Sebenarnya ini bukan open house. Saya tak pernah buat open house. Blogger² senior yang kenal saya tak akan tanya ‘ Kak Jie, bila nak buat open house? “ sebaliknya mereka akan cakap ” Kak Jie, free tak hujung minggu ni, kami nak datang”.
Kebiasaannya adat orang melayu akan menyediakan juga serba sedikit juadah untuk dihidangkan kepada tetamu. Jadi itulah yang saya lakukan pada hari Ahad yang lepas. Sesiapa jangan berkecil hati kalau saya tak jemput ye… kalau sudi nak bertandang, kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.
Saya jemput mereka datang awal pagi untuk sesi bersarapan. Bukan senang nak bangun awal hari minggu dan siapkan anak-anak, hampir jam 10 pagi mereka tiba ke rumah saya. Azman suami isteri dari Keramat dan Mijie sekularga dari Dengkil.
Sebelum mereka sampai, ada lagi tetamu paling awal yang tiba ke rumah saya. Abang ipar sekeluarga dari Kuala Selangor dan disusuli keluarga kakak ipar saya suami isteri. Jadi, sediakan juadah hari minggu bukanlah hanya kerana saya akan menerima tetamu tetapi satu perkara biasa di bulan Syawal untuk tetamu tanpa diduga.
Ini memang betul-betul sesi nasi lemak teh tarik… tu ada buih lagi!
Belum kenyang, baru beberapa suap semuanya sudah berlari tinggalkan meja makan. Anak si Azman, Amirul dan anak Mijie , Fahim sudah basah berkocak kaki di dalam kolam. Sebenarnya Along ditugaskan untuk mengawasi budak berdua ni semetara makbapa mereka makan.
Kami semua berpindah makan di ruang luar sambil mengawasi budak lelaki berdua tu. Depan mata makbapa pun, dua kali Amirul tenggelam.
Amirul tu, naik saja tangga ke rumah saya, terus meluru berlari ke arah sliding door untuk ke kolam. Walaupun setahun berlalu, dia masih boleh ingat lokasi dan apa yang ada di sini.
Kemudian kami teruskan sesi bersembang sambil susukan anak, tidurkan anak. Kami dah kenal , kerap bertemu bersama keluarga. Masa datang raya tahun lepas, isteri si Mijie yang mengandung anak ke dua waktu itu, raya tahun ini isteri si Azman pula yang sedang mengunggu hari. Bergilir-gilir dia orang ni….. hihihi
Anak blogger serba canggih… dah beripad sejak baby.
Ada blogger berkereta baru. WFX tu…!
Inilah blogger… pantang jumpa objek menarik, sanggup bercanggung tepi tong sampah. Bunga telipok saya ini baru dua hari berkembang. Lama sungguh tak berkembang. Mungkin dapat hidu kehadiran tetamu.
Selepas Azman dan Mijie sekeluarga balik, saya ke Stesen Komuter Rawang menjemput Puan Bee sekeluarga. Gigih sungguh mak dan tiga orang anak daranya dari Pandan Indah menaiki LRT dan Komuter untuk sampai ke Serendah. Anak yang bongsu pun kurang sihat sebenarnya.
Makan pun ala kadar tak sabar-sabar untuk mandi. Budak-budak memang macam tu
Kemudian saya bawa mereka ke Air Terjun Serendah. Sedih saja muka berdua ni sebab tak dibenarkan mandi. Tengok saja….
Cara untuk ke Air Terjun Serendah dan Telaga Tujuh
Laluan ke air terjun ini akan melalui perkampungan orang asli.
Kami singgah di Telaga Tujuh sebelum balik. Tak jauh pun, dalam radius 2 kilometer saja dari rumah.
Intan ni boleh ‘in’ dengan semua kanak-kanak. Anak siapa pun dia boleh jaga dan biasanya semua budak pun nak dengan dia.
Sampai malam Puan Bee di rumah saya. Mungkin sebab tiada lelaki lain, hanya kami semuanya perempuan , dia rasa selesa. Jam 9.30 malam barulah saya hantar mereka ke Stesen Komuter Rawang kerana dia ingin singgah di tempat kerja suaminya sebelum balik bersama.
Seronok pula kami bersembang di dalam bilik sambil temakankan Baby Laila tidur. Bercerita kisah keluarga, anak dan diri masing-masing.
Setiap tahun, ada saja yang tertinggal kasut kanak-kanak kat rumah ni… Tercicir kasut tertinggal botol air.
Semua gambar ini menggunakan telefon kecuali gambar Laila seorang dan aktivit petang di perkampungan orang asli. Mencari kutu atau pun mencabut uban… hanya mereka sahaja yang tau!
p/s – blogger tak akan bercerita pasal blog saja bila berkumpul.
Depa dah boh entri dah… pi baca kt blog depa tuuu
- Beraya dengan blogger kujie2.com.
- Beraya bersama rakan blogger
- Aku tak tau nak habaq apa dah kat hampa ni
bagusnya.. hubungan maya dan realiti..
Pertemanan yang sangat luar biasa, dari dunia maya hingga dunia nyata
jadi tambah ramai dan seru kalau ada mereka 🙂
kak jie,
tak aci letak gambar kita mcm tu huhu, apa2 pun terima kasih kakjie makan yg best2 cuma sambal ikan bilis tu pedas sikit 🙂
apa2 pun memang seronok sangat bila datang berkunjung rumah kakjie
Wahh puanbee pun datang beraya jugak ek…hehe..seronok nya…
wah memang seronok macam ni
sungguh meriah, nampak pula bro mijie kat sini
haha, kiut jer tertinggal barang2 anak tu. wajib tertinggal benda once in a while
kak jie bestnye rumah kak jie.. bestnye kalau dapat bawak anak2 satu hari nanti ke umh kak jie..
budak-budak memang suka kalau nampak ada kolam renang. Pasti dingat sampai bila-bila.
botol air anak bee , haha tk pe bg kak intan buat kenangan jeee
hehe..seronoknya..
sapa la yg tercicir botol air n kasut tu..
Seronoknya dapat berkumpul sesama blogger. Memang teringin sangat nak join Ahad lepas, tapi apakan daya, cuma dapat join berkunjung di whatsapp sahaja.
Nampak menarik Telaga Tujuh tu.
uiiihhhhh…ada kolam…syoknye……
part mandi air terjun yang best tu..macam nak g sekarang jugak..huhu
Semasa ke Kuala Kubu Bharu ada rancangan hendak singgah rumah Kak Jie tetapi memandang seluar anak-anak basah sebab main terjun ke dalam sungai Chiling terpaksa membatalkan hajat.
Mungkin lain kali.
Kalau nak singgah, bagi tau saja
sekurang²nya kak jie boleh buat persiapan… seronok kalau berkelah makan² ramai²..maklumlah kami berdua saja dengan intan
kolam tu pun kalau hari biasa, air dikeringkan… bukan ada orang nak guna
hehe.. seronok tengok mereka ini bergumbira.. =P
ehem…. awak tu bila nak singgah
Satu je nak cakap , seronok .. saya memang suka rumah dan persekitaran macam tu … ada air terjun lagi .. waaa
terimakasih kerana sudi datang..meriahkan hujung minggu kak jie dan intan
bestnya umah k.jie..nnt nk gi gk le, leh mndi pool..heheh
kalau tak nak berendam kt rumah. boleh mandi kat air terjun..tak jauh pun
bestnya dpt lepak ramai2 camtu…ejam sekeluarga jer blom pernah pergi rumah mama kujie, nak gak bagi haq merasa mandi kolam…hehe
bila2 balik Melaka, singgahlah Ejam… bawa isteri dan anak
sebaik-baiknya bagi tau dulu
bolehlah buat persediaan…faham2 je lah
best nye, siap ade air terjun..
#1st
erk…komen 1st
mcm blog budak remaja je…hehehehe
blog budak remaja?? apakah?
blogger muda remaja je selalu letak 1st , 2nd 3rd
haha, saje je bosan2 .
Wah… Masa hari raya ni memang seronok bila tetamu bertandang ke rumah. Walaupun makanan yang dihidangkan ala kadar, tapi kemeriahan tu sudah cukup buat suasana jadi seronok.
dia orang bukan tetamu biasa…mmg kenalan rapat yang akan berkampung sejam dua kalau datang… makan tu bab kedua, mcm dah biasa kita org melayu akan sedaya upaya sediakan serba sedikit juadah