Gulai Kawah Umbut Pisang
Advertorial

Gulai Kawah Umbut Pisang

Resepi gulai kawah umbut pisang – Resepi Gulai Batang Pisang Orang Baling

Hujung tahun 2010 saya singgah gerai makan Mid Gulai Kawah yang terkenal dengan menu specialnya Gulai Kawah Umbut Pisang.

Kami  – mak, adik ipar duai , anak beranak dan anak menakan beronvoi dari Baling ke Butterworth semata² untuk memenuhi undangan tuan kedai yang pernah datang bertandang ke rumah saya dulu.

Pemilik Mid Gulai Kawan – Abdul Hamid Mukhtar jiran sekampung saya.

tambah jangan tak tambah

Sampai hampir jam 1 tengahari , waktu yang tepat perut sedang memutarkan lagu keroncong.  Sampai di lokasi, susah payah nak cari parkir kereta kerana bersusun kereta memenuhi ruang depan kedai macam ada kenduri kahwin.

Semua meja penuh dengan pelanggan yang sedang menikmati hidangan – alhamdullah, tanda aras kualiti masakan sesebuah kedai makan.

Lokasi kedai sangat mudah dikunjungi melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar melalui Sungai Dua, Butterworth. Hanya kira-kira 350meter dari persimpangan susur keluar Sungai Dua sebelum Mobil dan Esso.

Alamatnya : No 1641 Kg Telok, Sg Dua, Butterworth Pulau Pinang

Kalau dalam perjalanan ke utara tak mengambil banyak masa untuk berhenti sebentar menikmati makan tengahari dengan lebih 100 menu popular.

Ada berbagai jenis masakan ikan darat dan laut, siput, kerang, sayuran, ulaman  dan sudah semestinya menu utama ‘gulai umbut pisang.

Apa istimewanya batang pisang ini? Ramai yang keliru antara batang dan umbut dan saya pernah berjumpa peniaga yang letakkan pelepah pisang untuk menu gulai tersebut.

Cara nak masak gulai umbut pisang – klik sini Gulai Umbut Pisang

Kami serombongan yang kekenyangan suka hati bergambar bersama tuan kedai dan isteri. Terimakasih banyak².  InsyaAllah kami singgah lagi..

Nota : Sebahagian gambar dari facebook Mid Gulai Kawah.  Dah makan tak ingat nak bergambar lagi aih…:lol:

©kujie – post entri waktu makan tenghahari !

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Gulai Kawah Umbut Pisang

  1. haa kujie, i’m one of those terkene gulai pelepah pisang. memang maki dalam hati jer laa kt peniaga tu. nak untuk lebih, dah tak bagi beli rm2, kene beli rm3.

    peniaga camtuh takkan kemana pun

  2. gulai kalau pakai umbut ni mmg sedap. umbut buluh, pisang, kelapa, mmg sodap.

    lg satu, dia boleh menyamar jadi daging jd nampak daging banyak aje hehehe. (umbut kelapa)

  3. k jie, kalau teringin makan tu, mesti singgah sg petani, kedai makan dekat pekan, berhampiran telekom. nak pi Baling jauh sangat. tak pernah la pula tau tempat ni, walhal dulu seminggu sekali dok lalu lalang nak ke Penaga. boleh serbu la macam nih 😆

  4. terliur la plak.nanti kalau turun perlis ingat nak singgah la.dulu masa keje kat perlis pernah makan, memang sedap sangat.belah selatan ni jarang jumpa

  5. fav anis!! Ya Allah…cepatlah bulan 3….nak balik malaysia ni….

    *rintihan ibu mengandung yg mengidam mcm2*

  6. wah.. sesuai dengan selera maza ni..

    erkk .. sekarang tengah mengidam kambing golek dengan nasi arab.. heheheh

    psst: Dr. minta excuse bulan nie aje ya.. bagi chance ler kat maza nak merasa masakan yg marvelous itew lorr.. hahaha

  7. umbut pisang tak pernah makan sebab kat sarawak ni selalu masak umbut kelapa je. dan mak kata, gulai umbut pisang ni memang masakan orang utara dan sedap.

    alahai..tengah hari da…lapar lak..huu 😕

  8. Banyak tu nasi tambah , hehe…

    Tak pernah rasa gulai kawah umbut atau batang pisang. Biasa makan umbut nyior atau moombear (nyior muda) je.. tapi mestilah sedap juga, kan.. :mrgreen:

  9. KAK KUJIE, teringin gak saya nak rasa. Selalu gak saya ulang alik ke Penang ~ Butterworth ~ Perda, tak terfikir nak lencong ke situ. Lepas ni harus nak singgah….

Comments are closed.