Day #1- Gua Tempurung
Percutian

Day #1- Gua Tempurung

Saya merancang untuk bercuti sepanjang laluan untuk menghantar Angah balik ke kolej di Kuala Nerang. Dia perlu balik pada hari Sabtu jadi kami ada 2 hari untuk bercuti sambil bergerak ke utara. Kami tak menetapkan tempat untuk bermalam. Di mana rasa sesuai dan semua ahli keluarga bersetuju, kami akan bermalam. Awal pagi tadi kami berlima dah keluar dari rumah. Memasuki lebuhraya PLUS di Tanjong Malim.

image

Ternampak ‘peminat’ di tepi lebuhraya bersiap sedia untuk mengambil gambar. Sempat buat ‘peace’ tapi flash tak menyala pula….hiks!

image

Lokasi pertama, ke Gua Tempurung, Gopeng, Perak.

image

Melalui Lebuhraya PLUS , keluar di Plaza Tol Gopeng. Ambil kiri arah ke Kampar dalam 5 KM akan jumpa simpang ke Gua Tempurung. Jarak dari jalan utama hanya kira-kira 2KM.

Ada 4 pakej yang ditawarkan untuk pelancong.

  1. Golden Flowstone – Tiket berharga RM 6 dan mengambil masa lebih kurang 40minit.
  2. Top Of The World – Tiket berharga RM 9 seorang dan mengambil masa 1 jam 45 minit.
  3. Top Of The World & Short River Adventure – Tiket berharga RM 11 dengan masa 2 jam 30 minit.
  4.  Grand Tour – Tiket berharga RM 22 dengan masa perjalanan 3 jam 30 minit.

Pakej 1 & 2 adalah laluan kering dan pakej 3 & 4 adalah laluan basah.

 

Waktu lawatan di Gua Tempurung mengikut jenis.

  • Golden Flowstone bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang
  • Top Of The World bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang
  • Top Of The World & Short River Adventure bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari
  • Grand Tour bermula dari jam 9 pagi hingga 11 pagi

 

Entri dan gambar Gua Tempurung yang lengkap di sini – Stalaktit dan Stalagmit di Gua Tempurung

image

Keluar dari gua, kami menjamu durian Perak. Durian awal gugur. Bercadang nak ke Taman Herba Negeri Perak tetapi hujan lebat membasahi bumi Perak.

Saya sedang menaip entri ini sementara suami memandu memasuki bandar Ipoh…. destinasi seterusnya belum diketahui….

image

Memasuki Bandaraya Ipoh ternampak taman dan wakaf. Saya tak tau nama taman tersebut tetapi berdekatan Sjkc Perak.

Kami berhenti untuk makan tengahari. Saya memang biasa bawa bekal mangkuk tingkat apabila keluar dari rumah.

sent from my GT-i9300

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Day #1- Gua Tempurung

  1. Di Indonesia juga terdapat banyak wisata gua namun saya belum pernah sekalipun kesana, sepertinya sebuah wisata yang sangat menarik dan bisa memacu adrenalin kita

    1. kami ambil pakej no 2 – rm 9 seorang dan masuk 1 jam 45 minit
      tak boleh ambil pakej basah sebab nak ke tempat lain lagi… hihi

  2. nampak macam people park je tu..dulu ada jugak bawak anak gi main air kat situ tapi sekarang ni dah tak boleh pulak anak anak nak terjun kat kolam situ..

  3. Ni orang perak dtg komen , sebenarnya org perak ni tak pernah sampai gua tempurung lagi ..

    perak memang selalu hujan , dan makanan tak mahal sangat boleh lah .. hihihh

  4. Eh! Ngape tak masuk?

    Kali terakhir kami pergi ke situ waktu cuti Hari Raya. Ada 2 makcik pakai kebaya ketat dengan handbag masuk dalam tu. Tu yg tak tahan. Bukan apa, banyak tangga kat dlm tu — takut rabak je kebaya sendat nanti.

    U guys dah siap makan, mesti takde masalah nye?

    1. masuk… kami ambil pakej no2. ni entry live blogging secara ringkas. gambar dari telefon. baru rumah nnt baru buat entri lengkap gambar dari dslr

    1. cuti sekolah nanti ramai orang… kebetulan saja tu sebab Angah perlu balik ke kolej 3hb jadi kami ambil keputusan untuk pergi awal sambil singgah sana sini bercuti

  5. thanks kak jie bagi idea nak ronda-ronda satu Malaysia cuti sekolah ni.
    gambar pertama tu memang terbaik.. sebelum dia tangkap gambar kita, baik kita tangkap gambar dia dulu. hahaha

    1. kami melawat 3 muzium termasuk satu muzium yang hanya sempat berada di luar saja kerana waktu melawat dah nak tamat.
      macam satu kemestian, tiap kali bercuti, melawat muzium.
      anak² dah dibiasakan dengan muzium.

  6. Senang bawa bekal sendiri. Paling kurang pun roti sandwich sebagai alas perut. Rasanya makanan disebelah utara lebih murah daripada Lembah Kelang.

    Kalau kawasan cantik macam ini akan jadi bidikan kamera DSLR.

    1. Biasanya utk hari pertama keluar dari rumah mmg bawa…. hari² lain memang makan kat gerai.

      Macam seronok saja kalau bentang tikar, buka mangkuk tingkat makan anak beranak bila bercuti ni…. orang sekarang dah jarang buat mcm ni.

    1. blogger tegar hihihi
      kalau dari phone tak apa
      tapi kalau membaca suratkhabar atau buku je tak boleh
      tapi touch screen ni agak bahaya…bergoyang sana sini, typo je tersentuh huruf lain :p

    1. kalau berjalan, kita tak pasti masakan gerai yang kita singgah tu menepati selera…kalau bawa dari rumah, itu mmg selera anak beranak kita..senang

      biasanya utk lunch pertama, dah hari lain mana sempat nak masak… kalau keluar bercuti dua tiga hari

    1. Ramai rombongan sekolah masa kami ke sana
      kebanyakkan aktiviti murid tingkatan 3 yang baru lepas PMR
      bergema suara lebah mereka dlm gua…hihi

  7. Assalamualaikum,
    Selamat bercuti. Kalaulah saya juga ada kesempatan jenjalan jelajah serata ceruk gitu…ohhhh sangat seronok!

    1. Waalaikumsalam… sekarang ni jadual anak dan suami tak sama, jadi kena ambil peluang yang ada untuk susun kegiatan bersama semaksimumnya

  8. maza pula akan ke Kedah malam esok. hehehe

    kali ini kembara membawa maza ke Jitra.
    sekali kenduri kawin la.. ahaks..

    1. dah install wp for android? kalau ada mcm biasa pilih new post. nak letak gambar klik icon kamera kat belah kiri bawah tu… kak jie biasanya resize dulu gambar supaya tak ambil masa utk loading

Comments are closed.