Perhimpunan Bersih Tanpa Permit
Blogger

Perhimpunan Bersih Tanpa Permit

Sebuah kereta yang dinaiki oleh 3 lelaki dan seorang gadis telah dikesan cuba melarikan diri.

Kepantasan pihak berwajib telah berjaya memintas mereka dan mengarahkan semua penumpang turun.

Seorang lagi suspek turut dikesan menaiki kereta Myvi Hitam yang berhenti di seberang jalan juga diarahkan turun.


Mereka adalah Syahirul Azfar , Ayong Qiela , Kharil Afzal , Fazreen dan Faiz Edzahar.

Senyum erk korang tengah panas terik bila kena terjah! Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.

Perhimpunan yang berlangsung secara bersih dan warna warni ini diadakan sempena majlis meraikan perkahwinan Odin dan Fina.

Selamat Pengantin Baru Hassan Abu Bakar & Safinah Mohd Zin – Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.

Ada kisah menarik disebalik perhimpunan bersih tanpa permit yang berbau nasi minyak ini.

Saya kenal Fina terawangan dalam talian, sekadar teman yang sesekali tegur menegur di twitter.  Bagaimana perkenalan ini bermula , saya tak ingat.  Mungkin rangkaian komuniti yang saling kait mengait.  Dia kawan kepada kawan² geek saya.

Saya tahu keluarganya tinggal di Serendah, tetapi saya tak akan tanya lebih dari itu.  Kita kena faham kerahsian dan hak privasi untuk tidak memberitahu tempat tinggal secara tepat di internet.  Kecuali kita mengenali seseorang dan berbual secara DM.

Beberapa minggu lepas, saya mendapat undangan majlis perkahwinan melalui facebook.  Tempat berlangsungnya hanya 2 kilometer dari rumah.

Beberapa hari kemudian, saya terima kad jemputan dari jiran beberapa lorong di taman perumahan saya.   Bila tengok, bila belek, jemputan tersebut adalah majlis yang sama seperti yang saya terima melalui facebook.

Kelakar kan!   Kami setaman dan mengenai keluarga Fina.  Malah saya pernah ke rumah Fina beberapa tahun dulu………membelai kucing² comel dia.   Suami saya kenalan rapat ayah Fina.

Lagi menambahkan unsur dramatik, adik Fina juga kawan baik Along.  Adik Fina belajar di Seri Kembangan dan Along di Bangi.  Setiap hujung minggu, Along akan jemput adik Fina dan balik bersama-sama.

Kebarangkalian kami tidak bertamu dan kenal sebelum ini adalah kerana Fina menetap dan bekerja di Kelana Jaya.

Dunia makin mengecut atau kita yang semakin mengembang?

jumpa Tekong suami isteri, Aman Tok Penghulu Rawang dan sicomel MK,
Intan kata…. ” dia tinggi sama dgn Intan”:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Perhimpunan Bersih Tanpa Permit

  1. sorry hari tu tak dapat join korang sume, datang masa akad nikah je sebab ade event lain plak petang tu. turun tak kat majlis kt klang nnt?

  2. slmt pengantin baru..perhimpunan utk mkn kenduri…he3333..lepas mkn basuh pinggan bersih2….

  3. hahaha… kenal rupenye.. itu la sama seperti saya. seorang blogger ni dia tidak mahu menunjuk siapa dirinya .. skali tengok tengok sepupu rupenye ..

  4. meriahnya. kesian kat mangsa pihak yang terperangkap dalam kesesakan jalanraya yg nk ke kenduri kawin. apa2 pon tahniah buat pasangan. smoga berbahagia hingga ke akhir hayat 😉

  5. 😆 Ingatkan ape la tadi.. hehe.. slamat pengantin baru lah ye kpd pasangan tersebut..

  6. tanda-tanda kamu sudah dewasa, stop growing vertically and start growing horizontally! huk3… kalau cmtu, saya dah semakin dewasa la ni maksudnya…

  7. Selamat Pengantin Baru.:).Kak Jie bila lagi nak buat majlis makan nasi minyak nih?Keh keh.tunggu along kahwin gamaknye.:)

  8. Geng-geng blogger rupanya…. 😀
    Kan dah kena tangkap. :p

  9. selamat pengantin baru kat pengantin tuh. memang bersih nih kak, pinggan bersih.

  10. Itu dinamakan perhimpunan BERSIH yang menguntungkan dan mengenyangkan rakyat Kak Jie. 2.0 juga pasal pasal pengantin 2 orang kan…

  11. elo encik…. encik silap tempat kot
    rasanya kawan2 encik berhimpun kat tempat lain
    stadium negara…hehehe

    tunggu sethn lagi kita jumpa ye….tgok makin kecut ke makin kembang…

  12. sy pn baca pasal politik sket2 je..sama la,bukan kepakaran dan tak bercadang utk pakar.. masih byk sgt provokasi.. 😐

    perkahwinan juga memebersihkan jiwa..oh lambat lagi kawen,calon pn takde.. career comes first.. 😆

  13. Saya pun ada juga esok – perhimpunan adik beradik saudara mara, warna warni dengan bau nasi minyak 😆

    pakai je baju apa yg kita nak pakai… 😆

  14. Ini namanya ‘perhimpunan bersih jiran tetangga & saudara mara’. Kena minta izin dirikan khemah di jalan depan rumah sahaja 😉

  15. Itulah…. kena ingat,
    sentiasa berbuat baik dengan semua orang… kita tatau siapa kenalan online kita sebenarnya.

  16. Kak Jie baca buku politik, baca banyak bahan² politik juga terlibat secara langsung bila pilihanraya…. bukan bercakap kosong bab politik tetapi Kak Jie tak akan menulis bab politik di blog.

    Itu bukan kepakaran Kak Jie…jadi silalah baca entri ini tanpa melibat atau terbias dengan isu politik sekarang.

    Tajuk adalah bersih tanpa maksud tersirat…hehe 😆

  17. kalau orang yg pkir betul2 tajuk BERSIH mesti dah ingat entri ni lari topik.. padahal kena luaskan lagi makna tafsiran diri sendiri.. nice skill camni.. :mrgreen:

  18. hehe… kat sini siap ada kenduri kahwin yg guna konsep kuning, kat mana tuh, jangan bagitau eak…takut kena serbu FRU….tetamu digalakkan pakai baju kuning….kita pakai tudung kuning jer lah haha….

  19. “halangan” bersih mesti dihapuskan, kami perlukan ketelusan dari semua pihak…
    usah “berselindung” dengan agenda peribadi, jadikan ianya benar2 bersih dari segala aspek…

    semoga intan tidak lagi menjadi perisai manusia kepada uminya lagi…hak anak muda utk bersuara harus didengar…

    amik kau tetiba bagi ceramah…haha

  20. siapa yg kembang siapa pula yg mengecut…
    mama kujie ambil gambar menyorok blkg intan plak tu mcm nak sorok apa yg kembang jer…hehe
    sikit hari lagi sama tinggi dah intan dgn umi dia..

Comments are closed.