Kesian Intan… terpaksa siapkan kerja² sekolah tak kira tempat.
Saya ada temujanji dengan penyewa rumah di Serdang. Tak ada pilihan terpaksa usung juga dia ke hulur ke hilir walaupun kerja sekolah menimbun hari ini.
Budak yang menyewa rumah saya sejak 3 tahun telah serahkan kembali rumah dalam keadaan sebaik-baiknya.
Sekejap rasanya dah 3 tahun, dah habis belajar. Katanya dapat kerja di Melaka , kalau di KL memang dia bercadang ingin terus menyewa.
Ada ramai yang pernah menyewa rumah saya, tetapi dia adalah penyewa yang paling baik pernah saya jumpa. Kalau balik cuti semester, dia akan telefon dulu beritahu sewa bulan ini lewat – atau kadang2 kelewatan sehari pun dia akan telefon minta maaf.
Jumpa petang tadi, berpuluh² kali ucapan terimakasih keluar dari mulutnya. Semua 3 set lengkap kunci bilik dipulangkan walaupun pada asalnya saya cuma beri mereka satu set kunci. Dia tunjukkan setiap bilik dan rumah yang tiada cacat atau rosak.
Saya rasa bersalah kerana membuatkan dia menunggu hingga lewat petang sedangkan dia akan pulang ke Kota Tinggi. Saya mohon maaf atas kelewatan tersebut.
” Tak apa kak……….. dulu masa saya nak masuk rumah ni pun, abang tunggu saya”
Tersentuh sungguh. Benda sekecil² itu yang kita buat 3 tahun dulu ( saya pun dah lupa ) masih lagi dikenang untuk dibalas.
“Deposit api dan air RM 200 tu kakak tak payah pulangkan, bil air kami tak pernah bayar…memang dapat percuma rm 11, bil elektrik tak pernah sampai RM100. Kalau bill akan datang lebih RM 200, kakak telefon saya , kalau kurang tak apalah…. tak perlu pulangkan baki”
Sebelum masing² berpisah, saya mohon maaf salah silap dan segala kekurangan yang ada. Semoga dia berjaya dalam dunia kerjaya barunya.
” Kak… nak minta tolong…”
” Minta tolong sampaikan pada abang, terimakasih…”
Sebak pula… sedih pula untuk melepaskan anak muda ini. Baik budi bahasa.
Saya pun agak lega kerana selesai menguruskan urusan ini walaupun penat memandu lebih 100 kilometer dalam kesesakan hujan selebat-lebatnya. Rasa puas kerana dapat menjalankan satu amanah dan tanggungjawap seorang isteri iaitu menjaga harta suami.
* harta suami bukan semata² benda atau material , mak mertua juga harta suami. Jadi kenalah jaga mak mertua elok² – itu juga harta suami.
tazkirah malam Jumaat….wwwiiiiii!
Salam. Saya tertarik dan terharu dengan citer akak nie. Alhamdulillah, akak dapt penyewa yang baik..dan sudah tentu akak juga tuan rumah yang baik. Sebagai orang yang berpengalaman, bolehkah saya bertanya beberapa soalan berkaitan penyewaan rumah? Adakah akak ada membuat surat perjanjian kepada penyewa (pelajar)? Bila cuti semester adakah bayaran sewa tetap perlu dibayar atau tidak perlu? Maaf,saya minta pendapat akak kerana saya sebenarnya ingin menyewakan rumah utk kediaman pelajar..tetapi saya tiada pengalaman. bolehkah akk membantu saya?. terima kasi byk2.
waalaikumsalam
1. Ya, surat perjanjian perlu dibuat
2. Ya, mereka tinggal atau tidak di rumah tu, sewa tetap dibayar.
Saya mmg bercadang ingin membuat surat perjanjian n mengutip sewa seperti berikut. Setelah mendapat pandangan dari akk, ia memberi keyakinan kepada saya untuk menyewakan rumah saya kerana itu adalah hak tuan rumah..betul tak kak. Terima kasih banyak2 yer akak. Semoga saya mendapat penyewa yang baik seperti akak juga.
akak ada rumah sewa lagi tak buat masa terdekat nie 🙂
senangnya hati dapat penyewa sebaik itu. 🙂
baca blogpost kak ni memang terharu.. sebetulnya di sini pun memang sangat susah nak jumpa penyewa sebagus tu 🙂 kalau dapat, memang bertuah!
Ya ALLAH..untungnya kak jie dapat penyewa macam tu..
Satu dalam sejuta tu..
Alhamdulillah..
Tuan rumah baik,penyewanya pun baik 🙂
tak pernah merasa ‘pulangkan’ balik rumah kat tuan rumah sebab kene keluar dari rumah sebab tuan rumah yang suruh 🙁
mesti rasa sayangkan lau pnyewa sebaik ni nak tinggalkan rumah.. huhu.. sama juga lau tuan ruma sewa yg baik.. penyewa msti berat hati..
teringin nak ada hartanah utk disewa. buat masa skg, masih belum ada rumah yg nak dijual yg murah2. loan bank pon belum buat lagi. insyaAllah target saya tahun depan untuk ada rumah sewa sendiri. bestnya kalau dapat penyewa mcm budak tu. baik sgt.
Alaaaa anak muda ni…muda sangat laaa sebab baru abes ngaji, kalau tak nak juga berkenalan
Patot ler Kak Jie penat pagi ni..takpe, jumpa orang baik2, penat pun dalam senyum jer.
Assalamualaikum Kak Jie,
Sini ada pengunguman sedikit. Kepada sesiapa yang mahu menyertai ‘peraduan rebut buku travelog’, boleh ke link blog saya.
Tumpang iklan ye.
Assalamualaikum,
Ish! ish! ish! anak sape lah tu…nak pi intai2 buat calon menantu
Budak2 macam tu dah pupus sekarang ni, sesiapa ada anak, baik sambar cepat-cepat, kerjapun dah ada tu hu hu hu
ye..btol tu kak.. Ibu mertua is our Ibu kandung juga!! 😉
Benar, saya setuju! Wang itu alat kehidupan. Budi bahasa itu melambangkan akhlak utama. Itu juga agama kita tekankan dalam setiap urusan. Itu juga pembawaan Rasul, idola kita. Akhlak yang baik. Sejuk hati dan mudah urusan kita.
Memang benar, bab penyewa rumah ni, kekadang ada yang tak bernasib baik. Cth mak saya sendiri. 2 kali ditipu. Yang tak bayar sewa dan lari cabut tengah malam pun ada. Saya pun syukur 3 penyewa setakat ni ok aje.
terima kasih perkongsian asam garam kehidupan 😎
yg mulia itu budi, yg indah itu bahasa. selamat mendapat tenant yg baru
seronok kalau dapat penyewa dan tuan rumah yang baik, tidak mcm sy sekarang….tuan rumah banyak masalah…
selalu minta advance sewa la, nak pinjam duit la…janji 26 setiap bulan tapi kadang, 23 ataupun 25 dah telefon minta sewa…minta saja takper siap marah2 lagi, ugut nak naikkan sewa
padahal semua benda sy buat kat rumah dia, janji ms nak masuk dulu nak pasang semua benda tapi sy masa rumah kosong, lampu, kipas, paip sinki semuanya sy buat sendiri
dari hari mula2 serah kunci sampai skrg dah tak pernah jumpa…bila mengadu rosak itu ini, semuanya suruh sy buat…tapi sy tak kisah repair itu ini, cuma terkilan bila tiba bab bayar sewa, tiap bulan mesti nak gaduh2
ooo dekat situ yer, sy pun pernah menyewa situ dulu kakjie masa belajar kat upm…
em berapa kakjie sewakan sebulan untuk rumah tu?
tazkirah malam jumaat.. tapi baca hari jumaat.. erkk.. malam tadi tak sempat nak belek hehehe…
desa serdang belakang minlon
ahad ni nk pi kemas2, cuci apa yg patut
nak cari penyewa baru
kena bagi cantik2 dulu baru bagi org tgok 😆
bagus dapat penyewa yang sebaik itu..kita pun tak penin kepala bila saat terakhir memulangkan kunci rumah
uh!!sungguh tinggi budi bahasa dia.kaau jumpa orang yang macam ni, sememangnya membuatkan diri segan dengan dia kerana budi pekerti dia yang tinggi.terharu juga dibuatnya!
kalau ada sumur di ladang
boleh lah saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh lah kita berjumpa lagi
cewwahh!
Sopan santun orangya.. ANak siapa la ni yer..he3
Tak ramai yang berpeluang sebegitu kak.
Syurga dibawah telapak kaki ibu,
syurga isteri pada……
er, maaflah, tak pandai buat pantun.
jangan mara…
Beruntung sungguh apabila mendapat penyewa yang begitu… setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, semua balasan terhadap tuan rumah yang baik hati juga… 🙂
indah alam nikmat kurnia,
dari Tuhan yang Maha Penyayang,
inilah sunnah hidup di dunia,
jika berbudi pasti kakjie sayang.
er, kejap, nak fikir pembayang pantun
kelmarin belalang ke kwsp berurusan dgn staff2 yang sangat peramah d sana…senang jer hati apabila berjumpa dgn org sebegitu…
senangnya hati bila berurusan dengan orang yang tinggi budi bahasa 🙂
saya yang baca pun tersentuh jugak..susah dah nak jumpa macam tu..serdang kat mana kak jie?akak ada satu rumah kt balakong, disewakan jugak
Jumpa orang berbudi bahasa macam ni boleh buat kita yang penat driving jauh-jauh tak terasa penat langsung.
Alhamdulillah, semoga anak itu terus mengamalkan sikap sebegitu bila bekerja pulak. InshaAllah.