Golok atau nama tempatan Sungai Kolok yang terletak di wilayah Naratiwat .
Perjalanan singkat kami sekeluarga ( termasuk adik ipar suami isteri ) hanya bermalam semalaman di The Venice Palace Hotel dan kembali ke Malaysia esok petangnya. Suami tak cuti panjang, cuma pelepasan Hari Keputeraan Agong saja.
Awal paginya kami sewa motorsikal iaitu pengangkutan awam utama di sini. Ianya adalah sejenis pekerjaan yang berlesen. Setiap port dikenali dengan vest warma yang berbeza. Warna kuning ada kawasannya yang tertentu dan warna purple meliputi kawasan yang tersendiri.
Tapi rasa agak janggal rasanya bila menaiki motorsikal tanpa memakai topi keledar. Pemandu/ penunggang wajib memakai topi keledar tetapi pemboncong tidak wajib.
Saya lebih berminat untuk menjelajah persekitaran tempatan melihat budaya dan cara hidup dengan lebih dekat. Memasuki pasar dan tempat harian penduduk tempatan.
Kami dibawa mengelilingi bandar melalui jalan-jalan sesak awal pagi yang aktif, melalui pasar buah-buahan, lorong gerai dan memasuki lebuhraya dua lane.
Sedang berjalan-jalan di pasar, terserempak dengan sekumpulan kakitangan majlis bandaran yang sedang berkempen untuk pemilihan ahli majlis. Bergambar bersama termasuklah Datuk Bandar Golok. Jangan tak percaya, Golok yang sering dibayangi dengan kes keganasan dan tidak selamat itu mempunyai seorang wanita sebagai Datuk Bandar.
Nama tempat ini Jalan Pusat Makanan Murah. Kami makan malam di sini. Ada banyak gerai yang diusahakan orang Islam di jalan ini. Gerainya hanya dibuka selepas 6 petang sehingga jam 3 pagi, lokasinya berhadapan Masjid Pakistan. Sangat berpuashati dengan servicenya yang cepat dan pastas juga masakan yang sedap.
Sudah tentu menu utama tomyam dan masakan special – paprik belut!
Membeli belah bagaikan tiada esoknya… Boleh gunakan matawang Ringgit Malaysia tetapi jika membeli di Seven Eleven ( 7e) ada charge 10 sen.
Antara perbezaan ketara, tahap kebersihan yang sangat tinggi di sini. Sangat ketara bila menyeberang balik semula ke tanah air. Tak ada secebis pun sampah di tepi longkang, pesiar jalan kaki walau sepotong rokok. Saya nampak pekedai sendiri gunakan penyapu lidi membersihkan hadapan kedai masing2.
Ini adalah sikap individu kebanyakkan penduduk bukan tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata. Kalau setiap orang menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing, ianya akan memberi kesan kepada komuniti setempat.
Bangunan dan persekitaran di sini tidak semoden dan secanggih kita tetapi kebersihan yang menjadi pegangan kehidupan mereka membuatkan selesa untuk berada di sana. Sangat selesa membeli belah walaupun kedai dan gerainya tidak semoden dan secantik di negara kita.
Peniaga juga mempunyai kod etika yang tinggi. Mereka sangat berhemah dalam urusan jual beli. Inilah sikap positif yang perlu kita contohi.
Selalu kalau sebut Golok orang akan bercakap dan nampak hal-hal negatif tetapi saya pula mengintai aura positif yang terselindung kebanyakkan orang tak ambil peduli.
Posted with WordPress for BlackBerry.
pernah masuk sekali golok ni… boleh jugak guna duit malaysia beli pakaian kat sana…
tertarik kat gambar je. yg ke 4, jalan ape ntah tu siap ada wayar2. gambar tu cantik..
Jalan Pusat Makanan Murah – itu nama jalan dia. Letak tinggi sama paras dengan wajar² elekrti dan telefon..
Tempat kita wajar2 tu duduknya menegak, tetapi kat sana melintang…
sama paras ke? haha. bahaya betul. cane la orang maintenance nak fix atau ganti papan tanda tu ek..
bestnya dpt g seberang..cikpah yg duk negeri sebelah pun lum penah sampai..hehehe
betul tu, banyak yang menarik tentang golok ni, saya suka tang makan jer, dah lah murah sedap pulak tu… tang negatif tu biasalah selalunya timbul dan yang positif tenggelam
bangunannya tak bercat lawa warna warni mcm kt tempat kita…tapi kemas terssusun.
pasir2 bersepah pun tak ada
ada bangunan dlm pembinaan, batu bata kayu papan semua tersusun elok, langsung tak menganggu laluan pejalan kaki
pengangkutan utama motosikal..sana sini org naik motor tanpa bertopi keledar tetapi semuanya memandu dgn tertip
lagi…..lampu isyarat sgtlah minimum…. semua org bertolak ansur di persimpangan walaupun tanpa lampu isyarat.
tak penah sampai lagi kak
kalau berpeluang, pergilah – tengok dan ambil sudut2 positif utk diri sendiri
sungguh macam kak jie cakap tu..kalo kat sini memang susah nak jumpa kedai / gerai / restoran yang betul betul bersih dan menjaga kebersihan..asalkan untung duit masyuk je bab lain tolak belakang..hairannya unit bandaran yang keluarkan lesen bukan takde unit pemeriksaan kebersihan..tapi buat cam tak nampak je..cuma yang suka nak serbu, dewan makan asrama sebab senang kerja..
amoi lawa cun melecun dgn selamber je boleh menyapu sisa sampah kecil kt tepi kedai…bukan kata nak nampak sampah besar, sampah kecil botol air pun payah nak nampak.
ini sebenarnya sikap…. bila kita nampak org jaga kebersihan bandar dia mcm tu, kita rasa seronok…jadi sama2lah kita menjaga tempat kita
Lamo kawe tok gi golok he3…
gi soping jersi euro..hihi
Mereka sangat cinta dengan kebersihan sebab kebersihan bagian dari iman pula, patut untuk kita contoh nie..
bila berjalan ke tempat orang, kita tengok apa yang baik dan boleh dijadikan ikutan utk kehidupan kita sendiri
yang tak elok, dijadikan sempadan
selalu bila kata pasal golok, mesti dah fikir tempat keganasan dan mesti keadaannya teruk, kotor. bila fikir negara sendiri, tak tau nak kata apa, akta dah ada. takut nak komen.
semua tempat ada sisi baik buruknya… kita tapis ambil yang baik untuk kita gunakan
sepatutnyalah mcm tu…………..mcm semua org dok berkias bercakap berhujah tu
tapi realitinya….
Makanan tu nampak sangat-sangat sedap… Sepatutnya cuti kali ni dapat sampai ke Naratiwat barang sehari dua, sebab ada kenalan buat Majlis kenduri kahwin.. Malangnya ada tugasan menanti di Utara … Kalau tak, mungkin dapat merasai pengalaman yang hampir serupa dengan Kak Jie..
Bila pulak la dapat ke sana… huhuhu
Assalamualaikum,
Suka dengan cara Kak Jie, sentiasa positif…
masih murah tak makanan kat sana?
memang aka jie ni positif orangnya..huhuhu
Kak jie telah berjaya mengubah permikiran pembaca blog kak jie. Terasa teringin plak nak ke golok.
semua benda ada dua sisi, baik dan buruk
kita pilih nak yang mana….
kak..jauh berjalan…
Jauh berjalan luas pemandangan… hehehe
Golok ini mengingatkan basikal bmx yang dibeli oleh arwah datuk untuk saya ketika kecil. Basikal tersebut masih baik dan bakal diwarisi oleh anak nanti.
wah…lamanya
tapi barang dulu2 mmg tahan lama dan berkualiti
barang skrg ni ‘pakai buang’ nak repair lagi mahal
perghh berjalan sampai ke golok tu.. jalan sakan ni..
kebetulan ada kawan org sana
oh bersih 🙂
Tertarik dgn cerita akak pasal kebersihan tu…kalaulah dpt diamalkan di sini kat ke bagus. 🙂
kita mulakan dgn diri kita dan keluarga kita
Betul tu kak. Sara sgt setuju. 🙂
hmm…kebersihan tu yang mengagumkan saya
betul…. siar jalan pun tersusun elok, tak ada sisa binaan atau serpihan batu bata
มีสาย Titiplah กล่าวว่าหลักฐาน ….
hihihihi…. rindu kapong ka?
Sikap mereka memang wajar kita contohi. Di sini tak ramai yang bersifat macam tu. masing-masing anggap mencuci/membersih tu kerja pbt. Kita tukang sepah.. Oh kita……
nampak terlalu ketara…. benda2 yg baik ni patut kita kena jadikan gaya hidup kita, ambil contoh dari orang lain tak salah