Ini adalah theme asal yang saya guna sejak 01.01.12. Sekali imbas memang tak nampak sangat perubahan ketara tetapi sebenarnya ada beberapa bahagian yang telah diedit. Saya bukan suka buat kerja edit mengedit secara lump sum, sekali pasang terus edit beria-ia sampai lebam. Saya jenis ambil masa berminggu² untuk tukar sikit² tanpa disedari.
Kadang² jadi tikus makmal membuat ujikaji yang biasanya menjadi rosak teruk dan akhirnya terpaksa memancarkan signal SOS kepada kawan-kawan yang pandai bab html.
Theme asal blog ini , kedudukan banner blog dan garis pembahagi berdekatan description blog sangat lapang dan memakan ruang. Nampak kosong .
Saya minta tolong budak kamera untuk settlekan masalah ini dan dia buatkan satu entri khas Godek Blog Kak Kujie 2012
No #1
Mula² buang margin-top: 20px untuk facelift sikit banner ke atas. Kemudian garis di bawah tajuk blog dikecilkan kepada 140px. Kemudian ubah line-height blog description daripada 90px kepada 75px.
No #2
Ruang antara blog description dengan menu navigasi terlalu jauh, tetapi ruang antara menu navigasi dengan badan entri dan sidebar terlalu dekat. Buang margin-bottom: 50px dibahagian logo dan tambah margin-bottom: 20px di bahagian access.
Jadilah macam gambar di bawah ni – sebelah kanan sebelum edit dan kiri blog yang telah diedit. Kedudukan ruang atas blog telah dikecilkan.
No#3 – tab dibahagian sidebar itu ( Random Posts dan Tag Cloud ) memang cantik , tetapi mengambil masa yang lama untuk loading. Saya buang table tersebut. Terus theme ini nampak seperti theme lama.
No #4 – tukar hover, tukar font , font size – ambil masa dua tiga minggu juga untuk menyesuaikan diri dan mendapat css yang sesuai. Saya banyak merujuk kepada eizil untuk menyelesaikan beberepa kotoran degil ( sebenarnya saya tak faham nak cari code di mana ..hiks! )
Waktu saya mula² menggunakan theme ini, saya buang Plugin Ajax Comments-Reply kerana ingin mengekalkan kotak komen theme yang agak comel bagi saya berbanding dengan kotak komen plugin tersebut.
Akibatkan ruangan komen saya menjadi berat dan threaded comments bercelaru. Saya sendiri pun hilang mood untuk membalas komen kerana setiap kali berbuat demikian, blog akan loading keseluruhan page bukan pada bahagian komen sahaja seperti waktu menggunakan plugin Ajax Comments-Reply.
Dalam masa mencari² plugin lain yang sesuai, saya ternampak otai php muncul di Timeline Twitter dengan riang ria bahagia. Ini adalah petanda baik ! Kalau nak minta tolong nak tanya bab edit mengedit coding, kena tengok mood dia…hari ni Jumaat, nampak mood riang ria je tadi. Maklumlah malam Jumaat tadi dah baca yassin 3 kali kot.
Saya rebut peluang terhidang depan Timeline dengan bertanya tetapi tanpa disangka…erk..maklum hati masih riang ria kot, beliau menawarkan bantuan segera. Tak sampai 5 minit, masalah ajax reply komen pun selesai tanpa menggunakan plugin! hebatkan……..orang tu!
moral of the story – kaji ramalan cuara sebelum hantar signal SOS supaya frekuansi yang dipancarkan tepat.
Akhirnya – ruangan membalas komen saya kembali seperti waktu² saya menggunakan plugin. Cuba korang try test tengok, ok tak?
Terimakasih untuk mereka yang sentiasa mempunyai ruang masa bagi membantu saya setiap kali signal SOS dipancarkan. Kalau tak cukup ruang 140 aksara di Twitter, sanggup untuk melayan pertanyaan makcik sorang ni di Gtalk.
makin mantap blog ni kak..
tampak segarrr….
Comel theme nie kak jie.
Bertambah-tambah seri blog kak jie. Saya pun tengah mencari theme baru untuk blog saya. Last2 fikir untuk cuba edit theme twentyeleven pula… sebelum ni pakai child theme twentyten.
Saya selalu rujuk pakcik google bila nak cari jawapan kepada masalah koding yang saya hadapi. Bila stuck… itu yang bertangguh tu. 😀
Ruang commentnya jadi tampak bagus Kak Jie
Salut, ternyata anda mahir berbenah template beda dengan saya nie sampai sekarang masih ada masalah pada template blog yang belum dapat saya selesaikan
Sukses terus buat Kak Jie dan selalu jaga kesehatan anda..
blog ni pon dah lawa dah bagi saya kak jie
test 123. ok ruang komen beraksi dengan baik. syabas!
lupa nak sebut,
kalau ada yang minta tapi tak dilayan maka alasannya adalah kaji cuaca kata mendung :p
bukan sombong atau lain.
kehkehkeh
p.s sebab selalu orang yang baru kenal kurang paham dan takut di bilang ‘assobiyah’.
betullah tu…… kena pandai tgok cuaca, maklomlah kebanyakkan mereka tu ada kerja sepenuh masa, kadang2 muncul kt timeline sekejap utk bersosial
sbb tu bila kenal lama, tahu serba sikit ‘siapa dia’ mudah nak agak bila masa yg sesuai..hehehe..kena tau bila masa yg tepat utk ‘ambil kesempatan’
hehe . . susun atur kemas dah . . tp kdang2 loading yg jd mslh nuhh . .
dari dulu mmg mcm ni…hihi..ada perubahan kecil kecilan yg org tak perasan pun
Yang terrer pun kenkadang kena hantar SOS jugak, petah lagi yg tak terror nih….jauh sekali laa…pernah cuba buat,tapi fail…simpan dulu la niat tu…hehehe
tapi lepas error dan error …. cuba berkali2, mesti best kalau dh berjaya
bab2 coding/ php/ html ni mmg memeningkan kepala saya..tapi bila get involved dalam bidang ni kenalah jugak ambik tahu sikit2 kan
itulah… tau asas pun cukuplah
jangan tak ambil tau langsung
testing…1234567890…
*pernah jugak minta tolong kt twitter tapi mungkin tak kaji ramalan cuaca dulu..lepas ni setiap kali jumaat nak tenggek kat twitter lah..hihihi..
kebanyakkan mereka bekerja sepenuh masa…. faham2 sajalah kalau kerja
dia org muncul kt timeline utk suka suki…sembang hilangkan stress
tu pasal kena tgok ramalan cuaca… hihihi
a’ah dah ok tk yah loading satu page …
oh ajak comennts yang kakjie tanya di twitter tu ..saya langsung tak tahu sebab tk pakai apa2 plugin heheh ..
bagus lah dah selesai ..
test kejap ..
tu lah…. kot2 pakai plugin apa
kak jie dulu mmg pakai, tp tak berkenan dgn css, nak edit tak berapa pandai
skrg dah setel…
assalamualaikum kak kujie
nice sangat themes ni
lapang dan tenang.
wordpress saya dah lama tak saya update setelah hostingnya diserang.
terasa cam malas nak ber wordpress
tapi bila tengok blog akak
yang sentiasa cool ni
menguatkan smengat saya balik
oh ye kak
tqvm ye sudi kongsi ilmu
saya terpengaruh guna SF utk blog saya yang baru
(dlm pembinaan) setelah tengok beberapa waktu ni
blog akak ok je saya layari
sekali lagi tqvm tentang tip tukar themes wp
saya memang tak arif sangat bab tukar themes ni
jadi hancusss. he he
waalaikumsalam…
terimakasih kerana sudi dtg dan mendapat sedikit info yang boleh digunakan
kalau ada yg tak faham boleh saja hantar email utk bertanya
keranaa biasanya kak jie buat tutor atas pertanyaan, dan kadang2 cuma reply melalui email saja…malas sikit nak buat tutor kt blog, nak kena kerja keras dan ambil masa
saya dah cuba cari plugin tu, tapi tak jumpa…then cuba guna plugin lain, tapi still dia loading keseluruhan blog balik bila nak komen…stress, terus jadi malas nk balas komen2 di blog sendiri..boleh? hehe…
kat blog saya pun ada masalah blog loading secara keseluruhan bila nak komen..stress gak..nampak gayanya kenalah saya guna plugin Ajax Comments-Reply tu..sebab saya tak ada orang yang boleh tolong betulkan blog..hehe…
yang ayat yasin 3x tu betul2 buat saya tergelak..hehe…
plugin tu memang terbaik kalau utk ruangan komen
tp kena edit sikitlah bagi cantik…..tukar color font ke border
p/s – dia update facebook bergedik pasal malam jumaat……….kenalah bahan balik..hehehe
dah jumpa dah plugin tu kak….tapi tak lawa la kan rupanya..huhu…tapi best sebab tak payah tunggu page loading
As Salam… saja komen, pasal nak test loading via berukben yg slow tak ingat ni…
hehe… Syabas !
Kompom ! Walaupun via beruksben slow… less than 1 second loading comment. Tahniah kepada yg berkenaan.
Frekuensi …. Frekuansi…. emmm…
hehehe……….beza kan dari yg sebelum ni
yg dulu reply komen , bila publish, dia loading full page
Budak kamera tu ada ajar hari tu…tapi cari lokasi tak jumpa lak tempat nak edit..last2 pakai ajax plug in gak… 🙂
Kak Jie… tagline tu mmg letak kat belah kanan ker?nampak macam tak cukup ruang untuk tagline tu..
yang ajax plugin tu…encik azman ishak
budak kamerea lomotech tu ajar pasal css banner
kak jie tak nampak tak cukup ruang, sbb kt sini ok je
guna mozillah dan chrome
mohon request tutorial nak buat kotak komen tanpa ajax plugin.. supaya tak loading satu page.. hehe.. adakah otai PHP boleh menerima request? 🙂
test2 comment.. laju ke tak laju..
nak gak tahu cara nak buatnya tu..hehe…
patut komen ni reply kat bawah komen dia… Azman Ishak kat bawah tu
so……………request ni akan sampai direct
frekuansi =frekuensi ke
radar beam alur radar Geologi Alur tenaga frekuansi radio yang dipancarkan dari antena pemancar radar yang boleh gerak.
sumber : dewan bahasa dan pustaka
frekuensi pun ada , ttp frekuansi nampak lebih BM hehehe
bertuah kujie ramai betul kenalan yang menolong..
ambil kesempatan …………… jahat tu bukan bertuah
huhu.. saya tak pandai lagi nak ubah semua ni, sekarang ni rasa mcm dah ok, takut bila ubah jadi lagi teruk.. 🙂
bila tukar theme, bukan keseluruhan theme tu kita suka
kadang2 ada beberapa part je…jadi yg tak berapa nak berkenan tu, kalau boleh
nak juga edit..kalau tak bole………..terima je lah
jgn risau…tanya dgn org yg berkaintan, ramai yg sedia membantu
Dah try test ekkk kak jie.. hik3
kalau dah seronok nak usik memang gatal tgn tak leh berhenti..
ada perubahan tak
terbahak gak bace entri ni dengan Mama Amirul tadi… kene cubit seulas dua.. hahaha… hurm.. sebenarnya tadi masa kak jie tanye kat timeline.. kebetulan… perkara tu berlaku kat template baru saya sebelum beta version release.. so lepas menggogle hari tu.. so saya tau la ape punca dia. itu pasal saya kata tak perlu plugin..
p/s: kemain baca yasin 3 kali ye? mujur tak kata tolong tok siak gulung tikar kat surau. lol~
p/ss: rasanya baru lagi dalam dunia PHP. hahaha gelaran sedemikian buat saya jadi angkuh. *jujur tak?*
ambik kau. yasin 3 kali. ada makna lain tu. sampai 3 kali.
p.s kak jie. errata: Kalau tak cuku ruang *cukup*
hang kalau bab tambah kicapppp memang kemain laaa kannnn hambooiiiiii~
apa guna kicap kalau tak tambah kan :p lagi pun ada pulak nasi panas. aiwah!
dia yg update wall facebook mcm tu…hakhakhak
3 kali ‘cerita cik kiah’ yg 3 inci jadi 3 kaki…hehehe
ele…………..dia yg super aktif update kt facebook, kt twitter………….kanmain pasal malam jumaat. Ingat kak jie tak stalk ke timeline…hahaha
kalau muncul kt timeline pok pek pok pek $%^&^&^%$ bahasa alien tu, jangan gatai2 nak tanya pasal coding………… nnt terjun dr atas bumbung
kena tgok cuaca………. ala…kak jie dah berguni2 makan garam, faham dah!
otai tak otai…. ikur suka nak panggil apa! hihi
Menghias dan edit theme blog ibarat mengubah kedudukan pasu bunga di depan rumah supaya rumah nampak cantik dan berlainan setiap kali orang lalu depan rumah akan menjeling.
Kalau hendak ubah rumah nanti kena ubah struktur rumah. Jalan mudah adalah mengubah kedudukan pasu. Jadi semasa mengubah tentu merasa sakit pinggang kerana asyik mengubah kedudukan pasu bunga selagi cita rasa tidak kena. 🙂
dah tua tua, makin rabun kalau dok ngadap pc buka blog editor
kadang2 tak ada apa pun yg nak diubah…jalan sana jalan sini
nampak rumah orang ada perabut baru, gatal2 tangan nak usik blog sendiri juga :p
Ramai anak muda yang mata terang dekat luar sana boleh menghulur tangan untuk memberi bantuan.
*sorok muka bawah tilam*
adoi sakit. tilam berat.
dah sebulan lebih, baru ‘ mood mari’ nak menaip mlm ni..hihi
tambah sonok nak usik pakcik krueger tu…
tak de hal. saya pun dah tak guna theme tu haha
testing2. hehehe
patutlah bila buka blog kak, kadang2 rasa macam ada yang berubah. sekarang dah tau. 😛
makcik ni addicted dgn blog sendiri
dok diam2 dpn blog…mcm2 yg nak diusik
bukan makcik je addict , tp bee pun sama ..geram lah bila tk dpt apa yg dihajati ..