Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
karena Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata wang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah
menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!
Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,
kerana Aku-lah jalan itu.
Puisi Fana – Jalaluddin Rumi
Ya Allah! Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba² Mu yang terpilih.
YA Rahman Ya Rahim, aku bermohon kepadamu Kau ampunilah segala dosa²ku hari ini, semalam yang telah lalu dan akan datang sama ada yang sengaja atau tidak . Kau ampunilah dosa² suamiku, kedua ibubapaku, kedua ibubapa mertuaku, anak²ku ,guru²ku , sahabat²ku, jiran tetanggaku juga muslimin keseluruhannya. Kau ampunilah kami semua. Kau lepaskanlah kami semua dari azab api neraka dan berilah kami keselamatan di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,kekalkanlah tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Tetapkanlah iman kami, kesihatan tubuh badan kami juga kesenangan harta benda kami sesungguhnya Engkau Maha berkuasa keatas sesuatu dilangit dan dibumi.
Muhammad Rasyid Ridlo dalam Tafsir Al-Manar menulis, ” Iman membangkitkan sinar dalam akal, sehingga merupakan petunjuk jalan ketika berjumpa dengan kegelapan dan keraguan. Dengan iman, seseorang akan hmengatasi batu penghalang yang dapat menjatuhkan ke jurang kebinasaan. Iman menumbuhkan dalam diri manusia suatu pusat penelitian atas tiap detik² hati yang terlintas dan setiap pandangan yang terbentang. Dengan iman seseorang dapat melihat tembus sesuatu yang tersirat dalam kulit yang tersurat.
Jie ~ Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429 untuk semua muslimin dan muslimat. Semoga mendapat rahmat dan petunjuk dan Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita Maafkan segala kekhilafan yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…
ziana
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih Tinggi derajatnya di sisi Allah; dan Itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
arin
Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan
Salam maal hijrah 1429H
jun
Moga hari mendatang kita dihiasi dengan senyuman yang dilimpahi rasa cinta, sinar kebahagiaan yang berterusan…..
Diya
semoga gembira selalu
dan Allah memberkati setiap perjalanan hidupmu
Dipermudahkan segala urusan
dilapangkan akal dan minda
semoga berjaya dalam pelajaran
mz
semoga ini bukan yang terakhir. semoga kita lebih baik di tahun mendatang…
araili
Salam maal hijrah
Perjalanan hidup kita mungki singkat Sesingkat apapun itu,
semoga ada manfaat
mad.redo1
As new year dawns,
May it bring us promisses of a brighter tomorrow
Happy New Year 1429H
salam hijrah kakjie!
🙂
salam pagi di tahun baru jie syg..muga sihat sejahtera, aman sekeluarga…semuga semua yg baik untuk jie n family yer…
salam maal hijrah..semoga tahun ni memberi kita lebih peluang untuk membaiki diri dan juga keluarga…
salam maal hijrah jie 🙂
salam maal hijrah mama… 😉
Happy New Year 1429, may we be blessed by Him all year long…
salam maal hijrah semoga hari ni lebih baik dr semalam
lily
Dunia sementara
Sandiwara semata
Kembali padanya
Akhirat disisinya
OD
Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi
Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya
Oh Tuhanku
KS
Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menghadapi ujian Allah Yang Satu
Semoga kita dilindungi di sepanjang tahun mendatang.
Salam Maal Hijrah buat kak jie sekeluarga
🙂
Salam Jie…
Salam Maal Hijrah 1429. Semoga tahun baru ini, Jie dan keluarga akan bertambah diberkati dan dilindungi Allah dari segala keburukan.
Tima kacih gak OD nak ucapkan, kerana meletakkan entri yang menginsafkan. Tenang rasa hati baca entri Jie ni. Mwah mwah mwah. Love you… mwahhhhhhhh.
Salam Maal hijrah, semoga kehadiran tahun baru hijrah memberi sinaran lebih bermakna di dalam kehidupan kita.Moga bertambah kekal persahabatan kita di dunia siber.
combi
Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya
slm maal hijrah jie..
~mis hg~
tiada saat yang lebih indah
disebalik semua keindahan lavender itu
saat aku tahu disebalik sana
seorang teman tersenyum mengingatiku menitipkan lantunan doa
dalam satu tali cahaya yang menyala.
tidak ku minta apa diluar upaya
ketika pahit sama kita rasa
di saat manis sama kita hirup bersama.
Jie,Salam maal Hijrah.Semoga Awal Muharram ini melorongi kita pada jalan yang lurus serta dihiasi hijaudamai iman yang mekar.Punbegitu nafsu tetap bersimpangperenang.Aduhai teman dilaman nurani,temani daku,,nasihati daku,tunjuki daku seandainya tersasar tuturkata dek tinta yang ngilu bahasa nya.
salam maal hijrah…mudah-mudahan dengan tersingkapnya tirai 1429 ini menjadikan jiwa2 kita lebih bersih dan harum untuk kita persembahkan kepada-Nya bila kita dijemput nanti….insya-Allah!!