipis kita langgar. Perkongsian untuk memberi manafaat kepada orang lain itu lama-lama menjadi jurang besar sehingga melebihi keperluan berkongsi. Godaan orang yang nak buat baik lebih tercabar sebenarnya. Makin kita rasa kita buat baik, makin kita terpesong dengan kemegahan kebaikan tersebut.
Pujian juga ujian… ujian hati mengelak ujub dan bangga diri. Tak ada anak selepas perkahwinan bertahun-tahun itu ujian, ada anak juga ujian.
Takutnya Ya Allah… takut perkongsian entri- entri saya menjurus kepada untuk mempamerkan kehebatan, kesenangan dan kelebihan. Sedaya upaya saya cuma berkongsi secara umum sebagai panduan dan berkongsian maklumat. Sebagai manusia lemah, sudah tentu saya tidak terlepas dari sifat berlebihan dalam kedukaan dan kegembiraan.
Awal pagi tadi selepas membaca satu bab dalam Al-Hikam, termenung sendiri .. cuba muhasabah diri apa yang terlepas , apa yang terlanjur. Takutnya kalau niat untuk mendapat pahala menjadi bala tanpa disedari. Rasa itu membuak-buak dalam diri.
sent from my GT-i9300
Ya rahmat yang diberikan pad kita selagi hidup, nikmati dan syukuri…
Baru-baru ni ada tengok kat youtube tentang Al-hikam, kalau tak silap selepas tengok cerita taubat nasuha seorang samseng ka selepas tengok video taubat dari ustaz Asri. Dari komen video tu ada kata tentang al-hikam tapi tak sempat nak tengok lagi. huhu.
semoga dalam hidup ini kita bisa mencapai ketenangan hidup..
susah nak capai hati tenang kadang2.
duka itu pasti terlintas walaupun dalam suka..
Suka adalah ujian…apatahlagi duka.. semua Ujian daripada Allah
saya hanyut baca artikel nih. banyak khilaf dalam diri. rahmat pun dugaan juga, kena sentiasa jaga hati dan iman. thanks kongsi kak.
sebak bc n3 ni…sebab sebahagian isi terkenan tepat ke diri sndiri……
terima kasih kakjee share N3 superb ni……
Alhamdulillah , saya dah merasa…. Dugaan daruNya Terima kasih kerana berkongsi info ini.
Subhanallah, cukup menyentuh hati. kadang kita bila berduka, baru ingat Allah, baru ingat nak bersyukur dgn nikmat2 sebelum ni. Bila gembira, langsung lupa Allah. Langsung lupa segalanya. terima kasih atas perkongsian 🙂
kaya dan bahagia dengan SYUKUR
nikmat bertambah, rezeki melimpah, hidup penuh berkah
datang sini dr blog DH..
memang patut pun DH memuji..
entri yang berkualiti penuh dengan panduan dan peringatan…
Tq kak jie untuk artikel ni. memang datang mase saat saye memerlukan dan memang kena batang hidung sendiri sesetengah isi nya. Semoga diampuni dosa-dosa saya selama ni dan semoga Allah permudahkan urusan saya minggu kritikal ni dan urusan kak jie & semua-semua orang (^_^)
Terima kasih diatas perkongsian yang wajib diyakini oleh setiap Muslim
Kitab Al Hikam Ibn Athaillah ye? Dulu pernah belajar sikit.
Kitab yang baik utk hati, setiap peringatan dengan bahasa paling lembut.
Moga kita diampunkan dan sentiasa diberi peringatan.
nasihat yang amat berguna…thanks kak
Assalam..
Terima kasih atas ingatan dan nasihat di atas..
kita biasa mampu menangani cabaran dan kesabaran, tetapi cepat kalah bila berdepan dengan kesenangan dan perkara yang melibatkan rasa syukur. ramai yg mengeluh tetapi kurang yg bersyukur
Ramai yang hanyut kerana nikmat Allah dan ingat Allah apabila terkena musibah. Itulah hakikat manusia yang sering lupa kepadaNya.
emm biasa la tu kan..susah kalau mereka tu jenis ego lebih..memang sukar nak terima nasihat org..emm sama-sama muhasabah diri..semoga menuju jalan yang benar…
🙂
suka baca nasihat dan ingatan akak.. santai..tapi masuk dalam otak dayah nih ..
huh..ambil gambar apa ituuu..
kesenangan dan kejayaan sbnrnya juga adalah ujian daripada Allah dlm menguji iman hambaNya.
Bila didalam kesusahan baru hendak ingat kepadaNya ada yang pula menyalahkan takdir. Harap saya bukan golongan tersebut.
Pst..cantik gambar bendang. Siapa pula ambil snap shot tahap yang dahsyat tuh? 🙂
peringatan buat yang sering lupa..
memang berat ujian bila nak ke arah kebaikan ni..
bersyukur saat diuji…Tqvm kak sebab berkongsi..
patutlah orang-orang dulu selalu berpesan “buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali…” tqvm…
alhamdulillah..artikel yg sgt memberi ilmu..sesungguhnya setiap dugaan atau ujian yg Allah berikan pada hambaNya ada hikmah.
gambar pertama itu mesti dekat gunung keriang kedah kan kak jie hehe…
Tempoh hari ada membaca berkaitan dengan pujian ini, bagaimana cara untuk memberi pujian dan menerima pujian, semoga kita semua terlindung dari sifat-sifat yang tidak baik.
terima kasih atas perkongsian yang baik ini.
Kekadang kita lupa nak bersyukur setiap saat ALLAH bagi berbagai kemudahan .. nafas yg keluar masuk … walaupun kita selalu lupa nak bersyukur tapi bila diuji sikit terus maki hamun … siapa yg kita maki tu tak lain ALLAH yg menguji kita melalui manusia, alam, gadget dan sebagainya … Ya ALLAH ampuni lah aku yg banyak dosa ini.