Pasang Feedburner , Edit Css Tetapi Bukan Chatbox
Blog Tutorial

Pasang Feedburner , Edit Css Tetapi Bukan Chatbox

Walaupun Giveaway yang dianjurkan belum tamat tempohnya tetapi ada beberapa perkara menarik yang ingin saya ulas di sini.

1.  Cadangan oleh saudara Mijie – letak feedburner dari google.

Ramai blogger yang mencadangkan saya meletak widget untuk difollower .  Memandangkan saya lebih meminati konsep minimalis,  pilihan yang tepat adalah dengan memasang feedburner untuk subscriber.

Untuk lebih menarik, saya memasang feedburner di bahagian bawah setiap single post.   Mula² saya letak pada single.php tetapi tak cantik.  Bantuan sifu diperlukan untuk mengedit code ini di functions.php. Terimakasih.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan entri terkini blog ini, aktifkan email anda di bahagian bawah post ini.

Kalau nak pasang feedburner, boleh ikuti tutorial :

  • Tutorial pasang feedburner di blog anda
  • Tutorial pasang feedburner di blog part 2

2. Cadangan teknikal dari ariffshah

  • Selaraskan warna background dan banner
  • Edit css.style untuk space antara text dengan gravatar
  • Letak social button di single post bukan pada front page untuk melancarkan  loading page.

Terimakasih Ariff.  Untung dapat review  teknikal percuma dari Ariff  yang mungkin selama ini kita terlepas pandang dan boleh tingkatkan keadaannya.

3.  Pasang chatbox – 95% cadangan meminta saya memasang chatbox .  Zaman saya berblogging 4-5 tahun dulu memang saya pasang chatbox.  Saya ada akaun berbayar.  Ada beberapa sebab kenapa saya tidak lagi memasang chatbox di blog:

  • Saya tak ada banyak masa untuk pantau. Ramai pengunjung blog ini adalah dari search engine dan kerap kali meninggalkan ‘sesuatu’ yang tidak bertanggungjawap.
  • Sistem komen di blog ini sangat ringkas, mudah dan ringan untuk sesiapa pun meninggalkan jejak.
  • Semakin ramai pengunjung blog menggunakan smartphone. Hati² kerana contents entri mungkin terselindung seperti ini

Nota : Ramai yang menyertai GA ini tanpa menggunakan blog utama. Saya tidak faham kenapa mereka tidak mengambil peluang ini untuk mendapatkan backlink dari saya . GA bukan semata2 hadiah yang ditawarkan, blogger perlu melihat ‘hadiah’ secara teknikal untuk blog mereka.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

45 thoughts on “Pasang Feedburner , Edit Css Tetapi Bukan Chatbox

  1. Iya nie, sepertinya kalau sudah ada kotak komentar tidak perlu memasang chatbox lagi ya..
    Lagi pula pemberian chatbox dalam blog juga bisa memperlambat loading blog
    Nice share Kak Jie..

  2. banner tu ok dah. saya nampak pun sebab dah telek detail2 (mata dah macam ni 😯 ) kalau tak tak nampak pun 😎

  3. malas nk edit sbb banner background sama warna, tak ketara sgt.

    kak jie bukan pandai css ape kebenda tu aih….apa yg ada pakai, ada org cadangkan, sesuai guna. 😆

  4. salah satu sebabnya , itulah….. pelawat blog kak jie ramai dari search engine…macam2 jenis orang yang tak dapat kita kawal

  5. Blogger kena faham – commentluv dapat backlink , tetapi kalau tinggalkan jejak di shoutbox, hilang dalam setengah hari saja – tak berbaloi untuk blogwalking dengan begitu gigih.

    komen yang ditinggalkan pada commentluv dofollow. 😉

  6. kak jie,kemas la letak feedburner bwh entri tu.rase nk buat lak sbb skrg sy letak kat sidebar @ footer jer …

    bab chatbox ni,sy on off juge . kdg letak,kdg tidak @ kdg sorok .. skrg letak dlm keadaan tersorok . oklah nak explore pasal cara letak feedburner tu..thanx 😉

  7. Feedburner nie penting kak jie untuk jangka masa panjang,bukan semua suka baca blog, tetapi email boleh dikatakan kita akan buka hari-hari,satu lagi feedburner nie bagi yang tak suka tengok iklan yang banyak bagi sesetengah blog, namun konsep white minimal nie memang patut kak jie kekalkan, ianya bersih membawa ke entry terus.

  8. baru saya perasan. banner kak jie terlebih besar sikit daripada ruang header tu. tapi tak pe hal kecik :mrgreen:

    pasal css saya tak de apa nak kata sebab tak sempat nak tengok yang sebelumnya macam mana 😆

    social button jangan letak pada main page. betul. sebab kalau ada satu entri tak pe. tapi kalau ada 10 entri di main page, dia akan load 10 kali benda tu then paham2 la 😆

    chatbox …. next~ 😆

  9. Akhirnya kak jie pasang juga feedburner.

    Lepas ni tak de laa terlepas post terbaru. Sebelum ni ada juga bagi email kat mana feedburner blog ni. puas cari. rupanya kak jie tak pasang. :mrgreen:

  10. Ketika blogging saya akan mendaftar email dengan feedburner pemilik blog dan ke 2 yang saya paling suka adalah melanggan RSS Feed dengan Google Reader atau Feedl senang hendak notis artikel terkini blog

  11. saya pun dah buang chatbox, pada blog sbb jrg tengok. lepas baca artikel kak jie, baru check kat feedburner tadi rupanya ada subcriber, saya letak je dlu dan tak tau plak ada org subcribe. saya dah buang, nampaknya kena letak balik nih. buang sebb nak lajukan loading.

  12. owh sorry la kak jie. mungkir janji. minggu ni jadi kalut ya amat la. tak sempat nak bernapas. naik kepermukaan kejap-kejap je. so sorry bebanyak!

  13. setakat ni saya rasa blog kak jie ni antara blog yang paling cepat loading 😀 terbaik! 😀

  14. kak jie register feedburner lammmmmmmmmmmmmm dulu tapi memang tak letak pun, rasa mcm tak perlu

    tapi serius, pernah dpt email dari pembaca minta feedburner.

  15. kak jie pun serba salah nak tulis bab ni… tapi bila tengok ramai yg sia sia kan peluang ni, rasa perlu beritahu secara terus, direct to the point supaya mereka faham di lain kali.

  16. InsyaAllah kalau berkesempatan nak join juga..this week sibuk nak kena jaga delegate dari oversea

  17. saya berminat dengan aweber sebab dapat jugak berkomunikasi secara tidak formal melalui emel. tapi keadaan masih belum memerlukan saya guna servis tu, jadi gunakan yang free jela mcm feedburner ni 🙂

  18. kekadang ada sesetengah pelawat yang menggunakan blogspot taknak tinggalkan komen dalam entri.tak tau kenapa.yang bagusnya otai2 yang menggunakan blogspot nak pulak tinggalkan komen 😀 musyhkil pulak :p

  19. Banyak lagi kekurangan yang disebabkan oleh pemasangan chatbox ni sebenarnya, saya rasa lebih baik kak jie kekalkan tidak memasang chatbox… 😀

Comments are closed.