Jangan Cerita Semua
Isu Semasa

Jangan Cerita Semua

Jangan cerita apa yang kita tak tahu, lebih² lagi jangan cerita SEMUA yang kita tahu.

Angkasa Nafi Kejadian Bulan Kelilingi Kaabah

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan dakwaan blog dan  Facebook yang mengatakan kejadian pelik bulan mengelilingi Kaabah dan langit bertukar menjadi biru terang akan berlaku di Mekah pada Jumaat lepas.

Tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan, jarak, keterangan dan fasa bulan pada malam tersebut. Dakwaan bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof Datuk Dr Mazlan Othman yang menyebarkan info itu juga tidak benar

Berita penuh : Bernama Online

Saya baca juga beberapa blog dan Facebook yang menyebarkan maklumat kononnya pada jam 3.25 pagi di Mekah,  bulan akan mengelilingi Kaabah dan langit akan bertukar menjadi biru terang dan ini hanya berlaku 10 juta tahun sekali.

Nampak nama Mekah je..semua orang teruja nak sebarkan untuk dapat pahala berlipat kali ganda.

Makin parah, walau pun dah ada penafian, benda² ini masih tersebar di Twitter dengan pertolongan TRIBERR. Pagi Ahad ini pun masih ada orang RT.

*Photograph by Norbert Rosing, National Geographic Image Collection

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

36 thoughts on “Jangan Cerita Semua

  1. Saya tak tahu pun pasal ni. Baru kembali ke alam maya ni dalam beberapa hari ni jer. Rehat panjang sebelumnya. Namun saya rasai pagi Ahad lalu memang ada perbezaan. Indah!! Tak terucap juga. Hari yang tenang dan sangat sederhana.

    Apakah berita itu benar atau tidak, tidaklah menjadi hal. Kalau bulan tu nak tawaf apa salahnya. Dia teringin kot dan jika Allah izinkan apa kita perlu hairan. Namun andai manusia itu tahu dan sembunyikan kebenaran, itu juga bahaya. Kekuasaan Allah itu walau tidak kita nampak, masih dapat dirasai dan dapat kita fikirkan…

  2. setuju…bukan setakat benda2 ni…saye lebih suka semua benda yg kita nak kongsi, periksa dulu ‘lesennya’…jgn main tulis semata2 nak kejar traffik 😀

  3. Angkasa buat penafian nih sebab geng2 facebook nih guna nama Prof Mazlan….

    bahaya nih…sebar berita palsu…pastu guna nama orang lain…kes naya nih

  4. janganlah sesekali bg info info yg salah..lebih2 lagi bab2 berkaitan dengan agama

  5. manusia akhir zaman memang suka menyebar fitnah. bingung juga memikirkan entah siapa yang memulakan cerita..

  6. ada plak camni!!
    pocket baru first time dgr,
    almaklumlah FB tak bukak dua tiga ari ni 🙁

    rajin betul kan orang zaman sekarang ni nak cipta fantasi 😀

  7. Saya baca semalam rasanya, entah di blog sapa. Terlepas juga perkataan ‘bangang’. Ya lah, nonsense. Paling benci benda2 nonsense macam ni jadi sebaran budak2 nak jd alim. Tak salah nak sebar tazkirah, tapi fakta biar betul. Ni main hentam saja.

  8. sebab tu kalau takde berita betul tak berani nak keluarkan entri .. baik tulis pasal hal yang dah di sahkan..

  9. maklum lah kak, masing-masing nak jadi wartawan sambilan. nak pastikan sesuatu berita tu, dia yang tahu dulu.

    apatah lagi kalau mereka terdiri dari blogger kan? sepatutnya mereka kenalah pastikan dulu kesahihannya.

    si triber tu dengan orang guna, sama taraf kot!? haha.

  10. Aduhai, napelah orang kita mudah jer percaya. Kalau kata mudah kena tipu, marah pula. Tapi itulah orang kita, senang jer percaya pastu sebarkan pulak tu, tanpa selidik kesahihannya.

  11. inilah masalahnya bila budaya ‘menyampaikan’ itu lebih agresif berbanding budaya ‘tabayyun’ @ menyelidiki sesuatu khabar berita 🙂

  12. semacam dengan peristiwa malaikat turun ke kaabah dulu 😆

    oh post tu dulu memang panas. satu hari dia saja sudah seribu lebeh

  13. kalaulah Angkasa mengiyakan fenomena ni, mesti smo beranggapan malam terjadinya fenomena tu adalah malam LailatulQadar. bila jd cmtu, smo pakat berebut2 nk beribadah lebih malam tu. pastu malam berikutnya mesti dah kurang dah nak beribadah lebih. maklumlah, smo merasakan dah dpt pahala seribu bulan. silap2 maksiat pon lg byk dibuat lps tu…

  14. saya ikut angkasa negara punya FB, kalau betul mesti dah lama diorang update.. berita dari sumber yg tak pasti tu jangan la senang2 kita percaya..

  15. Baru semalam dengar ceramah Ustaz Kazim dalam Youtube. Katanya, kalau kita tak saksikan atau yang dapat kita sahkan, jangan kita sesuka hati sebarkan.

  16. Macam-macam fenomena ganjil tentu menarik perhatian begitu tajuk entri yang catchy mampu menarik untuk klik tapi isi belum tentu lagi 🙂

  17. yup sokong 🙂
    kesahihannya masih samar2.lebih baik diamkan je…
    merah tulisan triberr tu yek kak jie.hehe…

Comments are closed.