Ini aktiviti kejiranan saya. Kebiasaan minggu kedua selepas Aidilfitri kami akan saling kunjung mengunjungi sesama sendiri di waktu petang. Lebih kurang macam hi-tea raya , ,minum petang sambil beramah mesra bersama kawan-kawan di kejiranan.
Biasanya kami bermula selepas jam 2.30 petang , selepas semua urusan menghantar anak-anak ke sekolah selesai. Sementara suami akan pulang kerja petangnya.
Beberapa tahun dahulu, aktiviti berselawat dan membaca doa di majlis macam ini akan dihadiri antara 20-30 jiran tetangga bersama anak-anak kecil masing-masing.
Semalam kami kunjungi 5 buah rumah. Hari ini giliran rumah saya pula….
Hari raya adalah hari yang pas untuk menjalin silaturahmi dan keakraban
amalan ini perlu diamalkan selalu kerana boleh mengeratkan silaturahim.
Jelesnya! Serius jeles!
Saye nak sgt jiran2 camni, tp apakan daya…jiran byk 1 Malaysia 😀
Gambar yang terakhir kakak yang memakai baju biru paling kiri sekali pernah satu kumpulan belajar pembuatan soya, nugget, fish ball dan fish cake anjuran Kolej Komuniti.
baju biru tudung biru no 3 belah kanan
saya nmpk mee kari. mesti sedap ni
ikatan kekeluargaan wujud dalam satu komuniti macam ni memang bagus. kalau macam ni, anak keluar rumah pun tak kisah, masing-masing tahu itu anak siapa, boleh tolong tengok-tengokkan
Memanjangkan silaturrahim yang sedia ada. Kata suami perjumpaan kaum ibu.
bagus tu mengeratkan silaturahim
mee kari ?? wow..sedapnya juadah..
aktiviti kejiranan camni memang patut dijadikan amalan berterusan bukan hanya di kampung-kampung tapi di bandar-bandar pun sepatutnya..dan biar ianya diteruskan hingga generasi pelapis..
Salam,
Amboiii makcik2 ni, meriahnya tengok gambar2 tu semua 😀
Hehe..memang meriah kan..kak yan tak join ke??haha
open beraya , kali ini hi tea raya pulak.. hihi
ada di antaranya blogger tak kak jie?hehe
ada kakak ipar dan biras kak jie
seroang di Jalan 5 dan seorang di Jalan 6
wahhh seronoknya menjalinkan kemesraan antara jiran tetangga disamping mengeratkan lagi silaturrahim sesama jiran..memang terbaik la kejiranan kak jie tu..hehe