Alhamdulillah, saya dah kembali beransur baik. Getting better , kata embah kat kampung.
Terimakasih untuk semua doa dan kata² semangat dari entri di bawah ( esok baiklah, abang jangan risau ) . Kadang² agak segan nak menulis hal peribadi – demam,sakit, suka, gembira yang keterlaluan. Orang bosan dowh!
Ada yang bagi nasihat, jangan minum coke. Minta maaflah, saya minum coke bila waktu tu saja, bukan kerap. Pelik bagi orang lain tetapi bagi saya coke tu macam ‘bakteria baik’ masuk dalam badan halau ‘ bakteria jahat’ keluar dari tubuh.
Lepas minum coke, saya muntah – segala gelodak , loya , sebu cacing yang bersarang dalam perut pun ikut keluar. Lega!
Credit: Mark C. O’Flaherty Photography
Lepas tu makan coklat kerana menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres. Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas.
Benda- benda remeh macam tu pun nak tulis kat blog…
Tetapi, blog saya bukan blog formal para cendiakawan yang wajib diisi dengan entri yang berkualiti. Entri saya mungkin sebaris, tetapi ada kisah tersirat yang secara jelas ingin dikongsi tetapi tak boleh dicoret secara terus.
Kadang² saya ingin bercerita sesuatu tetapi lebih suka bermetafora secara perbandingan atau secara kiasan dan seringkali juga ramai yang tidak dapat ‘membaca’ apa yang tergambar.
Tetapi blog saya juga bukan blog sampah – tak sanggup nak labelkan tempat yang saya luangkan masa berjam² sehari sebagai sampah. Saya tak perlukan piawaian ISO atau pengiktirafan Sirim untuk diadili atau dihakimi.
Ini adalah perjalanan hidup saya yang dikongsi bersama kawan² – ramai kawan² hanya menjadi pembaca senyap setelah bertahun² mengenali seperti saya juga yang menjadi pembaca senyap blog mereka.
Sekiranya anda datang singgah di sini, silakan tetapi bukan kewajipan saya untuk memenuhi standard piawaian anda.
Internet di Algeria sekarang sangat² bermasalah – kadang² kami tidak dapat berbual atau berYM 2-3 hari. Bloglah tempat berkongsi cerita dengan suami.
Kadang-kadang dia boleh online waktu Malaysia 2-3 pagi ( waktu Algeria 9-10 malam), waktu kami dah tidur, jadi dia masuk blog baca semua entri yang tertinggal. Baca kisah anak², rasa terubat rindu kesepian seorang diri jauh di sana.
Nak kerap berSMS mahal pula. Seketul International SMS dah RM 0.50. Lagi pun SMS saya tak boleh share di sini. Nanti ada yang muntah darah baca jiwang cintan cintun ayat melankolik kekasih lewat usia.
*Pagi tadi baru tau HUN tu apa..hiks!
Oklah – kisah anak²lah pula.
Minggu lepas Angah bagitau dia tak balik cuti Tahun Baru Cina – cuti 4 hari saja dan dia bercadang nak siapkan semua projek sekolah di asrama. Saya tak ada masalah, lagi pun baru sebulan balik maktab.
Alih² semalam dia telefon cakap nak balik – sudah…………. bukan senang nak dapatkan tiket bas masa cuti panjang macam ni.
Dari Sungai Petani, saya dah minta adik belikan tiket. Untuk balik semula ke asrama 6hb Feb 2011 , saya terpaksa mencari tiket. Cuti² panjang macam ni, memang susah nak dapat tiket di saat² akhir.
Nak beli tiket online Transnasional 6hb Feb dah habis. Lagi pun sistem tiket online Transnasional dari Hentian Duta hanya ada perjalanan ke Ipoh sahaja.
Tengahari tadi, selepas hantar lunch Intan, saya terus memandu ke Hentian Duta cari tiket bas.
Selepas bertanya 4 kaunter syarikat bas, baru dapat tiket ke Sungai Petani. Kalau petang ada tetapi tak sempat sampai waktu masuk ke asrama jam 6.00 petang.
Saya memandu 60 kilometer pergi dan balik semata² untuk dapatkan sekeping tiket. Kos minyak dan tol menjadi separuh harga tiket.
Apa nak buat – anak²! Susah macam mana sekali pun sedaya upaya mak bapa usahakan untuk memenuhi keperluan.
Kalau ikutkan teori kewangan , anak adalah liability, iaitu sesuatu yang membuatkan wang keluar untuk membesarkan mereka.
Tetapi, sanggup ke nak cakap anak tu liability?
Saya pernahlah juga bercakap dengan nada senda gurau dengan Along sewaktu menghulurkan RM100 setiap minggu bila dia bersalam nak balik semua ke kolej
“Along…pakar ekonomi kata, kalau sesuatu benda tu menyebabkan kita mengeluarkan wang – itu liability….Along rasa Along ni liability ke aset mama?”
Sengeh² sajalah jawapnya.
Kepada anak² semua , yang masih mak bapa tanggung yuran pengajian, kos sara diri, makan pakai, topup, broadband – rasa² diri tu liability ke aset?
©kujie – dah dapat keyboard – macam² nak ditulis carca marba kisahnya.
alhamdulillah akak dah sihat.
‘tere’ embah k.jie speaking…
syukur alhamdulillah, akak sudah sembuh. baru la seronok! dapat baca penulisan akak yang penuh dengan ideologi yang tak formal tapi memberangsangkan.
saya percaya kisah akak dan penulisan akak menjadi idola kebanyakan blogger termasuklah saya {hehe}.
anak itu liability. errm kalau tanggungan berhasil menjadi mereka yang berguna, tak apalah kan? {hehe}.
Alhamdulillah kak jie dah sihat 😉
Kadang-kadang ayat yg berkias tu lagi sampai ke dalam maksud dia. 🙂 Ramai yg akan mempersoalkan kemampuan orang lain tanpa sedar mereka juga ada waktunya tak mampu jadi yang terbaik dan memuaskan hati orang lain.
P.S: ada waktunya saya rasa saya liability dan ada waktunya saya adalah aset kepada kedua orang tua saya hehehe
salam K.Jie,
Masa belajar, sy selalu jugak rasa jd liabiity pd mak abah sy. Sbb tu selalu cuba cari duit sendiri sblm mintak dr mereka Skrg dah ada anak, (baru umur 6 & 4 thn), tak pernah rasa anak tu liability mungkin sbb mereka pun kecik lg. Belanja tak tinggi sgt lg.
isi komen pun dah blh jadi entry ma
Anak-anak adalah investment.
Kalau pandai invest akan jadi aset.
Kalau salah invest jadi liabiliti, masuk kategori UAW (under accumulator of wealth), dan bergantung kepada mak bapak sampai ke tua…nauzubillah.
hahaha…. sms tak romantik tu buat ape
mama yg dah tua bangka kahwin puluh tahun ni lagi bersms lebih jiwang…hehe
kalau korang dpt printskrin sms tu habislah ohbulan 😀
Salam Ang Zul
Dialah intan, dia lah payung ye…. lagi2 kalau seorang tu saja.
Itulah kita, kadang2 orang tak faham maksud sebenar nak dihighligtkan…tetapi tak apa sebab masing2 melalui pengalaman hidup yang berbeza jadi cara mentafsir sesuatu ayat pun berbagai.
Anak2… apa yang kita buat tu buka semata2 kerana tanggungjawap tetapi kerana mereka tu memang kehidupan kita.
kebetulan internet dia laju hari ni dan dia tak banyak kerja…bolehlah online lama skit
nak publish entri ni pun dia tunggu nak jadi orang 1st baca.
entri ni semua guna gambar abang..hiks! 😆
itulah tie – coke tu tajam kata orang..pepsi kurang sikit
tapi lepas minum coke mesti muntah….keluar semua cacing dalam perut baru lega..hehe
wah…mesti power durian ni tapi saya tak pernahlah test makan durian dgn ubat..sebab jarang makan banyak..konok2 le tu…hehehe
tu pic tahun lepas
tgh siapkan entri ni..dia ada online kat sana
saja belek2 gambar lama….
tak perlu komen pun tak pe…share saja dengan kak jie
kawan2 alam maya sebahagian dari kekuatan kak jie harungi hidup seperti ini….
lepaskan cerita redakan jiwa
terimakasih cikgu…. ubat dia minum coke je
pagi2 dapat ayat sweet compliment macam ni…macam nak print skrin je…hehe.. bukti! 😆
malam tadi Along balik – tiap jumaat dia balik..katanya best tidur kat rumah . 😆
kebetulan abah dia online di sana, bersembanglah depa dua beranak.
kak jie yg dok tengok dari jauh pun rasa sebak..berlinang air mata, besalah mak2…bab anak2 suka sedih pun boleh nangis.
depa dua beranak bersembang pasal bola – rindu sgt suasana kami sekeluarga berkumpul bersama. sekarang ni masing2 berpisah di 4 tempat berbeza…macam tu lah rasanya hati mak2 kita…tapi masa tu kita belum rasa, belum tahu…
bila dah kena dengan diri sendiri………… hanya Allah saja yang tahu.
Bila baca cerita along,teringat blajar tentang definisi asset & liabiliti dalam kelas minggu lepas..Lect tu gunakan isteri & anak² dia sebagai contoh..Memang ingat sampai sekarang.. 😆
BTW,along bukan liabiliti tapi asset sebab dia akan membawa ‘keuntungan’ di masa hadapan yakni bila dia dah berjaya..Tapi along jangan lupa family pulak bila dah berjaya tau..Terus jadi liabiliti..
Kalau nak tau HUN tu apa, p cari kat blog gossip hiburan printskrin SMS kisah artis putus cintan boipren gelpren tu
tapi lepas baca SMS tu saya pun tatau apa maksud HUN, tu yang tanya kawan kat twitter….
jangan tak tau kak jie, saya memang adore banget cara kak jie menulis. berkias tapi penuh hemah. huhu. alamak bukan nak bodek ye.
alhamdulillah kak jie dah sihat…
lupa, alhamdulillah , dah sihat 😀
nak komen pon susah kak jie..tak tahu nak komen yang mana satu..hehe
kalau boleh bagi barang satu dua ayat melankolik pun apa salahnya kan, sharing is caring..hahaha
kemain lagi pic en suami ye. macam gaya artis. hehehe
Kira Jie ni kebal dengan coke la, ya… hahaha…
Keluarga Tie pulak , durian. Walaupun makan ubat, tak ada masalah kalau diselangi dengan durian. Kita baru tahu yang orang tak boleh makan durian kalau makan ubat. Nanti terus padam…… (kata keluarga pihak suami)
HUN? mcm kat print skrin pasha sendat tu je hahaha.
Syukur Kujie dah sihat…
Saya ada seorang saja harmonic (istilah radio amatur untuk anak). Dia lah Intan, (lelaki boleh ka jadi intan?) dia lah kaca. Dia lah liability, dia lah asset …
tak sangka lak coke tu berguna gak.. tgk org gak la kot..
payah betul kan nak puaskan hati banyak pihak.
selalu yang dah famous amos macam k jie la akan kena tempiasnya.
KAK KUJIE, saya sedih pun ada sayu pun bila baca entri ini.
Benar, saya pun lebih kurang Kak Kujie, suka tulis secara berkias tidak mahu terlalu “direct” sedikit rahsia tapi tetap nak luah asal lega…:)
anak tetaplah anak. sampai bila2 pun, samada hari ini kuar duit, akan datang kuarkan tenaga dan perhatian pula… 😀
so sweet husband dah beri komen, nampaknya dah sihat la ni kakjie yer, entri pun dah panjang..dan banyak info yg boleh di sedut
Bgs lah dah sembuh.. bole minum coke..tp jgn byk..hehe.. *xpandai bg nasihat bab deman2 ni..bukan doctor..hehe..
kak, HUN tu ape?? hehe..
utk last question… liability or aset?? entah la…dua2 pun bole ke??hehehe
Alhamdulillah……dah sihat