Abdul Malik bin Marwan pernah berkata: “Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kamu mahukan dari diri kami seperti yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kamu tidak pun melaksanakan apa yang mereka (rakyat Abu Bakar dan Umar) amalkan?”
Lebuhraya Pantai Timur
Pemimpin yang baik itu sebenarnya dilahirkan daripada masyarakat kebanyakan iaitu kalangan kita sendiri. Sepatutnyalah peribadi yang baik itu terbentuk daripada diri setiap individu, diikuti peringkat keluarga dan seterusnya kepada masyarakat yang akhirnya menyumbang dalam pembinaan sesebuah negara.
Jadi hendaklah kita mula membina sesebuah negara yang baik itu dengan mula mengubah diri kita terlebih dulu. Maka hendaklah kita sentiasa bermuhasabah dan berusahalah untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.
– Nawawi Subandi ( BH Online )
©kujie – bermula dari diri sendiri , bukan orang lain
untuk menjadi leader yang berjaya kita perlulah menjadi pengikut yang setia
-mijae
haha..jadi followlah blog saya haha =p
kita ni sentiasa cuba nak jadikan orang lain baik dengan memberi tahu kita nilah yg terbaik tulah asas yg salah dalam membina sebuah keluarga dan akhirnya negara pun gagal.
Ye!! walaupun kita tak mampu nak ubah sistem negara menjadi lebih baik, tapi kita boleh merubah diri untuk menjadi lebih baik..walaupun dah petang jumaat, tapi cukup bermotivasi hari ni..
hmmm rasanya susah kot malaysia ni nak macam iran..sebab PM iran skangkan datang dari orang kebanyakkan. 🙂
Apabila seseorg itu berjaya memimpin, ini b’makna dia b’jaya m’pengaruhi angota2 lain dlm organisasi. Kebolehan m’pengaruhi dtgnya dari kuasa yg ada pada jawatan yg disandang dan kuasa yg ada pd peribadi dalaman individu itu sendiri 🙂
setiap orang adalah pemimpin..pimpin diri sendiri dulu baru boleh pimpin orang lain
ibarat sesuatu letupan itu menjadi baik atau dahsyat bermula drpd molekul plg kecil.. yg itu nucleus.. hehehe
yeah kakjie, stuju bermula dari diri sendiri yakni bermula dari bawah ag (: tanpa permulaan yang bagus, sudah pasti awalannya pun tak bagus jugak (:
ya..btol3..permulaanya baiki diri sendiri terlebih dahulu 😉
ya bermula dari diri kita sendiri. insya allah sedang memperbaiki diri sejak hilang arah kerana masalah periadi yang sangat teruk.
alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menilai diri sendiri.
Semoga kita akan memperbaiki peribadi setiap detik nyawa ini masih dikandung badan…