Cara Update Blog Dengan WordPress for BlackBerry
Blog Tutorial

Cara Update Blog Dengan WordPress for BlackBerry

Dua  kali arena84 tanya macam mana post entri via blackberry.  Kalau saya post entri via blackberry itu bermaksud saya berada jauh dari keyboard komputer jadi maaflah kerana ambil masa untuk membalas komen tersebut.

Hari ini, tetamu saya dah balik .  Sambil mengemas apa yang patut, sambil pack untuk keluar daerah lagi, saya buat tutor ringkas cara update blog via BlackBerry.

Bahan yang diperlukan –

  • BlackBerry
  • Blog WordPress Self Hosted.

Download application WordPress for BlackBerry dari App World.

 

cara install application wordpress for blackberry

Bila dah ada, buka WordPress for BlackBerry > tekan logo BB dan Add Blog


Klik Add self-hosted WordPress blog. Isikan Url Blog, Username dan Password yang digunakan sewaktu login blog. Klik Sign In.

Kalau dapat message error – blog message ( code 405) : XML RPC service are disable on this blog..bla..bla…bla… jangan risau.

  • Buka Dashboard blog > Setting > Writting > Remote Publishing > tick pada Atom Publishing Protocol dan XML-RPC . Save changes.

Sekarang blog dah ada dalam BlackBerry.  Bila dah ada macam ni, bukalah tengoklah dan selongkarlah apa yang perlu.

cara update blog

Hari ini tutor asas untuk menghasilkan post baru dengan application WordPress for BlackBerry.

  • Tekan Posts > logo BB > new
  • Tulis entri macam biasa. Untuk image, klik Media, Add Photo. Dah siap , puas hati , klik logo BB dan Send.

 

Ada beberapa email yang yang akan lewat dibalas. Mulai esok, saya hanya buat live blogging kerana akan berada jauh dari komputer dan keyboard.

Kalau ada apa² masalah/pertanyaan, tunggu saya balik minggu depan… hiks!  Kalau ada typo pun , pejam mata buat² faham sebab saya tak sempat nak double checking.  Ada banyak yang nak diuruskan sebelum bercuti.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Cara Update Blog Dengan WordPress for BlackBerry

  1. Wahhh menarik nie…terima kasih kak kujie atas info2 nya.. Nanti bolelah saya try guna hp bb asben saya.. 😉

Comments are closed.