Edit 06/11/2012
Keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada hari Isnin, 19 November 2012 . Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
” Intan…….. keputusan upsr keluar hari Khamis 17 hb”
” Mama jangan nak tulis kat blog pulak ”
opsss…. garangnya!
Keputusan UPSR 2011 akan diumumkan pada hari Khamis 17 November 2011.
Intan adalah salah seorang daripada 497,691 calon tersebut. Apa pun keputusan dia, saya tetap gembira kerana 5-6 bulan terakhir ini dia menampakkan peningkatan yang amat ketara.
Anak bongsu saya akan meninggalkan zaman persekolahan sekolah rendah tahun hadapan. Tahun depan, cuma Intan yang akan bersekolah, Angah pula tamat Tingkatan 5.
Semalam dia balik dan hulurkan kertas notis untuk menghadirkan diri ke Kem Ibadah di Pusat Latihan Asnaf Zakat Ulu Yam bagi pelajar Islam SJKC dan SJKT seluruh Selangor.
Arahan dapat semalam, lapur diri hari ini. Buatlah persediaan apa yang termampu. Sebelum tidur saya suruh dia siapkan kasut sukan. Tertangguh-tangguh kerana dia cakap kasut sukan dalam bonet kereta . Ada dalam bonet masa pergi bercuti ke Gunung Jerai .
Pagi tadi buka bonet, kosong! Mengelabah cari mana hilangnya kasut sukan. Telefon mak di Kedah.
” ada………… hari tu dia balik kampung dia memang pakai kasut tu, letak depan pintu …. takut orang pijak, mak simpan atas rak “
Automatiklah suiz membebel saya ni hidup awal pagi.
“Itulah mama dah suruh siapkan malam tadi, tak nak dengar… bila mama suruh adalah sebabnya…. kalau dah tau awal², bolehlah kita buat plan B, plan C , D, E…bla…bla…..”
Pertama kali Intan pergi kem selama 3 hari dan saya tinggal seorang diri. Dah tak ada siapa-siapa lagi nak berlawan cakap. Nak harapkan Stokin dan Tuxedo , mengeow pun tak pernah keluar suara. Nama saja kucing jantan.
Anak2 amanah ALLAH untuk kita membesarkan mereka, memberi mereka ilmu dunia dan akhirat. Insya-ALLAH, ALLAH akan menolong kita.
membebel ni satu perkara natural jadi parents ni. sabar je la kak jie. hehe
alamak..nama saya jadi lali la pulak..huhu!
Mudah-mudahan Intan akan dapat keputusan yg cemerlang. amin..
Intan nak sekolah mana naik tingkatan 1 nanti?
Berdebar dan mendebarkan … anak kami tunggu result PMR.
mudah-mudahan anak Kak Jie dpt keputusan yg cemerlang. Amin
setuju sgt..then mcm mana ea..
semoga mendapat keputusan yang diharapkan
mesti Stokin dan Tuxedo takut ngan kak jie..hehe
adik ipar ada seorang tengah tungu result..
Anak saya pun ada sorang yg perempuan yg ambil UPSR tahun ini. Harap2 dpt result yg cemerlang, begitu juga dgn anak kujie. Sama2 kita doakan. Berdoa utk anak2 tak pernah lupa siang dan malam demi masa depan mereka. Mengharap apabila dia meningkat dewasa dan dapatlah menolong kita di kemudian hari. Siapalah yang kita harapkan lagi ketika kira tua kalau bukan anak kita yang kita bela mereka siang dan malam hingga dewasa, bekerja dan berumahtangga.
biasalah..zaman anak-anak kenal dunia..
sunyi sepi la rumah tu… huhu
mudah-mudahan Intan dpt 5A..blog ada kak jie..lawan cakap ngn org-org dalam alam maya ni la..hehehe
17hb pulak bebudak SPM jawab paper Matematik Moden.berdebar2 pulak aku dibuatnya 😛
mudah2an rezeki intan dapat 5A 😀 amin… 🙂
mesti sunyi rumah kan…mengeow tak keluar suara? macam mana tu? hehehe…
berdebar2…tringat plak masa amik upsr dulu
dulu saya UPSR dapat 4A
debo rase
Terima kasih Kak jie, memang dah jangka bulan nie, serahkan segalanya kepada Allah, bagus kem tu buat pengisian jiwa 😀
khemah ibadah eloklah intan pergi, dulu saya dekat pusat dakwah islamiah sabak bernam…hari2 makan ikan keli…
Tentu Intan berdebar-debar kerana tinggal 5 hari sahaja lagi. Harap belaiu tidak tersasul kerana asyik berfikir akan keputusan UPSR nanti.
anak kaka jie tak ramai sangat so tak lah pening kepala sangat kak jie…
kalau sebulan ??? 😳
Sib baik 3 hari je.. kalau 3 minggu?
walaupun ada anak ramai bila anak dah membesar sudahnya mak bapak tinggal sorang jugak kat rumah kan?