Selepas kesemua orang² tersayang pergi meninggalkan saya seorang diri dibalut sepi di rumah, saya memulakan rutin biasa seorang ‘Domestic Engineer’. Kutip segala kain baju masukkan dalam mesin basuh dan mendengar irama lagu yang serupa dengan lenggok pusingan yang sama .
Semalam Ahad…
Selalunya Ahad saya memang cuti membasuh, menyapu atau mengemas rumah, biar rumah bersepah. Saya bahagia begitu kerana saya sedar segala sepah serabai tunggang langgang serba serbi itu adalah tanda anak² dan suami saya masih dirumah, tanda rumah saya masih berpenghuni. Dalam 7 hari, hanya hari tersebut mereka bebas dari rutin jadual persekolahan yang padat dan saya tidak akan sesekali menyekat mereka di dalam rumah sendiri dengan jangan itu…jangan ini…
Anak² saya yang dah besar² begitu ( 16thn,14thn & 9thn) masih main sorok² dalam rumah. Masih main congkak dalam rumah, masih main guling² atas katil si abang sulung.
Semalam seharian saya melayan perut anak² dan suami, maklumlah hujan. Seawal pagi saya sudah membuat praktikal di dapur dengan nasi dan lauk pauk. Kami sarapan berat dengan nasi. Dalam pukul 11 saya goreng cempedak yang terakhir saya bawa dari kampung minggu lepas. Saya perap ayam dan selepas 2 jam saya panggang ayam ( dalam microwave je…setting² picit²..tungguuuuu ).
Kemudian saya layan Oprah dalam Hallmark. Lepas tu Oprah layan saya…zzzzzzzzzZZZ. Gerimis sepanjang petang, anak² berkubang dalam bilik main sama². Suami siapkan kerja mengadap komputer. Rasa macam nak masak la…belek sana belek sini, buka tutup peti sejuk, saya masak mee goreng.
PC saya di dapur, sambil saya lalu lalang buat catwalk dengan penyapu dengan mop saya boleh jeling kawan² saya di alam cyber. Sambil menumis boleh buzz kawan di YM nak tanya garam berapa sudu yer nak letak….kahkahkah….
Siap segalanya, saya baru nak bersarapan nasi goreng. Saya nak goreng telur dadar dulu…potong cili api dan bawang…panaskan minyak dalam kuali….kacau² pukul telur hingga kembang….Tiba²…..
Honk…honk…honk…Assalamualaikum….gedebuk² gate rumah digegarkan orang. Saya jenguk ada van Pos Malaysia. Saya capai tudung dan buka pintu. Turun 5 anak tangga dan posmen menghulurkan dari celah pagar papan gate rumah saya satu bungkusan.
“Cik Ku…….. ye?”
“A’aha…” ( dalam hati *CIK….cik.. muahahahah.. aku belum mandi lagi dia panggil cik, kalau dah mandi … mau dia panggil amoi chantek kot)
Lepas tandantangan dan capai bungkusan tersebut saya lihat pengirimnya dari Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Owh….baru saya teringat minggu lepas saudara Rio ada meminta alamat saya.
Ingat ke belacan Terengganu saya dah sampai. Dengan rakus dan kesabaran yang berbaki, saya koyak sampul surat tersebut dan…jennnggg…jenng…..
Ehh… ehhh…….api dapur saya belum dimatikan tadi, telur dah hangus!
Inilah ole-ole kiriman saudara Rio.
Sekeping kad ucapan peribadi dengan gambar Rio ( saya edit sikit tak berani nak publish gambar Rio di sini, takut melanggar akta cetak . Orang lelaki jarang mahu gambar mereka dipublish untuk tatapan umum, kalau tak percaya tengok gambar Uncle J, Budin, Arsaili ….habis di contengnya muka yang ensem tu)
Tapi kalau saya publish gambar Rio di sini pasti tergugat kemachoan, kehenseman blogger² otai lain.
Sebuah buku panduan Pejabat@Rumah dan sebuah buku anggun giler….. cun bangat macam amoi chantek… The nyonya kebaya from the collection of Datin Seri Endon Mahmood. Terimakasih Rio…buku ini mempunyai banyak gambar terlalu cantik sehingga saya merasai kecantikan saya sudah hilang diserap oleh gambar² amoi itu. ..kahkahkah…..
Manik-manik serata busana
Kain lembut berwarna jingga
Salam batin semesra kebaya
Kasih nyonya seranum jiwa.Datuk A. Samad Said
Rio, saya perlu batalkan tempahan belacan saya supaya makan tidak lagi bertambah. Saya nak ramping seperti amoi itu…bukan serendang nyonya.
Terimakasih, saya sangat menghargainya. Saya rasa sangat bertuah kerana dunia cyber ini menemukan saya dengan ramai teman yang baik².
Saya ni ada banyak anak² cyber, minggu lepas adalah sorang dok ngadu dok popekpokpek kat YM dan hari ini saya mendapat pengesahan Lia dah mengandung selepas 5 tahun berkahwin. Saya bersyukur dan tumpang gembira dengan bahagia beliau sekeluarga.
Jie ~ Dalam berselam, cetek bertimba.
fie yg bercahaya tu Nur, yg cantik itu budi :p
yg bercahaya tue bukan emas dan yg cantik tue bukan permata gak..dah tue ape dia kak jie oii?
Ngeee….
saya pun ade buku the “red red kebaya” tue.thesis dulu kne wat pasai tuela..
budin amboiiii..aayat beli jiwa.
Saya selalu amalkan..’ Buatlah sesuatu yang boleh meninggalkan kesan dan gambaran yang baik kepada orang lain…Jangan mengkritik melainkan kita sedia untuk bertikam lidah
~ yg bercahaya tidak semestinya emas, yang cantik tidak semestinya permata.
Jie yang ku kenal:
Meskipun belum cukup lama, tapi tersa sudah amat lama.
Walaupun belum sempat bersapa, tpi sudah cukup mesra,
Walapun tak pernah bersua, tapi bagaikan sentiasa menatap wajahnya.
Tak hairanlah dia sentiasa diingati oleh sesiapa yang pernah mengenali dia… Termasuk Rio.
kailan jgn cari pasal nk mengelak ye…:p
rio Membelek gambaq² itu juga satu motivasi…owhhhhh….kalaulah…owhhh..cantiknya..
hidup sentiasa bersemangat. Betul tu, selagi ada deria rasa, gunakanlah secara yang sepatutnya.
bp ramai juga org berpantang dari belancan rupanya…
Saya tak boleh makan belacan sesuka hati. Mesti terbersin-bersin.
😀
Salam Senin seharum Serendah Sekebun Lavenda.Thanks for your respond on venue “Perjanjian
Baling”Ole Ole tanda apreasiasi .Bab kebaya nyonya tu just thought women mesti minat fesyen so saya titipi lah “coffee table book.Tok sah ikut sgt model model dlm gambaq tu.Sementara lidah rasa nak makan,teruskan..Makan biar sedap.Berhias biar cantik.Asalkan suami kita selesa.Orang lain peduli apa ya?
saya pun salah seorang “anak2” mama juga…jangan lupa masuk list sekali…hehe!!
muadzlife lom order..lum emailkan address, ngape? nak kirim ke?
combi huhuhu..tu cabaran tu combi..face out fears
esk lusa dia dtg lagi la..hntr belacan aku pula…nnt aku minta ye :p
jgn sebut kebaya bagai..aku sensitip laa huhuhu..
~ ko tak mnta nom fon posmen tu??? 🙂
kakjie dpt belacan x?