Saya pernah ke Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru tahun lepas. Baca entrinya di sini – Bermain Ikan kelah Di Santuari Ikan Sungai Chiling
Rasa tak puas, saya berkunjung lagi meredah kehijauan alam yang mendamaikan ini. Lokasi Santuari Ikan Sungai Chiling terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Sekiranya dari Kuala Lumput, ikut Jalan KL – Ipoh ke arah Rawang. Selepas melepasi Rasa, belok kanan ke Ampang Pecah sehingga tiba di Kuala Kubu Bharu.
Ambil jalan ke arah Fraser Hill.
Santuari Ikan Sungai Chiling di buka setiap hari Jumaat, Sabtu dah Ahad sahaja dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Bayaran RM 1.00 dikenakan dan perlu mendaftar di pondok pengawal.
Ini gambar yang kami pergi tahun lepas. Macam tu lah peta laluan untuk sampai ke Air Terjun Sungai Chiling.
Setiap tempat ada papantanda laluan untuk melintas.
Lintasan pertama, seronok tau… rasa macam senang je nak ke sana.
Laluan denai yang basah dan sejuk. Tak perlu tergesa-gesa, ambil masa berjalan sambil menikmati kediginan keadaan redup di sini.
Pakai kasut yang sesuai, yang boleh rendam dalam sungai dan selamat untuk berpihak dicelah akar kayu , batu, jalan yang lembab atau pasir.
Ambil masa untuk melihat sekeliling alam semulajadi – ada satu tempat tu banyak periuk kera jenis tumbuh di atas tanah.
Terdapat dua jenis pokok periuk kera, iaitu yang memanjat dan menjalar dan jenis yang tumbuh di atas tanah. Periuk kera yang tumbuh di atas tanah lebih besar , bentuknya lebih bulat dan berkelompok.
Ini adalah periuk kera jenis menjalar. Bentuknya lebih kecil dan memanjang.
Lintasan ke 2,3,4,5 dan 6 memerlukan kita meredah sungai. Kali pertama pergi dulu air sungai agak tinggi tetapi kali ini airnya lebih cetek. Air yang berkocak tu bila sekumpulan ikan kelah merebut makanan yang ditabur.
Dimana saja ada ikan. Tetapi janganlah cuba-cuba nak menangkap, nampak saja macam jinak.
Ikan kelah yang buat kita geram….eeee…geramnya…geramnya!
Ada papantanda melarang memberi ikan makanan yang dibawa atau sisa makanan manusia. Kalau ikan tu kena food poisoning, kan susah.
Saya bawa makanan ikan ( pallet ).
Selepas meredah perjalanan melalui denai, lopak air, memanjat tebing, bergayut pada akar pokok dan melintasi sungai, akhirnya inilah destinasinya. Hilang segala penat dan lelah bila tiba di sini.
Keseluruhan perjalanan untuk sampai ke air terjun lebih kurang 45 minit sambil bergambar…hiks! Kalau berlari-lari anak tanpa henti mungkin mengambil masa kurang dari itu.
Tak perlu bawa periuk belanga nak berkelah kat dalam sana tu, bawa saja nasi atau makanan yang telah disiap dibungkus.
Jangan buang sisa atau bekas bungkusan plastik atau sampah, bawa keluar bersama-sama kerana itu tanggungjawap kita kepada alam. Dalam perjalanan balik kami kutip beberapa sampah sisa plastik untuk dibawa keluar sebagai salah satu sumbangan kecik kepada persekitaran yang kekal bersih.
Saya Sayangkan Selangor yang Bersih!
rakaman video amatur yang dibuat oleh adik dua tahun lepas.
terima kasih kerana upload gambar sanctuary sg chiling. pemandangan sungguh menarik. malangnya ikan2 yg di dalam gambar ini semuanya BUKAN spesis Kelah. ramai org keliru utk membezakannya. ikan2 tersebut adalah spesis Tengas. jika anda ingin tahu rupa Kelah yg sebenar, sila layari blog saya utk membezakan. semestinya Kelah yg Original. TQ
alamnya masih asri sekali …
salam.
whoa. banyak betul ikan dan periuk kera tu sangat menarik2 saya nak g tengok dgn dekat. cari geng… dengan segera! yoshhhh!
Semoga terpilih ^^
Wow! Keren sekali perjalanannya. Periuk Kera macam tu jarang sekali saya tengok di Indonesia. Mestilah masuk ke dalam hutan raya yang lebat. Memberi makan ikan di sungai? Itu baru buat saya. Cool! Keren!!! 😀
Datanglah ke Selangor…. dekat sekali dengan rumah saya. Cuma kira-kira 30 minit perjalanan.
saya nak tanyaa kalau nak camping mcm mana yer kat sini ? kene bayar ? booking ? ade camp site x ? mungkin nak camping 3hari2malam..
ikannya banyak sekali, semoga tetap terpelihara dengan baik
itu tanggungjawap semua orang… saya memang mendisiplinkan diri dan keluarga tentang kebersihan tempat seperti ini …kerana kesannya pada generasi akan datang
uish..ni kalau bujang, dah ajak membe2 pegi sane..ada anak kecik, susah plak nak kena kendong.
ada kawasan perkhemahan yang selesa untuk keluarga di kawasan utama….selamat dan murah saja sewanya
kamera mesti mahal , siap boleh rakam live ikan berenang dalam air lagi tu.
kamera adik… bukan pro yang rakam tu..
Pemandangan alam yang cukup indah. Aina tak tahu pun kat situ ada Santuari cam tu padahal dulu2 suami bertugas di Kuala Kubu Bharu je. teringin nak pergi tapi mengenagkan perjalanan mengambil masa sehingga 45 minit berjalan kaki terpaksa fikir dua tiga kali. Pergi ok nak balik mahu menggigil lutut.
berjalan saja secara santai… sebab kita akan jumpa lintasan sungai… rehat, mandi dan lepak²… kemudian teruskan perjalanan
sehari suntuk tuuuuu… hehehehe
Rutenya cukup sulit dan medannya agak terjal ya..
tetapi kenangannya tetap yang indah…berbaloi untuk mencuba
memang sakit hati bila nampak ada pengunjung ke tempat2 rekreasi awam camni lepas dah makan2 pehtu nak balik tu terus tinggal je sampah2 yang diorang buat cam surat khabar yang dibuat lapik duduk, bungkusan makanan, kotak air..
sebab tu benda2 simple mcm ni kita kena buat, utk model kepada anak-anak.
bercakap dgn mereka, itu betul itu salah
mgkn akan datang, dia tak mcm kami yang kutip sampah sarap di tempat perkelahan , sekurang2 nya dia tak buang kerana dia tahu mak bapa dia pernah ajar utk kutip benda2 mcm ni.
mengidam betul nak pancing ikan kelah ni..
ops… kat sini tak boleh tangkap
tempat ni dibawah kawalan Jabatan Perikanan
Tengok periuk kera jenis menjalar tu teringat dulu masa duduk di hilir, dekat belakang rumah pun ada periuk kera tumbuh… Siap bawak pergi sekolah tunjuk dekat kawan-kawan… Tapi sekarang, entah ada lagi ke tidak pokoktu di sana….
dekat kawasan rumah kak jie ada, tapi jenis kecil² yang menjalar
nampak yg besar tumbuh atas tanah tu…. baru dapat gambaran mcm mana boleh dibuat sarung tanak nasi.
Jauh juga meredah denai. Nampak gaya tak dapat bawa anak-anak ke sana.
tunggu anak dah besar dan mula faham… pupuk minat mereka selalu
sebab anak2 zaman skrg bkn membesar mcm zaman kita…. redah denai mudah mcm tu dah tak tahan.. 😛
jauh nak masuk, tapi nampak cam best plak…
masukkan dalam list tempat nak pergi akan datang…
subhanallah..cantiknya..bersih airnya kak..tapi jauh pulak ke dalam hutan.. kalau ada anak kecik cam saya tak sesuai nak pegi kan..
tak sabar nak tunggu anak2 membesar..hahaha..
anak-anak umur 9-10 tahun dah boleh bawa… jumpa ramai anak-anak bersama group sekolah di kawasan ini. tapi jangan pergi musim hujan
kak jie pun join nih..
cam adventure jugak jalannya tu..
🙂
baca entri ni – untuk letak gambar pada avatar bila komen
http://www.kujie2.com/blogger/gravatar.html
kak jie nih kan…
hehehe…
dayah pnh cuba..tapi entah knp tak jadik..
🙂
tak boleh pergi lagi buat masa ini.
Anak bongsu baru berusia 2 tahun ….
Jenuh nak dukung
anak sedara umur 4 tahun dah 3 kali sampai ke sini..tapi lambat sikitlah jalannya…
tapi mmg elok tunggu anak besar, senang dia nak kawal diri
kita pun tak menang tangan nanti
wah, menariknya kak jie. eh lupa plak, apa khabar kak jie. lama tak lepak cni. maklumlah, sibuk bekerja dan bersuka. terima kasih kepada kak jie sekeluarga yg byk membantu sy sebelum ni. mesti seronokkan dapat bersantai macam kak jie sekeluarga. 🙂
banyaknyee ikan!! best ni kalo dapat pegi..
hehehe…..pergilah
korang muda remaja…. kuat utk meredah
kak jie ni semputlah juga…
boleh memancing ke kak jie….
tak boleh…tak boleh…. dilarang keras oleh Jabatan Perikanan
adeh..haaha..ingat boleh memancing….
nampak sangat2 menarik, belum pernah sampai lagi tempat ni
datanglah…. rasa kelainan suasana hijau